Thursday, June 16, 2011

Jakim sahkan HP Sauce, Tabasco Pepper Sauce mengandungi DNA babi

Terima kasih kepada Fiza kerana berkongsi berita ini.

KUALA LUMPUR 15 Jun - Semua pemegang dan pemohon baru Sijil Halal Malaysia yang menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce diarahkan menukarnya kepada produk lain yang memiliki sijil halal berikutan penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam produk berkenaan.

Menurut Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Sazali Harun, mereka juga diminta melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing kepada Jakim.

"Jakim sebelum ini telah mengambil sampel produk tersebut dan keputusan Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan terdapat DNA babi di dalamnya.

Untuk berita penuh, klik di sini.

Untuk yang tak kenal rupa 2 jenis sauce ni, sila lihat gambar di bawah.

Gambar di atas merupakan salah satu HP Sauce yg ada di pasaran. HP Sauce ada keluarkan banyak jenis sos so I guess, boleh la kita anggap semuanya haram!

Yang paling marah apabila dapat tahu Tabasco Sauce ni ada DNA babi.


Secara jujur, I suka Tabasco Sauce. Rasa dia menyengat. Tapi I makan dengan pizza kat Pizza Hut je. Tapi dah lama dah Pizza Hut takde Tabasco Sauce kan? Jadi agak lama juga la I tak merasa Tabasco Sauce. Tabasco Sauce ni kira fave org Amerika. Boleh dikatakan korang boleh jumpa dia restoran-restoran terkenal yang menyajikan western food.

Bila terfikir sos ni ada DNA Babi, rasa nak termuntah. Oh My God, Pizza Hut. Silalah samak semua peralatan korang!

Update: Saya menjawab komen Anonymous di sini : HP Sauce, Tabasco Pepper Sauce... halal atau haram?

12 scribble(s):

AyuArjuna BiGoshh said...

tabasco tu selalu jer ayu guna makan pizza hut..adoihai... :(

Liz Rohaizat said...

ayu> tu la. rasa tak lengkap je kalau tak mkn pizza dgn tabasco sauce. I remember those days. Wajib tuang tabasco sauce sampai penuh satu pizza :(

Ila said...

sib baik tak pernah mkn tp selalu gak nampak kat pizza hut...huhuhuh

enny said...

naper lambat sgt keluar reportnya sedangkan dah diputuskan pada april yang lalu..sedihnya!!!!

Liz Rohaizat said...

Ila> ok la kalau tak pernah tapi ramai yg dah pernah rasa sebab sauce ni mmg famous kat pizza hut yg dpt status halal jakim.

enny> dekat mana ye ada berita keputusan yg keluar pada april lps? sebab saya check kat halal jakim, takde pulak. kalau betul, tak tau la kenapa baru nak di warwarkan

.heidee nor. said...

sedihnya tabosco tu ada dna babi... perluke letak oink-oink dlm benda pedas cam tu... uwwwaaaa!

Liz Rohaizat said...

heidee nor> tu la. padahal bahan asas sos, tak perlukan benda tu. hmmm... eh, pernah mkn ke?

Anonymous said...

Untuk perhatian pembaca blog:
Produk HP Sauce adalah disahkan Halal oleh Halal Audit Company, The Netherlands. Berdasarkan kajian makmal juga, tiada kesan babi terdapat di dalam kandungan produk ini.

Manakala Tabasco adalah disahkan Halal oleh IFANCA Halal Research Centre, USA, yang diperakui oleh JAKIM, Malaysia. Produk ini tidak mengandungi sebarang kandungan berasal daripada haiwan.

HP Sauce dan Tabasco Sauce adalah selamat digunakan oleh semua umat Islam.

nieda said...

byk sgt benda meragukan..penah sekali dulu guna hp sos...adusss

Liz Rohaizat said...

nieda> kita sama-sama terkena. saya dah byk kali mkn tabasco sauce tu. nasib baik tak pernah guna buat masak kat rumah. kalau tak, satu hal nak kena samak perkakas dapur

nurkina said...

kena selidik dulu betul2...

Liz Rohaizat said...

nurkina> maksud awak?

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.