Friday, July 08, 2011

First time Batrisyia makan budu

"Sejak bila along tak makan pedas?"

Hamek ko. Cikgu Norlisah dah tanya. Ni mesti tak baca blog atau papa tak bagitau mama yang anaknya dah 2 minggu pantang makan pedas.

I nak balik my hometown malam nie. Jadi dah pesan awal-awal tentang lauk-lauk pedas nie.

Malam tadi rasa mcm tak tau nak masak ape. Bosan ok kalau tiap-tiap hari makan lauk tak pedas. I tak tau la camne org lain survive. Bila dinner je, I makan sikit sebab takde selera.

Untuk membangkitkan selera malam tadi, I masak simple je. Buncis goreng, telur dadar dan ikan goreng garing. Tapi ada satu pencicah special... BUDU! Sedar-sedar je lauk dan nasi dah licin. Hubby tunggu Batrisyia habiskan nasi. Rupanya dia nak pow nasi anak (in case Batrisyia tak abes mkn).

Kan I cakap minah tu dah jarang nak mkn malam. Hasil siasatan dengan cikgu dia, rupanya dalam pukul 5 ptg, bebudak ni makan lagi. Walaupun tak berat, cikgu ada buatkan bubur utk minum petang. Patutlah manjang tak mkn malam.

But last night, dia nampak budu. Dia heran kenapa kitorang cicah ikan goreng dengan budu. Dia nak try. Hubby tak bagi. Mulut dia becok minta nak rasa. Budu tu dah la ada bawang, cili besar, cili api. Rasa dia pulak kan lain sikit.

Hubby ambil sikit dan titikkan kat nasi dia. Batrisyia cuba makan.

"Sedapnya! Nak lagi". Hubby titik lagi.. dan lagi.. dan lagi.. sudahnya terus bagi 2 sudu. Berselera minah tu makan.

"Sedap ke?" I saja tanya. Yer la, bukan semua orang boleh tahan bau budu. "Sedap!" katanya sambil angguk-angguk kepala.

Ok korang, budak-budak boleh makan budu tak?

2 scribble(s):

Diyana said...

husben diyana dan 1 kaum kerabat dia sangat pantang makan pedas2. kalau pedas je,siap ada yang boleh trus tinggal meja makan. perut derang tak tahan sgt2.haritu masa mama dan bapak mertua datang,penangan sambal udang diyana..1 hari derang berdua berebut toilet.kesian gile.padahal tkdele pedas sangat pun.

err, perut org sebelah sabah mmg lain kot kan.perut manja.:D

Liz Rohaizat said...

diyana> waa, kitorang takleh la. wajib ada lauk pedas. kalau tak, mcm tak lengkap. kalau tak biasa mmg pedas, mmg alamatnya berkali-kali ke toilet la

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.