Monday, June 13, 2011

Serindit Studio

Remember my entry about studio photo shoot by Serindit Studio?

Kami pergi redeem semalam. Sebanyak 225 kupon terjual! Jadi kena la booking tarikh utk dptkan slot yang dikehendaki. I bajet ambil slot pukul 4 sbb nak bagi Batrisyia tidur dulu. Harap dia tak meragam la. Kalau dia taknak posing, tu ok lagi. Jgn sampai dia meragam. Pening kepala nanti.

Hubby tak ambil port. Dia tau tolong bawa kami ke studio je. So I la yg kena pilih warna baju, carikan baju. Susah sebab hubby takde baju warna purple. Bila ajak dia pergi cari baju, ada je yg dia tak berkenan. Akhirnya dpt beli kat Pavilion.

Masa kami sampai di studio, ada satu family tgh shooting kat dlm studio. So lepak-lepak kat luar dulu sambil tgk wedding album. Lawa-lawa gambarnya. So kalau ada yg nak cari photographer tu, boleh la cuba check portfolio Serindit Studio.

Dalam masa 45 minit, kami dapat ambil 214 gambar! Ni gambar 'fresh from the oven". No make up (tepek loose powder aje). No editing at all! Oh, except ada beberapa gambar yg I crop agar korang boleh tgk dgn jelas.












I mmg teringin sgt nak buat photo shoot sebab kami tak banyak gambar keluarga. Gambar berdua pun tak banyak. Selalunya hubby akan bergambar dgn Batrisyia. I jadi tukang ambil gambar. So bila belek-belek album, rasa mcm ada sesuatu yg hilang. Ahaks. Mana gambar family? Mana gambar berdua dgn hubby? Hehehe.

Sekarang tunggu masuk rumah baru je.

16 scribble(s):

Faizah said...

bestnya. laki aku tak sporting. dgn alasan, amik gambo 3 org tak baik kekeke

kami ada 1 je gambo ber3 masa p penang last dec, tu pon masa folo aku ada conference kt situ.

bila nak masuk umah baru?

Sumijelly said...

wah.... g juga..

ishk..rugi tul tak beli kupon tu...

hr tu nak beli.. tnya hubby.. tp dia tak mahu..huhuhuh...

takper.. next deal nak beli la...

Sumijelly.com

Liz Rohaizat said...

faiz> ala, tak semestinya gambar bertiga. boleh ambil gambar berdua. kitorang byk ambil gambar berdua. rumah baru kena tunggu dpt kunci. xtau la bila. dah lama siap dah.

sumijelly> hehe, ala.. beli je. bila dah beli, kompem dia mau! hubby saya pun mcm taknak tapi bila dah beli, dia ok je

Syigim said...

lovely. suka gamba yg liz peluk hubby & ur girl dr belakang tu :)

moga Allah besarkan lg kluarga liz ye.. hihi..

insyaAllah kak blk msia ni pun dah book photographer nk amik gamba2 mcm ni jgk, but cannot imagine how my 3 boys will behave!! :P

CIK NANA said...

Woot woot!
Cantik la Liz! ;p
Na pun dah takde gambar bertiga nie. Nak jugak!! ;p

Liz Rohaizat said...

kak syigim> ahaks, photo shoot ni pun dibuat khas sblm membesarkan keluarga. eh,bila akak nak blk msia nie? lama ke balik sini?

nana> tak beli ke kupon aritu? takpe, tunggu next coupon

fiza said...

Cantik ah liza gambar² nih. Pandai anak dara ni posing erk.

Laki aku tak suka ah bergambar nih. Pernah ajak tapi dia tak nak...haihhhhh...

chenta hatie said...

dah agk , mst ade kat sini . hehe . k.liz cantik okeh . mood: jeloz . hahaha . happy family .

Liz Rohaizat said...

fiza> kalau dah kamera mahal, gambar mesti la cantik. anak dara ku mogok taknak posing pada hari tu. ko tgk dia senyum? tak natural langsung. hahaha...

ala fiza. benda2 camni ko takyah ajak laki. ko beli je. pastu paksa dia ikut. gerenti dia suka gak. cuma taknak tunjuk je tu

sikin> ni sikit je. tunggu upload kat FB. sana boleh buat privacy setting. eh, sedap nama irdzan tu. sekali baca, org tak sedar mana dpt nama tu :p

WanYgBest said...

bila tisya nak begamba ngan aunty wan nih?? =)

AyuArjuna BiGoshh said...

cantek ...suke tgk gambar2 ni

animkechik said...

aku pun t'ingin nk wt gmbr cmni gak.. ari2 dh nk t'beli tp bile pkir yg boleh ke diorg ambk gmbr bdk2 nie, trs cancel. tkt m'bzr je tp xdpt gmbr cantik.

aku pun perasan name irdzan 2 cm best jerr.. ade makne x agknye? cm leh ltk kt name ank jer nnt..

Liz Rohaizat said...

wan> huhu.. tunggu aunty wan balik sini dulu.

kak ayu> mmg cantik gambar2 yg diorg ambil.

anim> ala, kalau bebudak ni taknak bergambar, ko bergambar je la berdua. sana byk props utk budak2 la. mainan byk

Ely Hasrul said...

tu muka ko tepek bedak bese??!!! menci!!!

Liz Rohaizat said...

ely> aah, nape? aku pakai loose powder je. aku mcm malas nak make up sebab gambar studio. kalau make up, kena edit gambar kalau nak bagi lawa. aku malas mo edit2 ni. mau natural.

chenta hatie said...

k.liz & k.anim : ahahaha . igt tade org perasan sbb tukar kejap je . hehe . k.anim takyah risau , kalau 2 2 hyper actve pon , lagi natural pic nanti , cmre mereka mst yg cngih punye . bole snap dlm keaadaan high speed . hehe . ( jeloz jugak tgk pic kak liz . sgt cntik ... :)

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.