Friday, July 29, 2011

Si kecil yang tahu erti RINDU

Hubby was away. Sepatutnya pergi 8 hari. 3 hari pertama, Batrisyia masih okay sebab pakcik-pakcik dia ada temankan dia. Lagipun, abi dia telefon tiap-tiap hari. Pagi dan malam.

Masuk Isnin, soalan pertama yang keluar dari mulut dia bila bangun tidur ialah, "Mana abi?". I terpaksa jawab, "Abi pergi kerja dulu. Nanti kita telefon abi". Dia diam je. Pagi tu okay je dia berborak dgn abi dia. Malam pun ok lagi.

Hari Selasa, lain pulak cerita. Dia tak tanya lagi. Tapi bila abi dia telefon malam tu, Batrisyia merajuk. Dia tepis telefon, terus peluk umi dan menangis. Puas pujuk dia. Sudahnya, dia tertidur dalam sedu sedan tu. Dia rasa sedih kot. Mungkin dia rasa semua orang main-mainkan dia. Kata abi pergi kerja, kata nanti abi balik tapi dah 5 hari tak nampak abi.

Pagi Rabu, I cakap dengan Batrisyia yang I nak telefon abi dia. Dia marah. Sedih bila tengok dia tunjukkan perasaan sebenar dia. I minta hubby balik hari tu juga tapi hubby tak balik. Malam tu, I tanya Batrisyia.. kenapa taknak telefon abi? Dia jawab, "Nanti Tisya nangis" :(

Malam tu, abi telefon. Bila dengar ringtone, Batrisyia terus tanya, "Siapa tu?". I jawab, "Abi telefon". Dia terus jerit, "Taknak!" sambil berlari menyorok kat tepi sofa. Bila I panggil dia, dia geleng kepala aje. Kesian tengok dia.

I kata kat hubby, I biarkan speaker on, dan dia cakap je la mcm biasa. Biar Batrisyia dengar. Abi terpaksa la cakap sorang-sorang. Batrisyia tetap tak berganjak dari tepi sofa. Dia menjeling je. Tapi I tau dia dengar apa abi dia cakap. Puas ajak dia dekat, dia taknak.

Hinggalah abi dia buat offer.

"Tisya taknak abi balik ke? Abi balik ye. Nanti abi bawak pergi Jusco. Kita pergi main kat Jusco. Nak tak?"

Terus anak kesayangan dia tu berlari dapatkan telefon dan cakap, "Abi, nanti pergi Jusco tau!".

Even lepas habis bercakap, dia dok ulang kat I.

"Nanti kita ambil abi kat tren. Lepas tu kita pergi Jusco. Kita makan aiskrim tau!"

Kami tak janjikan aiskrim. Cuma hari Selasa tu, dia tengok Ana Lulu. Kan ada adegan ayah kiki bawa Kiki ke playground. Lepas tu sama-sama mkn aiskrim kat bangku. I rasa scene tu terkesan di hati Batrisyia :)

Batrisyia belum lagi berumur 3 tahun tapi dia pun tau nak rasa sedih. Sometimes, kita lupa yang kanak-kanak kecil pun punya perasaan.

Seakan takut abi hilang lagi, Batrisyia minta dipeluk ketika tidur

4 scribble(s):

Ila said...

rindu sangatlah tu batrisya ngan abi dia..lama sgt abi dia gi

Liz Rohaizat said...

ila> mmg pun. pkul 6 pagi tadi dia terbangun. tapi dia tak nampak abi dia. terus dia menjerit nangis cari abi dia.

IHSAN KHAIRIR said...

this post touched my heart...

Liz Rohaizat said...

ihsan> :)

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.