Tuesday, July 05, 2011

Getting old and not in love with cake anymore

I used to love cakes. Tahun 2003 merupakan tahun paling gilakan kek di mana tiap-tiap hari Jumaat, wajib mkn cheese cakes. Dapat pulak buat internship dengan geng yang suka makan kek. Bila hari Jumaat, rehat lama. So beramai-ramai pergi KLCC mencari kek paling cantik dan lazat utk dimakan. Terasa bonus bila mkn kek tiap-tiap minggu tetapi berat tetap 45kg.

Sekarang? Pandang signboard Secret Recipe pun dah tak rasa apa. The biggest cake I can eat is a cupcake! Lebih dari tu, rasa muak dan nak muntah. Terasa melekat je kat tekak. Rasa nak jolok dengan tangan bagi muntah. Rasa mcm nak jadi bulimia pun ada. Perasaan ni bukan sebab I takut jadi gemuk. Tidak yer. I tidak sampai ke tahap tu. Tidak pernah memuntahkan kembali makanan yg I makan melaikan I kena food poisoning.

Cuma I dah sampai tahap muak dengan cake. Oh, what's wrong with me?

I suka buat cake, suka tgk cake, suka cari resipi cake yang sedap-sedap tapi tang mkn cake, dah taknak. I ingatkan I cuma muak dengan cheese cake .Malam tadi hubby keluarkan caramel cake yg kami tapau hari Jumaat lepas. I makan 2 sudu je. Bukan cake tu tak sedap tapi I takleh nak makan.

Antara cake yg I rasa I masih mampu makan ialah Red Velvet Cake from Just Heavenly dan Mango Cake from Mango. Hint utk penganjur birthday party hujung minggu ni.. sila beli Mango Cake yg sedap itu.

I miss the old me T_T

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.