Wednesday, June 15, 2011

Sanggupkah anda menyembunyikan satu kematian?

Yesterday morning, I was busy looking for a nice holiday gateaway for upcoming family vacation. Biasa la, hujung tahun mesti mau pergi cuti.

In the afternoon, I received a phone call. 3 panggilan telefon memberitahu berita duka yang sama.

Sepupuku; arwah kak Fadilah telah kembali ke rahmatullah semalam.

Sepupu ni jarang jumpa sebab dia duduk jauh. Kalau hari raya pun, belum tentu dpt jumpa melainkan dia balik ke rumah ibu bapa dia. Kenduri kendara pun, kdg-kdg tak jumpa sebab datang pada waktu yang berlainan.

Early this month, arwah dimasukkan ke Columbia Hospital kerana perutnya membengkak. Tiub ditebuk bagi mengeluarkan air yang penuh dalam perut. Kepada pelawat-pelawat, arwah dan suaminya beritahu yang doktor tak dapat mengesan punca air tu. Satu pembedahan telah diaturkan pada 8 June. Kami kemudian diberitahu bahawa pembedahan tersebut ditunda ke 9 June.

Rupanya arwah cuba menyembunyikan status kesihatannya kepada semua org termasuk adik beradiknya. Sebenarnya, doktor telah dapat mengesan punca air tu. Doktor memberitahu bahawa arwah menghidap kanser ovari tahap 2. Cuma arwah meminta agar dirahsiakan penyakit tu daripada adik beradik dan sanak saudara. Arwah tak mahu org bersimpati terhadap dirinya.

Melalui pembedahan, doktor mendapati bahawa kansernya telah berada pada tahap 4. Setahu I, tahap 4 bermaksud sel kanser telah merebak ke seluruh badan. Please correct me if I'm wrong. I dah lupa apa yg I belajar dulu. Doktor beritahu suami arwah bahawa arwah hanya mempunyai masa 2 bulan utk hidup. Arwah dapat tahu pun sebab dia terdengar perbualan antara doktor dan suaminya ketika dia berada dalam keadaan separuh sedar.

Doktor hanya mampu menjangka. Arwah kembali ke rahmatullah semalam. Alhamdulillah, adik beradiknya sempat berjumpa dengan arwah dan mengetahui hakikat yang sebenar.

Pemergiannya membuatkan I terfikir. Apa perasaan mereka apabila merahsiakan penyakit ni daripada org terdekat termasuk adik beradik? Dan bagaimana pula perasaan adik beradiknya apabila mengetahui arwah merahsiakan hal ni?

Kdg-kdg I terfikir juga. Kalau la ditakdirkan I sakit teruk, I pun mungkin akan rahsiakan hal ni daripada kawan-kawan dan mungkin keluarga. Blame me for reading A Walk to Remember. Did you know that story is a true story?

Bila kita sakit, perkara terakhir yang kita harapkan ialah orang bersimpati dengan kita dan kita diingatkan dengan kenyataan bahawa kita sedang sakit. Menjalani hidup seperti biasa adalah perkara terbaik yang pesakit perlu buat walaupun sukar! It makes them stronger. Mungkin atas sebab tu, sesetengah orang merahsiakan penyakitnya.

I don't blame arwah for hiding the true story.

Semoga roh arwah kak Fadilah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

INFO KANSER OVARI

Pengenalan

Kanser ovari merupakan kanser yang timbul daripada ovari , iaini sepasang organ yang menghasilkan benih dan hormon wanita. Ia biasanya berlaku di kalangan wanita berusia 40-an ke atas dan memuncak di kalangan umur 55 ke 60 tahun. Kebanyakan kanser ovari merupakan kanser yang timbul daripada permukaan ovari (epithelial cancer) dan sebahagian kecil berasal daripada sel-sel benih telur (germ cell cancer).Kanser ovari lambat dapat dikesan kerana kedudukan organ itu yang letaknya jauh di dalam pelvis berbanding pangkal rahim (serviks) dan juga endometrium (dinding rahim). Ini menjadikan proses saringan (screening) tidak dapat dilakukan.

Kanser ovari cenderung berlaku kepada wanita yang mempunyai ibu atau adik-beradik yang menghidapi kanser tersebut. Ia juga cenderung berlaku di kalangan wanita yang mencapai akil baligh awal dan lewat menopos serta wanita yang tidak pernah hamil (ovari direhatkan semasa kehamilan).

Selain daripada itu wanita yang hamil pada usia lewat serta wanita yang mempunyai kumpulan darah 'A' juga dikaitkan dengan kanser ovari.

Penyebab Kanser Ovari

Tiada siapa yang tahu apa punca sebenar kanser ovari. Sejak dahulu lagi penggunaan bedak (talcum powder) yang disapu pada kemaluan wanita sering dikaitkan dengan kanser ovari. Ini timbul daripada kajian yang dibuat di Afrika Selatan. Bedak yang digunakan tersebut sebenarnya mengandungi kandungan asbestos yang tinggi. Bedak-bedak yang ada pada masa ini tidak lagi mengandungi asbestos, maka ianya selamat digunakan.

Faktor jangkitan virus yang berkemungkinan menyebabkan kanser ovari ada juga dikaji. Walau bagaimanapun tiada hubung kait nyata yang dapat dikesan antara jangkitan virus dan kanser ovari.

Gejala / Tanda Kanser Ovari

Kanser ovari biasanya tidak mempunyai sebarang gejala yang spesifik pada peringkat awal. Kebanyakan wanita mempunyai rasa kembung perut, ada juga yang mengalami cirit ataupun sembelit. Selalunya keadaan ini disangkakan adalah kerana masalah usus dan tidak diberi perhatian yang wajar.

Bengkak di perut pada peringkat awal biasanya disangkakan adalah pertambahan berat badan yang biasa. Sakit yang kuat adalah sangat jarang, kecuali terdapat ketumbuhan ovari yang terpulas atau berlaku perdarahan di dalam ovari tersebut. Ada juga pesakit yang perutnya membesar/membusung kerana cecair (ascites) yang dihasilkan oleh kanser ovari. Cecair ini membuatkan perut pesakit menegang dan besar. Selalunya kanser ovari sudah pun merebak ketika ianya diketahui.

Cara Mengesan Kanser Ovari

Banyak kajian telah dibuat bagi mengenal pasti kaedah menyaring kanser ovari. Ada yang menggunakan ujian darah seperti antigen tumor CA125, antigen carcinoembrionic (CEA), alfafetoprotein (AFP) dan beta HCG. Ada juga yang menggunakan imbasan ultrasound secara berkala. Ada yang sanggup menjalani pembedahan membuang organ ovari itu sendiri. Namun tiada satu kaedah pun yang menjadi kaedah saringan yang berkesan dan ekonomikal.

Hanya tiga kumpulan utama yang diberikan keutamaan dan galakkan untuk menjalani saringan kanser ovari iaitu mereka yang mempunyai keluarga terdekat yang menghidap kanser ovari, mereka yang membawa gen BRCA1 dan BRCA2 (berisiko tinggi terhadap kanser ovari dan payudara) serta mereka yang mempunyai keluarga terdekat menghidapi kanser usus besar, kanser rahim dan kanser payudara. Sekurang-kurangnya ujian darah patut dijalankan ke atas tiga kumpulan ini.

Diagnosis

Diagnosis dibuat dengan membuat pemeriksaan pesakit serta beberapa ujian yang mudah. Secara klinikal pemeriksaan pesakit akan memberi jumpaan terhadap ketumbuhan yang keras di dalam pelvis atau kadang-kadang ketumbuhan berupa sista (cyst) air atau campuran cecair dan ketumbuhan yang keras.

Secara radiologikal selalunya menggunakan ultrasound. Saiz ketumbuhan dapat dikira serta jenisnya yang keras atau mengandungi air dapat diketahui.

Secara ujian makmal ujian tumor antigen CA125 boleh dijalankan. Ianya merupakan sejenis protin yang dihasilkan oleh kanser ovari. Malangnya protein CA125 ini juga dihasilkan juga oleh keadaan lain seperti endometriosis, fibroid serta keadaan radang pada dinding peritoneum. Bezanya adalah pada keadaan kanser ovari bacaannya selalu sangat tinggi kadang-kadang menghampiri atau jauh melebihi 1000 iu.

Secara pembedahan merupakan kaedah yang paling tepat untuk membuat diagnosis kanser ovari. Ianya hanya akan dilakukan setelah ujian-ujian di atas dilakukan serta pesakit sudah dipastikan dalam keadaan optimum untuk menjalani pembedahan. Tahap penyakit (staging) akan dibuat semasa pembedahan serta ketumbuhan akan dibuang sebanyak yang mungkin. Ketentuan tahap penyakit (staging) adalah berlandaskan The International Federation Of Gynaecology and Obstetrics (FIGO).

Cara Kanser Ovari Merebak

Kanser ovari boleh merebak keseluruh ruang peritoneum (ruang antara pelvis ke dasar paru-paru). Ianya merebak mengikut aliran cecair peritoneum.

Perebakan juga selalu berlaku mengikut sesalur limfa. Kira-kira 60 ke 70 peratus kanser tahap III akan mempunyai perebakan hingga ke kelenjar pelvis dan para-aortik. Perebakan melalui aliran darah adalah sangat jarang. Walau bagaimanapun ianya boleh berlaku pada peringkat lewat, terutamanya setelah pesakit menjalani pelbagai rawatan. Perebakan ini boleh menular ke tulang belakang, otak dan paru-paru.

Untuk maklumat lanjut, boleh klik di sini.

Nota: Sudahkan anda menjalani pemeriksaan pap smear?

4 scribble(s):

AyuArjuna BiGoshh said...

a walk to remember lakonan mandy moore tu ke??lebih 10 kali ai pusing tgk citer tu...klu ai pun mungkin ai akan sembunyikan penyakit ai...reason ai tak nak owang sedey dan meratapi awal sebelum ai pergi...lebih2 lagi anak, rasanya tak sanggup nak tgk dowang sedey kerana kita :(

Liz Rohaizat said...

kak ayu> yer tapi novel dia lagi best. urm, tu la. kita mungkin akan rahsiakan sebab taknak org sedih

Ely Hasrul said...

innalillah.. kim slm takziah kepada keluarga arwah..

aku xingat cite walk to remember tuuh tp byk kali gak tgk cuma xleh recall sbb everytime tgk sure ade gangguan.

kite takkan paham perasaan org sakit nih. so mmg terpulang la kat org tu nk rahsiakan atau tidak.. diharap kite tak kena sakit mcm tu ye Liz

Liz Rohaizat said...

ely> insya Allah.

a walk to remember tu.. aku maksudkan novel. movie dia ok gak. berpuluh kali aku layan. tapi kalau novel, boleh buat jadi sebak sbb tu kisah benar. secara amnya, kalau dlm novel, mmg takde org tau budak tu sakit sampailah dia pengsan. dan bila lelaki tu kata kenapa dia tak beritahu org agar org boleh tlg dia, dia kata the least thing yg dia harapkan ialah org bersimpati dengan dia. dia nak jalani hidup se normal mungkin sebab tu yg buatkan dia kuat.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.