Friday, July 01, 2011

An exclusive invite from Disney Junior

Rentetan dari Mom Blogger Dinner awal bulan June, kami dapat invitation utk menghadiri majlis perlancaran Disney Junior di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort pada hari esok. E-invitation dah lama dihantar oleh Sophia. Kad jemputan baru dapat Rabu lepas.

Cantik!

I rasa majlis perlancaran ni bertemakan Jake and the Never Land Pirates. Even masa pegi dinner aritu pun, mmg ala-ala pirate juga la. Menurut Nancy, kartun ni antara yang disukai oleh kanak-kanak di sana.

Mmg menunggu juga nak pergi event ni sebab kesian Batrisyia tak dpt join masa dinner tu. Balik dari dinner tu, I cakap kat dia yg nanti I nak bawa dia jumpa Mickey Mouse. Patung Mickey Mouse yang I dapat masa dinner tu, dia bawak tidur tiap-tiap malam. Dia siap sediakan bantal utk Mickey Mouse tidur. Punya la dia sayang.

Esok ada special Meet & Greet with Mickey and Minnie. Harapnya Batrisyia tak takut bila tgk maskot Mickey Mouse. Ahaks, sebenarnya kan... umi dia pun excited ni nak bergambar dgn maskot-maskot tu. Maklumlah,tak pernah merasa bergambar dgn Mickey dan Minnie Mouse.

Rasanya ramai juga blogger lain yg dapat invitation dengan cara masuk contest. Even kak Ayu yang kuota terlebih 4 org tu kena masuk contest utk dapatkan tiket utk anak-anak yang lain. Cayalah dpt mak yg bersemangat mcm nie.

4 scribble(s):

fiza said...

Bestnya dpt invitation.

Liz Rohaizat said...

fiza> kalau masuk contest, boleh dpt invitation juga

Em's Family said...

Ayu tu tak boleh lawan, dia semangat waja punye orang :d best kan event ni

Liz Rohaizat said...

mira> ayu mmg takleh lawan. ehhe.. semangat dia bawak anak-anak attend event. tp mmg best la. batrisyia sampai mengigau time tidur mengingatkan dia jumpa mickey mouse

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.