Friday, August 12, 2011

12 Ramadhan

Mengapakah sekejap je rasanya masa berlalu? Tup tup, dah masuk 12 Ramadhan. Ahad ni dah terawih yang ke 15!

Sejauh mana pengisian kita?

Dah nak masuk pertengahan Ramadhan, dah mula kedengaran bunyi mercun. Duduk pulak kat kawasan kampung. Memang berdentum-dentum. Nampaknya kanak-kanak dah mula rasa kemeriahan nak raya.

Selalunya lepas 15 Ramadhan, orang mula buat persiapan nak menyambut raya. Rumah nak kena bersihkan sikit-sikit. Langsir nak kena turunkan. Langsir baru nak kena keluarkan. Kuih raya nak kena buat.

Batrisyia dah mula minta abi dia belikan lampu kelip-kelip macam kat rumah tokwan. "Kita beli kat Tesco ye". Wah, pandai order. This little girl memang menguji kesabaran umi dia time berbuka. Semua makanan dia nak rasa! Belum habis kuih, dah minta sayur. Belum habis sayur, dah minta sup. Lepas tu minta air. Lepas tu minta kurma. Makan mengalahkan orang puasa tapi badan tetap cikeding.

Urm, petang ni nak kena rush sikit. Nak pergi pasar. Nak kena cari ikan dan sayur utk seminggu. Belum fikir lagi menu-menu utk berbuka puasa minggu depan. Harapnya tidak hujan petang ni.

7 scribble(s):

Diyana said...

berselera btul eh batrisya makan eh. anak2 diyana tak macam tu. susah sgt nak makan.pilih makan. tambah lg si damia tu..tp heran jg sebab badan dia montel mcm makan byk. suami ckp, nak heran ape..mak die montel,anak ikut le..haha

Liz Rohaizat said...

diyana> dia tu ikut mood jugak. kdg2 taknak mkn langsung sebab kat school, dah mkn waktu petang. nasib2 je sampai mood nak mkn byk.

damia tak montel la. comel!

WanYgBest said...

slalu pasan ko cam risau batrisyia tu cikeding... like mom like daughter.. mak dia dari kecik smpai beso pun cikeding.. hehehe.. yg penting dia mkn ikut waktu, mknn berkhasiat kan? =)

btw, kitorg kat sini alhamdulillah, selamat, keadaaan masih terkawal...city2 lain la teruk sket.. huhu

nieda said...

budak2 plg excited nak beraya. Dah beli ke baju raya utk Tisya?

Cuma raya ni tak happening kat Siti Khadijah. Ayah dia baru je meninggal. Al fatihah...

Liz Rohaizat said...

wan> aku risau sebab tak tau ke mana semua makanan yg dia mkn tu pergi. hahaha... makanan mcm semua diproses keluar semula.

ok la kalau korang dalam keadaan selamat. balik sini cepat!

nieda> tisya mmg tak tau kot raya tu apa. bila hari raya nanti baru dia nak excited. baju dia awal2 dah beli. sblm puasa lagi sbab kitorang bkn jenis keluar shopping time puasa.

yups, takdir telah tertulis. Al Fatihah.

rozila said...

hai liz....selera sggh icha micha....my iris susah nau nk bg makan....bl dia mintak...time2 2 jgk la dia nk...ingat kedai makan kot...main order jer...hehehe....

bulan ramadhan kalu kita sediakan sdri iftar mesti seronokkan?

Liz Rohaizat said...

rozila> takpe, yg penting anak tu mkn. kdg2 kena paksa juga. hehehe... batrisyia tu pun kdg2 kena paksa.

mmg best kalau sediakan juadah berbuka kat rumah. walaupun simple tapi puas hati.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.