Monday, August 01, 2011

Akhirnya...

Perasan tak bila Ramadhan hampir tiba, kempen derma darah giat dijalankan. Boleh dikatakan banyak shopping complex akan mengadakan kempen derma darah untuk mengutip sebanyak mungkin bekalan darah. Menurut statistik, berlaku penurunan dari segi jumlah kutipan darah ketika bulan Ramadhan.

Bila musim perayaan, banyak kemalangan berlaku. Jadi, bekalan darah perlu berada di tahap maksimum. Sebab tu PDN (Pusat Darah Negara) sedaya upaya melakukan kempen di shopping complex. I rasa elok juga buat kat sana sebab ramai org datang utk membeli belah. Kalau setakat nak singgah sekejap utk derma darah, rasanya ok je kan?

I dah lama tak menderma darah. Kali terakhir, tahun 2005. Masa kat MMU, mmg rajin menderma darah. Tapi bila dah takde kat sana, mmg tak dpt nak derma. Lepas tu, pregnant pulak. Lepas tu, breastfeeding pulak. Mmg peluang utk menderma darah tu terus tertutup.

Bila Batrisyia dah lepas 2 tahun, baru I pasang angan-angan nak menderma semula. Cuma tak jumpa kempen derma darah kat shopping complex. Ajak hubby pegi PDN tapi tak pergi-pergi. Hehehe..

Akhirnya, minggu lepas baru dapat tunaikan hajat. Ni kali kedua hubby menderma darah dan dia dah tak gundah gulana lagi. Hehehe...

Ingat nak la romantik-romantik baring sebelah menyebelah sambil menderma darah. Tidak boleh yer sebab Batrisyia was freaking out bila tgk abi dia kena cucuk. Lepas tu darah keluar dari lengan. She kept on asking me, "Sakit tak? Tisya taknak tau". Muka minah tu cuak giler. Kejap-kejap dia berdiri jauh dari abi dia sambil tanya, "Sakit tak?".

Biasa la, mula-mula kena pastikan kita boleh menderma darah:

- Anda sihat pada hari ini
- Anda berumur 18 hingga 60 tahun
- Berat badan melebihi 45kg
- Tidur melebihi 5 jam
- Tiada masalah perubatan
- Tidak mengambil sebarang ubat (seperti antibiotik)
- Anda telah mengambil sedikit makanan sebelum menderma darah
- Anda tidak terlibat dengan kegiatan seks yang tidak sihat
- Pendermaan terakhir ialah 3 bulan yang lalu.

So kalau confirm boleh derma, sila isi borang utk declare status kesihatan.

Dia marah sebab dia tak dpt form

Rangkaian soalan yg perlu dijawab "Ya" atau "Tidak"

Lepas tu, kena check berat badan, jenis darah dan paras hemoglobin. Kalau ni lulus, baru check tekanan darah. Kalau tekanan darah ok, boleh proceed utk daftar sebagai penderma pada hari tu. Kalau tekanan darah ngam-ngam mcm I (112), korang kena pergi makan dulu. Makanan mcm roti dan air milo ada disediakan. Lepas tu, baru boleh daftar sebagai penderma.

Masa mendaftar, pegawai akan decide berapa ml darah akan diambil dari badan seseorang. Berat badan dan tekanan darah akan diambil kira dalam hal ni.



450ml of blood

Kalau masa kat U dulu, I selalu kena ambil 250 ml aje. Skrg dah 350ml pulak. Bagus.. bagus. Dah lama tunggu saat ml itu dinaikkan.

I rasa menderma darah ni satu perkara yang bagus. Kalau korang rasa derma organ tu menakutkan dan tak elok, derma darah ni apa sangat lah. Tak menyakitkan pun. Kalau rasa takut, janganlah tengok time diorg cucuk jarum kat lengan korang tu :p

Percaya atau tak, darah yang korang dermakan tu boleh menyelamatkan 3 nyawa!

6 scribble(s):

Diyana said...

bestnye boleh derma darah. diyana tak layak menderma.darah cukup2 utk badan sendiri sahaja ,doktor bgtau.huhu. dulu masa kat u,berkobar2 ajak kawan2 semua pergi menderma..sekali diyana yg tak boleh menderma. sedih gile.ade juga try check up lagi sama ada layak ke tidak, sama jugak. memang tak boleh..huhu.

Liz Rohaizat said...

diyana> ye ke? tak pernah dgr doktor ckp camtu. yg saya pernah dgr, tak boleh derma sebab ada mkn ubat, tak cukup rehat, hemoglobin rendah dan lain2. cuba la check lagi. mana tau kali ni boleh

Ely Hasrul said...

aku dulu keje kat titiwangsa, aku tak ingat la tahun bila tp around 2003 - 2005. aku blk cpt so tiap ari nk abiskan masa utk amik papi bosan so aku manfaatkan la dgn singgah blood ctr. kire btl2 cycle aku pi derma darah. penuh kad tak ingat la every 2-3 weeks gitu. kalu g spital kerajaan bleh mintak masuk vip lah haha kan ade special treatment utk org derma darah kan, sampai la dorg request nk derma placenta tak. tp time tu aku nk cpt so bg darah aje. patu pindah tmpt keje, kawin, pegnen, bf smpai skang patu pegnen blk terus xpenah derma. papi? kim slm dia takut jarum.. haihh

Liz Rohaizat said...

ely> kalau setiap 2-3 weeks, aku rasa apheresis la. sebab kalau whole blood, kena selang 3 bulan. bagus la ko sebab rajin. aku sejak tak duduk U, dah tak rajin sebab susah nak jumpa kempen. kalau jumpa, takleh derma pulak. papi takut jarum? hahah.. paksa je. hubby aku takut gak tp bila dah kena paksa, baru dia tau benda tu tak rasa apa2

Crookshanks said...

aku selalu derma darah, leh kata setahun sekali... tp sejak sambung belajar, pernah sekali je aku derma darah, lepas2 tu asyik x sempat jer..

stiap kali derma, darah aku akan dilabel "Emergency Blood".. sbb aku darah O -ve, universal donor =)
tapi susah la nak carik donor utk diri sendiri...huhuhu

Liz Rohaizat said...

crookshanks> selalunya ) -ve guna utk trauma patient mcm kat ER dan babies sebab ia universal donor. tapi dalam dunia ni tak ramai berdarah O -ve kan? bertuah la kerana ko antara prang yg boleh menyelamatkan nyawa orang lain

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.