Tuesday, June 07, 2011

Target menjadi 'pelacur kelas pertama'

Wah, panas! Seorang perempuan berpangkat doktor berharap agar isteri-isteri di Malaysia mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.

Baca di sini utk berita penuh.

Dah seorang doktor kata perkara ni merupakan antara punca utama keruntuhan rumah tangga. Doktor tu. Dia dah buat research la kot. So lepas ni kalau dlm kertas exam ada keluar soalan punca keruntuhan rumah tangga, adik-adik boleh la keluarkan point isteri tak layan suami seperti pelacur kelas pertama. Kelassss ko!

I tertanya-tanya la. Mcm mana pelacur kelas pertama beri layanan? Kalau nak tau, boleh la join Kelab Isteri Taat tu. Mesti dia ada ajar punya. Diorg kan pro.

The thing is... I tak kesah sebab apa yg dia maksudkan tu ada benarnya. Mungkin dia nak maksudkan layan suami dengan sebaik mungkin. Tapi perlu dan wajar ke disamakan dengan khidmat pelacur kelas pertama? Huh, I sendiri tak tau camne pelacur kelas pertama memberi khidmat. Hanya mereka yg pernah dilayan oleh pelacur kelas pertama je yg faham kot.

Kan lebih manis kalau digalakkan isteri menjadi seperti bidadari syurga. Bunyinya pun lebih sedap didengar. Sekurang-kurangnya, kedudukan isteri kedengaran lebih mulia.

Oh my, I can't believe statement tu keluar dari mulut seorang perempuan. What a shame.

12 scribble(s):

fiza said...

Samalah plak entry kita liz ☺☺☺

Memang tak patut lah statement mcm tu. Macam tak der contoh lain yg nak di samakan, pelacur gak yg di jadikan contoh. Kan bagus klo di suruh mencontohi mcm mana isteri² nabi SAW melayan baginda. Apa nyer doktor lah.

WanYgBest said...

oh...berapi2....wpun aku belum bergelar isteri...aku nak mintak izin, nak blog about this too... huhu

btw, stuju ngan statement ko...apsal x samakan isteri ngan bidadari syurga...hmmm

sya_firwan said...

hihi..so tru liz..dia buat sya berpikir satu malam..apalah perkataan yang sesuai utk menggantikan perkataan pelacur tuh..huhu..kekadang certain thing perlu disampaikan dgn bijak/smart instead of terlalu jujur..

*∽ IZAN ∽* said...

Agree..! rasa marah sangat dengar statement mcm ni dari kaum hawa sendiri!

Kalau rasa diri sendiri dah macam pelacur, jgn la sama kan dengan orang lain..!

Ntah hapa2 laaa.. nama je Dr... macam bagus tapi hampehh!!! grrrrr...!!*panassss!*

Farr said...

hye liza!
firstly... euuuuwwwwwww!
secondly, aku agree ngan ko.

bg aku, mcm mana kita lyn suami is very private & tak patut di share dgn org lain. tak perlu diklasifikasi sbg lynn pelac*r [nk sebut pun geli]... atau apa sj perkataan yg sewaktu dgnnya.

and yes, once again aku agree ngn ko.. malu nye, sbb statement ni dtg dr seorg perempuan yg berpendidikan tinggi.

p/s : mcm mana dgn pelac*r kelas atasan yg mmg wujud tu? nk dibiarkan shj ke?

Liz Rohaizat said...

fiza> aah, sama pulak. haha, tapi rasanya ramai je buat entry ni semalam sebab ramai yg marah. betul, ada banyak lagi contoh terbaik yg kita boleh ikut, yg dia boleh suggest. entah la, tak tau tang mana yg dia suka sgt nak jadikan pelacur kelas atasan idola dia dlm perkahwinan.

wan> oh, sila la blog wan. bagi 'terang' sikit hati doktor merepek tu.

bidadari syurga tu lebih bagus. mereka cantik tetapi tidak takabur dengan kecantikannya dan sentiasa merindui lelaki.

sya> she's a DR. so dia rasa dia bijak la kot. saya pun terfikir mlm tadi. dan tiba2 hubby pun fikirkan benda yg sama. katanya, tak patut disamakan taraf isteri dgn pelacur.

kak izan> malu kan bila perempuan tu rela disamakan dengan pelacur kelas atasan? mmg ramai hati isteri yg 'panas' dengan kenyataan dia.

farr> hi farr!!! hehehe.. maybe zaman dia kahwin dulu takde kursus kahwin. so dia tak belajar yg kita perlu menjaga air muka suami dan jgn sesekali bercerita tentang hal di dalam kelambu dgn org lain!

pelacur kelas pertama tu mmg wujud kan? cuma ia berselindung di sekali status 'kelas pertama'. dan semestinya hanya orang kelas pertama saja yg mampu membayar khidmat mereka.

weed said...

jgn je sampai kate2 doc tu memakan diri dah la...agak2 la kalo nak soh bini tu lagi creative dlm melayan suami...cara dia ckp seolah2 menggalakkan org nak tau plak camne layanan kelas pertama whore ni...takde cara lain nak tau melainkan try sendirik....kan ke dh menggalakkan dosa tu...huhuhu...nauzubillah....:(

Liz Rohaizat said...

weed> eh,takyah pergi buat research sendiri dgn pelacur la. masuk ke Kelab Isteri Taat. nanti diorg ajarkan. hahahahha... MENGARUT!

maisy said...

aku baru paste news ni dlm blog,tk perasan ko cite mende same..tp bile dh translate dlm BI lg teruk bunyinye..anyhow..comments dlm malaysian insider tu mmg rata2 pun tk setuju apya doc tu ckp..jadi permainan plak

Liz Rohaizat said...

maisya> aku tak baca lagi kat malaysian insider tu. nanti aku baca. laki aku ckp senang je. kalau doktor tu nak sama taraf dengan pelacur kelas pertama, lantak pii la.

MarDiah said...

Lebih baik bandingkan Siti Asiah dgn isteri zaman nie dari dibandingkan dgn pelacur. Sungguh tidak relevan.

Liz Rohaizat said...

nadia> betul tu. mcm takde org lain boleh dijadikan idola

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.