Monday, August 15, 2011

Badminton vs football

Sambil menonton perlawanan akhir Kejohanan Badminton Dunia antara Lee Chong Wei dan Lin Dan malam tadi membuatkan I terfikirkan sesuatu.

I love badminton as much as I love football. Tapi terasa ada beza dari segi perasaan ketika menonton perlawanan bola sepak dan badminton.

Bila menonton perlawanan bola sepak, semangat pasukan tu sangat menjadi-jadi. Kalau dah sokong Germany, lagu negara dia pun ko nak hafal kalau mampu la kan. Hehe.. then, sibuk cari jersey, siap pilih nombor jersey pemain kesukaan. Yang lagi ekstrim, muka pun nak cat ikut warna bendera.

Tapi bila tgk perlawanan bola, hati rasa biasa je. Kita berdebar bila bola hampir ke kotak gol, baik gol lawan atau gol sendiri. Kita rasa marah bila pemain pasukan kita jatuh kena tackle, atau bila pengadil berat sebelah. Kita mudah mempersalahkan bahagian penyerang, tengah, pertahanan atau penjaga gol. Mungkin kerana gol susah nak bolos, kita tak rasa berdebar-debar di sepanjang perlawanan.

Berbeza dengan badminton. Semangat kenegaraan tu terserlah. Kita pasti sokong pasukan Malaysia. Tak pernah lagi I dengar penonton Malaysia sokong pasukan China ke, Indonesia ke. Badminton tak seperti bola sepak. Baju yang dipakai boleh team Malaysia tidak dijual di mana-mana. Penyokong juga tidak memakai baju team Malaysia. Mungkin kerana ia bukan jersey. Bayangkan ramai lelaki pakai baju mcm Lee Chong Wei. Alamak! Hehehe...

Tapi sukan badminton tetap mempunyai ramai peminat keranan perlawanannya bisa mendebarkan jantung. Setiap saat, setiap minit.. mata boleh bertambah. Bak kata pengulas sukan, sesiapa yg ada lemah jantung, tak boleh tengok badminton kerana anda akan sentiasa cemas.

Apa-apa pun, tahniah kepada Dato' Lee Chong Wei atas mutu permainannya ketika menentang Lin Dan malam tadi. Walaupun tidak menang, semangatnya harus dipuji dan dia pun tidak membiarkan Lin Dan menang mudah. Dengar khabar, Chong Wei tak jadi nak bersara kerana dia ingin memburu semula kejuaraan dunia pada tahun 2013 nanti (tahun depan takde BWC sebab ada sukan Olimpik).

Nota: Teringat-ingat aksi diving dia malam tadi. Kalau I, I dah terus baring je kat court tu. Hahaha...

7 scribble(s):

nieda said...

Badminton antara suka yg rasa nk gugur jantung. Semalam pun i layan dgn husband, kiteorg pun ckp benda yang sama. Walaupun kalah tapi mutu permainan Chong Wei sgt bagus.

WanYgBest said...

liza... kalau pasukan Malaysia bejaya masuk WC, dah tentu aku sokong Malaysia!!! mslhnya, nan ado, tepaksa la sokong Germany sbg ganti ;p

org UK ni hampeh, nama je jd tuan rumah badminton, tp haram la nak tayang kat tv free...tepaksa sign up kat website betting kalau nak sgt tgk *sigh*

Liz Rohaizat said...

nieda> betul tu. sebab tu bila chong wei kalah,tak terasa ralat sgt sbb dia berjuang habis-habisan.

wan> eh, kalau diorg masuk WC, mmg kena sokong la kan. tapi Germany tetap di hati la kalau utk ke final. ewahh..

oh, kiranya ko tak tgk la chong wei diving kat badminton court semalam? hehehe

isabelle said...

heee...
i tgk tanpa perasaan jer :P

imee said...

Aku hanya sokong Team Malaysia, walaupun tak masuk World Cup.

Liz Rohaizat said...

isabelle> hehe, baguslah. kalau tak, sakit jantung tgk.

imee> wahhh, ni mmg peminat habis ni

WanYgBest said...

tak tgk la liza.. ada kwn2 aku yg smgt p tgk live kat birmingham... tiket utk student tak mahal pun, dalam £20 mcm tu jer diorg kata

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.