Monday, June 06, 2011

Sejarah keluarga

I owe this entry. Yer la, dah beritahu kat FB tapi tak update kan? So mcm ada yang tanya mcm mana dengan my aunt.

Begini ceritanya.

On Thursday morning, I dapat panggilan dari cousin. Dia kata, dia cuba call papa tapi tak dpt. Mama pun tak dapat. I tanya la kenapa sebab suara dia mcm nak cepat je. Dia kata, my uncle cuba call papa sebab nak bgtau yg my aunt dah koma akibat strok.

I dalam terkejut tu, terus cuba call my parents sambil sms my siblings. Last-last, semua org dah tau. Masing-masing nak pergi melawat kat Hospital Besar Seremban tgh hari tu. I pulak ingat nak melawat ptg tu tapi tak jadi sbb elok je pukul 1, I dapat berita yg my aunt akan dihantar ke HKL bagi menjalani pembedahan. Aik, kena bedah ape pulak?

Baru la dpt tau yg rupanya my aunt ada ketumbuhan merangkumi 1/4 daripada kepala dia. Dgr cerita, dia selalu pening kepala. Dalam sebulan, ada la kena sekali which is urm, agak biasa la juga kan? I pun kena sakit kepala mcm tu. So dia tak expect apa-apa. Sehari sblm dia koma, anak dia tgk dia mcm tak bermaya. So anak dia hantar ke Hospital Besar PD bagi mendapatkan rawatan. Senang sikit kalau kat sana sbb anak dia kerja sana. So boleh tlg tgk-tgkkan mak dia. Berbotol air masuk dan at 3am, my aunt dah terlalu lemah dan akhirnya koma.

Doctor buat CT Scan, ada nampak ketumbuhan kat kepala. Tu yg dihantar ke Hospital Besar Seremban pulak. Buat CT Scan lagi, mmg sah ada ketumbuhan di kepala. Akhirnya, doktor buat keputusan utk jalankan pembedahan di HKL.

Kami datang melawat hari Sabtu lepas. Terkejut sebab my aunt dah sedar. Isk, my uncle ni pun satu. Dia tak bgtau orang pun yg wife dia dah sedar. Huhuhu.. Alhamdulillah. Doktor still nak tgk keadaan ketumbuhan tu. Mereka masih tunggu tarikh utk buat operation.

Kejadian ni membuatkan kami semua alert. Ada sejarah dalam keluarga papa yg membuatkan kami semua risau. Arwah atok meninggal secara tiba-tiba. Ok, tak tau la tiba-tiba ke ape. Tapi arwah meninggal dalam keadaan tidur di bawah pokok lepas balik berkebun di satu pagi. Then, arwah maklong strok dalam keadaan duduk di waktu semua org sibuk menikmati juadah raya. Tak siapa sedar. Tau-tau je dah senyap kat kerusi, koma selama beberapa hari dan meninggal dunia. Arwah pakngah meninggal akibat strok sewaktu dia potongkan rambut siapa ntah (cousin kot.. lupa dah). Arwah terjatuh dan meninggal dunia.

Utk semua kejadian di atas, doktor tak menolak kemungkinan berlaku serangan jantung secara tiba-tiba.

Sekarang mereka tinggal 5 beradik. So bila my aunt ni tiba-tiba koma, semestinya semua org risau kejadian yg sama berulang kembali. Tapi alhamdulillah, dia dah sedar.

Thanks kepada kawan-kawan yang tolong mendoakan dan bertanya khabar.

Lepas balik dari hospital, kami terus ke Perak. Ada kenduri kahwin hari Ahad tu.


KL to Perak ambil masa 3 jam je. Tapi Perak to KL ambil masa 5 jam. Jammed giler. Masuk highway, keluar balik ikut jalan lama. Sampai Tg. Malim, masuk balik highway. I risau je kalau hubby tertidur. Bahaya kan? So kena gigihkan mata melayan dia. Terbaca update kawan di FB. Dia dari Kedah pukul 4 ptg. Sampai KL pukul 1 pagi. Tu lagi la penat kot!

3 scribble(s):

Ely Hasrul said...

alhamdulillah dh sedar.. kena buat checkup gitu tu liz..

Liz Rohaizat said...

ely> but that's the problem. family belah ayah aku ni takde kes sakit jantung/darah tinggi/kencing manis.

dia mcm jadi tiba-tiba dan terus meninggal dunia. tp aku dah ckp dgn ayah aku, kalau pattern ni berlaku lagi, mmg dia kena buat check up selalu.

AyuArjuna BiGoshh said...

liz- take care dear....hmmm

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.