Tuesday, July 26, 2011

My yummy pavlova


Setiap kali I sebut pavlova, mesti ada je orang yang tanya soalan ni.

"Pavlova tu apa?"

Ok, let me tell you a story about pavlova. Ok, first.. about my first 'meet' with pavlova. Pertama sekali I tau tentang pavlova masa tgk Come Dine With Me. Familiar dengan rancangan ni? 5 org ahli akan bertemu tiap-tiap malam utk menjamu selera. The host (mereka bergilir-gilir utk jadi host) akan menyediakan menu makan malam yang lazat utk ahli-ahli lain nikmati. Kemudian, hasil masakan mereka akan dinilai. Di akhir minggu, ahli yg mendapat skor tertinggi akan membawa pulang hadiah wang tunai.

Ada satu episod tu, sorang makcik ni la.. dia buat Pavlova. Nampak mcm senang gila. Yang buat I kagum, dia kata, kalau betul-betul pukul adunan tu, adunan takkan jatuh apabila mangkuk ditelangkupkan. Wah, biar betul makcik ni kan?

A year later, I dapat merasa pavlova kat Traders Hotel. Yum.. yum.. sedapnya! Cakap je sedap tapi tak pernah nak cuba buat pulak. Masa tu, oven kat rumah buat hal. Tak memberikan bacaan temperature yg betul. So mcm takut nak buat :(

Hohoh... benda ni berlaku sebelum pavlova Alexis famous dikalangan bloggers dan sebelum kak Nani start jual lagi. Hehe.. jgn marah yer kak Nani. Sebab tgk gambar pavlova kak Nani, hati membuak-buak kat try. Tambah pulak my fave food blogger, kak Min rajin bebenor buat pavlova utk family dia. Tak boleh jadi nie. Mesti nak buat. Jadi, I buat la Sabtu lepas. Inilah hasilnya :)

Nak tau resipi dan pengalaman I buat pavlova, boleh baca kat sini: Pavlova with fresh strawberries. Pavlova ni mmg senang nak buat tapi ada gak tips penting yg kita elok ikut untuk pastikan benda tu menjadi. Tips ni I dengar dari makcik tu la. Kak Min pun share tips yg sama.

So lepas ni boleh buat pavlova lagi. Elokla tu sebab I pun dah tak layan sgt cake. Boleh la gantikan birthday cake dengan pavlova. Paling suka sebab Batrisyia pun suka makan. Kelmarin, dia mkn 4 slices sampaikan paksu dia nak tambah pun tak boleh.

2 slices of pavlova in the morning, just after I decorate the disc

Eating again in the afternoon

I think she loves it!

5 scribble(s):

nieda said...

wow, nampak menarik..tahu pavlova dari blog irma http://irmadilondon.blogspot.com/2011/07/sedia-menerima-tempahan-pavlova.html

maisy said...

senang..tp tkde mixer...kalo guna tgn agaknye jadi tk?

Liz Rohaizat said...

nieda> awak kan rajin try resipi. cubalah!

maisya> boleh je guna tangan tapi penat kot nak pukul sebab nak kena betul2 pukul sampai jadi glossy. aku yg pakai electric mixer pun penat. murah je mixer. ko tak payah beli yg satu set tu. beli mixer biasa je.

imee said...

wah, tahniah! pavlova ni ada dalam list of things to bake tahun ni, tapi tak try2 lagi. sbb sblm ni tak reti nak asingkan egg white dgn yolk. heh. skrg dah tau, boleh la cuba!

Liz Rohaizat said...

imee> hehe. aku telah menggunakan tips dari rachael ray dalam mengasingkan egg white dgn yolk tu. guna penapis! ekekeke...

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.