Wednesday, June 08, 2011

Kek keluaran Secret Recipe adalah bebas dari DNA Babi

Ok, this is a never ending rumour la kot.

I dapat email from a friend berkenaan status halal kek di Secret Recipe. Thanks for your concern. Dia hanya forward kan email tanpa ckp apa-apa. So I tak salahkan dia la.

But utk orang yg compose that email, I harap lain kali sila berhati-hati sebelum menghantar email. Kalau benda tu salah, bukankah fitnah namanya?

E-mailnya begini:

Kek Secret Recipe Disahkan Tidak Halal

Bahan Ramuan Secret Recipe Tidak Halal
22 May 2011
Saya lebih suka straight to the point, tiada selindung-selindung biar jelas lagi nyata. Kalau ikut artikel yang lain menyatakan bahan ramuan dari Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd mengandungi DNA Babi. Tetapi siapa pula yang menggunakan produk dari syarikat Puratos?

Jawapannya ialah Secret Recipe. Siapa yang tidak kenal dengan Secret Recipe, kedai yang menjual makanan dan kek yang sedap-sedap belaka. Sebut saja Secret Recipe dalam kepala mesti tengah fikir Indulgence, Tiramisu, Yogurt Cheese, Americano dan lain-lain produk kek. Akan tetapi bahan yang digunakan tidak halal kerana menggunakan bahan ramuan dari Syarikat Puratos Sdn Bhd yang mengandungi DNA Babi.

Agak tidak adil sekiranya saya mengatakan Secret Recipe sahaja yang tidak halal, pasti ada syarikat lain yang menggunakan ramuan dari Syarikat Puratos ini. Akan tetapi sumber yang boleh saya capai agak terhad. Sekiranya ada info yang berguna di kalangan pembaca. Kita kongsi bersama agar dapat elakkan memakan benda yang haram.

Seperti biasa, I akan check kat website Jakim. Lagipun, penulis email tu siap tunjukkan print screen Jakim sebagai bukti. Sebagai peminat Secret Recipe, semestinya I nak check dulu kesahihannya, ye tak?

Semuanya bermula dengan pengumuman dari Jakim tentang isu penarikan sijil halal Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd berikutan penemuan DNA babi di dalam produk mereka. Utk berita penuh, klik di sini.



Penulis mungkin tersalah faham apabila dia cuba mencari produk keluaran Puratos ni. Dia mungkin cuba browse di website Jakim dan dia jumpa senarai ini.


Produk yg terlibat dengan Puratos ialah TALENO BROWNIES CONCENTRATE SECRET RECIPE & TALENTO CAKE CONCENTRATE SECRET RECIPE.

Mungkin penulis keliru. Kalaulah cake di Secrei Recipe ada masuk dlm list Jakim, ia akan tertulis begini.



Dalam masa yg sama, pihak Jakim sendiri telah mengeluarkan berita terkini yang menyatakan bahawa rangkaian cafe Secret Recipe merupakan pemegang sijil halal Malaysia yang sah sejak 1 Mei 2009. Boleh check di sini kalau tak percaya.


Secara kebetulan saja, perkataan "Secret Recipe" tu digunakan dlm produk keluaran Puratos. Jadi, tak perlu lah kita risau. Kalau dah tekak tu teringin sgt nak mkn caramel cream cheese, pergi aje la.

Note: Mengidam Red Velvet Cake from Just Heavenly. Ada ke istilah mengidam sebelum pregnant? Ada ke?

7 scribble(s):

Fid said...

saya mmg tak layan Secret recipe restaurant...hahahahaa

Fid said...

tambahan...dah confirm ya SR tak guna brgn puratos?

Liz Rohaizat said...

kak fid> saya mmg layan sbb cheese cake dia mmg best. kalau setakat nak mkn sepotong, beli sana je.

confirm SR tak guna barangan puratos. telah disahkan oleh JAKIM dan mereka dah keluarkan press release dah pun

weed said...

owhh..baru aku paham...aku ade share kat fb aku psl ni....aku pun pk cam org tu gak.....kompius gak..sbb kat mainpage jakim..dia kate halal...tp bile tgk kat yg puratos tu....kate ditarik balik...takpe....at lis kite dah sebarkan yg barang2 cop puratos tak halal....

Liz Rohaizat said...

weed> yer. tapi kalau terang2 salahkan SR, aku rasa tu tak elok la.

Anonymous said...

Salam.
Belajar buat sendiri. Lebih meyakinkan. Eg red velvet cake, i learnt from american recipe. Jadi. Anak2 suke...

Liz Rohaizat said...

Anonymous> betul tu

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.