Tuesday, June 28, 2011

Susah nak makan malam

I risaukan Batrisyia sekarang nie. Daripada menjadi anak yg suka makan tapi tak gemuk-gemuk kepada anak yang susah nak makan malam dan tidak pulak makin melidi.

Yang dia fikir, lepas maghrib.. nak layan CD Alif Baa Taa. Khusyuk dia layan. Lepas Alif Baa Taa, nak layan yg jenis sebut "Alif di atas Aaa. Baa di atas Baa". Dia pun akan ikut sama sebut.

Bila ajak mkn, dia ckp, "Kejap, nak tengok Alif Baa Taa."

Lepas tu, kalau dia dah boring, dia buat colouring pulak. Habis bersepah warna kat lantai tu. Siap senyap-senyap asah warna. I ingat ape la habuk-habuk tu. Rupanya dia mengasah.

I fikir positif la. Kalau lapar, mmg dia akan cakap. Maybe dia dah makan kat nursery. Dia bukan tak makan langsung waktu malam tapi tak banyak mcm dulu. Kalau dulu, mmg tak nyempat-nyempat nak makan. Sekarang nie, aduh.. nak kena paksa makan.

What should I do? Pernah tak jadi kat korang?

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.