Tuesday, June 21, 2011

Super 8

Wah, minggu lepas tgk.. minggu ni baru nak update.

Seperti yg dinantikan, Super 8 akhirnya menjengah pawagam. Hubby was super excited sejak tgk trailer Super 8 pada November 2010! Kami tgk pada hari kedua tayangan.


Mcm biasa la, pergi tgk kat GSC Pavilion. Biarpun tiket sedikit mahal dari cawangan kecil yg lain (cuba compare dgn ticket price kat GCS Leisure Mall ke, mmg jauh beza), kitorang suka tgk kat sana sebab:

1. Caramel popcorn from GSC sangatlah sedap.
2. Toilets bersih dan selesa (tiada bau urin yang kuat)
3. Sama level dengan surau so kalau tiba waktu solat, boleh je keluar kejap.
4. Seat besar dan selesa, lebih-lebih lagi twin seat.

Sejak ada anak, mmg kami pilih twin seat la. Ahaks, time bercinta, takde pulak ambil twin seat. Hehehe...

I taknak buat review lebih-lebih. Tapi tetap ada spoiler sikit la kot.

Kalau you peminat filem J.J. Abram dan Steven Spielberg, dialu-alukan tgk movie nie kerana 'trademark' mereka masih dikekalkan dlm filem nie.

Yes, it's an alien movie. Huhu, at least much more better than Skyline!

Selalunya, kita disajikan dengan filem tentang alien yg jahat dan mempunyai agenda utk menakluk Bumi. Alien akan datang beramai-ramai dan membuat kemusnahan di dunia. Manusia akan dihapuskan dan berlakulah ancaman secara besar-besaran.

Itu tidak berlaku dalam Super 8. Dalam Super 8, manusialah yang jahat dan cuba mempergunakan alien sebagai bahan ujikaji sedangkan alien tu taknak tinggal pun di Bumi. Apa yang ia hendak hanyalah pulang ke planet asal. Atas ketamakan saintis dan pihak tentera, alien dijadikan tahanan dan dijadikan bahan ujikaji.

Hinggalah salah seorang pegawai yang terlibat dengan proses ujikaji tu memahami isi hati alien tu. (Dalam movie ni, mana-mana manusia yang ada contact dengan alien tu akan dapat memahami isi hati alien tu, kiranya tu cara alien tu nak berkomunikasi dengan manusia). Pegawai tu buat plan utk membebaskan alien tersebut.

Dia cuba membebaskan alien tu dengan cara melanggar keretapi yang digunakan untuk transport alien tu. Berlakulah satu pelanggaran dahsyat yang secara tidak sengaja disaksikan oleh sekumpulan kanak-kanak yang berada di stesen keretapi tersebut.

Apakah kesudahannya? Pergi la tgk sendiri :p

What I like:

1. Dalam filem ni, kanak-kanak diangkat menjadi hero. Siapa kata kanak-kanak tak boleh? :)
2. Scene pelanggaran keretapi yang buat I melopong.
3. Storyline yang menunjukkan sisi baik alien. Walaupun pasal alien, elemen kekeluargaan diterapkan dengan baik dalam filem nie (scene masa dia lepaskan kalung mak dia tu touching sikit la kan?)
4. Short movie tentang zombie yg budak-budak tu buat. Make sure korang tunggu walaupun movie dah habis. Nanti cerita zombi tu akan keluar. Agak kelakar la jugak.

What I don't really like:

1. Eventhough scene pelanggaran tu mcm best tapi agak tak logik la jugak. Langgar sampai mcm tu tapi budak-budak tu selamat. Paling tak logik, cikgu dia tu still selamat. Tak logik.. tak logik.
2. "Shit!" berapa banyak kali la ada ckp. Budak-budak pulak tu. Isk.. tapi tu kat sana, biasa la kot.

I rasa lepas ni tak boleh bawa Batrisyia tgk movie yang berat-berat la. Bagi dia layan cartoon je la kot. Masalah kecilnya ialah minah tu dah besar dan dah pandai cakap. Dia tahu hampir semua benda yang dia nampak. So dia agak potpet juga masa tgk movie nie.

"Hoo... abang tu balik sekolah naik bas!"
"Ape tu?"
"Fuyooo, keretapi langgar!!"
"Tu kamera sape?"

Unfortunately, abi dia baru ajar dia nyanyi lagu Burung Kakak Tua. Jadi masa wayang tu, dia nyanyi sekejap.. "Letchum... letchum... letchum o la la..... burung kakak tuaaaaaa".

Wow, sedikit rasa annoying di situ. Nasib baik la kejap je. Lepas tu dia tidur. Selamat kami daripada dihalau keluar. Hehehehe....

Bulan depan, nak tgk Harry Potter and the Deathly Hallows Part II. I nak tgk first slot. Huhuhu, ada sesapa nak join? Lagi satu movie yg I tunggu ialah One Day. Belum ada release date lagi. Harapnya ada la keluar kat Malaysia.

2 scribble(s):

imee said...

Aku baru tgk movie ni smlm, so baru boleh komen. Hehe..

Movie tu rating dia PG-13. Mungkin sedikit silap la ko bawak anak ko. That's why takat cakap $#!+ tu diorg tak censor.

Aku suka movie ni sbb feel dia sangat old school, ala2 macam Goonies + ET sket. Dengan sound effect pun style movie zaman dulu. And paling favourite, budak2 tu sumer asyik naik basikal. Memang feel macam movie2 masa kecik2 dulu. Kalo tengok movie budak2 zaman skrg asyik rasa nak lempang je.

Walopun ada plotholes sket yang aku notice, still movie ni sangat enjoy. Budak2 tu sumer sgt comel aku suka.

Liz Rohaizat said...

Imee> ahaha, tu la. aku pun baru teringat movie tu rated 13PG. tapi tak kesah sgt la sbb anak aku tak paham ape. yg dia suka tgk adegan pelanggaran tu, pastu tgk basikal, bas sekolah. paling dia kecoh bila dah nampak muka alien. asyik2 tanya, "Apa tu?".

mmg sgt old school kan? aku suka.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.