Friday, June 17, 2011

HP Sauce, Tabacso Pepper Sauce... halal atau haram?

Usually, I mmg tak publish komen dari Anonymous. Tapi ada seorang hantar komen utk entry semalam: Jakim sahkan HP Sauce, Tabasco Pepper Sauce mengandungi DNA Babi

Anonymous said...

Untuk perhatian pembaca blog:
Produk HP Sauce adalah disahkan Halal oleh Halal Audit Company, The Netherlands. Berdasarkan kajian makmal juga, tiada kesan babi terdapat di dalam kandungan produk ini.

Manakala Tabasco adalah disahkan Halal oleh IFANCA Halal Research Centre, USA, yang diperakui oleh JAKIM, Malaysia. Produk ini tidak mengandungi sebarang kandungan berasal daripada haiwan.

HP Sauce dan Tabasco Sauce adalah selamat digunakan oleh semua umat Islam.

Tiada sebarang rujukan dilampirkan. Sekadar menghantar komen tanpa rujukan, susah utk kita percaya. Utk kesasihan, I cuba check balik di Utusan kerana artikel tentang pengharaman produk terbabit disiarkan oleh Utusan. Jika ada silap, mesti mereka ada betulkan. Tak ada la pulak.

So jika Cik/Encik Anonymous ada baca entry ni, sila berikan rujukan utk kami baca. I taknak sebarkan perkara yang tidak benar. So kalau betul produk tu halal, kita boleh sebarkan semula hal yang sebenar.

I sendiri, sebelum buat entry semalam, I cuba cari sumber lain. Tak berani nak sebarkan fitnah. Bukan Utusan saja yang menyiarkan berita tersebut. Ini berita dari sumber lain:

The Star : Revoke sale of products found with pig DNA
Malaysia Kini : Government must be stringent in issuing halal certification
Berita Harian : Kerajaan mesti tegas keluar sijil halal kepada produk diragui

Apa pendapat korang?

7 scribble(s):

Diyana said...

hmm klu dah sah2 banyak paper laporkan..mmg kene amik perhatian.melainkan kes secret recipe aritu..gosip blog ke blog je..dan siap SR bagi kenyataan rasmi di page fb derang. itu yg tkde dalam paper tu..sbb khabar angin je psl SR..yg psl sos ni,betul kemungkinan besar.

WanYgBest said...

kalau kat UK, HP sauce is suitable for vegetarians...vegetarian society kat sini sangat strict, hari tu company chocolate Mars senyap2 letak gelatin dlm choc tu and remove the V logo at the packaging without prior notice, terus V society boikot & saman, rugi juta2 pound gak beb...huhu

wallahualam... klu aku, aku avoid je benda2 yg ragu2 kehalalannya...

sangchinok said...

Saya bukan anonymous tersebut, tetapi pada tahun lepas, kecoh tentang halal haram Tabasco Sauce keluaran Mc Ilhenny ini selepas program How It's Made ditayangkan di Astro.

Ia menunjukkan bahawa produk itu dicampur dengan wine.

Akan tetapi, untuk tahun 2008, 2009dan 2010, McIlhenny Company yg membuat dan membekalkan Tabasco Sauce yg digunapakai di Pizza Hut telah mendapat sijil pengesahan halal IFANCA.

sijil ini memberikan pengiktirafan halal kepada enam jenis produk keluaran syarikat itu, kecuali satu produk yang bercampur dengan wine tersebut.

Akan tetapi, sijil ini telah luput pada 31 Mac 2011 dan sijil terbaru tidak ditemui di internet ataupun di laman web syarikat itu sendiri.

Sila rujuk: http://docs.google.com/viewer?a=v&q=cache:Oa4dM6R3floJ:www.foodxervices.com/upload/Tabasco%2520Sauces-%2520Expired%252031%2520Mar2011.pdf+tabasco+IFANCA&hl=en&gl=my&pid=bl&srcid=ADGEESg7RdCVOchG9NlSBdmw7X8aiAJb8q9U5HhMz-ia9-6pPN3jFdf5u6qdo05MN3KzHPVD2rJfJfcdAxIYYqfDSFYN9DiyhtDOe2Omu-XPKL6Lu9nH-Lz3PWjSI3bsZpuUG02eEZU4&sig=AHIEtbSPWprIBWr4p_W5EKXCY0QEwDEO_w

Jadi, sekarang ini, kita perlu was-was dengan produk Mc Ilhenny ini juga.

IFANCA memang diperakui JAKIM sebagai 'counterpart' di USA.

Produk HP, saya tak ambil port sebab saya tak gunakan. Begitu juga dengan badan penghalalan dari Netherland tersebut.

Mengikut laporan akhbar ini (yg peliknya, kenyataan ini tidak wujud di Halal JAKIM!), saya menjangkakan produk yg dimaksudkan ialah HP Sauce (Original) dan HP Tabasco Sauce dan bukan Tabasco sauce keluaran syarikat McIlhenny Company, USA.

Tetapi, ketiadaan McIlhenny Company dalam senarai terbaru IFANCA menimbulkan keraguan. :)

Liz Rohaizat said...

wan> kuasa pengguna mmg sgt besar kat sana kan? aku pun dah avoid benda tu.

sangchinok> first, thanks atas penerangan panjang lebar tu. komen mcm ni yg saya suka. jelas dan terang.

mmg sy tau IFANCA merupakan salah satu badan yg diperakui oleh Jakim. dan saya juga tau sijil McIlhenny tu dah luput dan tidak diperbaharui.

mmg pelik bila website Jakim tak keluarkan berita tapi CAP berani keluarkan kenyataan di suratkhabar. maybe Jakim dah beritahu tapi tak beritahu di website. sama la mcm produk minuman non-alcoholic beer.

thanks again

Anonymous said...

boleh ganti sos tabasco tu ngan sos peri2 nandos extra hot sos peri2 nandos lg sedap dan pedas n ade kick....sos buatan malaysia pun ada gak yg serupa mcm tabasco tu tp tk ingat jenama nye g beli kat pasar besar giant,tesco mydin

zidni said...

The issue is not pig dna, but I think alcohol in its contents.

Pepper mash tu is allowed to ferment in air-tight oak barrels and oxygen kept out for 3-years.

http://www.tabascofoodservice.com/about_aging.cfm

3 years. X jadi alkohol ke kalau gitu?

Liz Rohaizat said...

zidni> ic. artikel JAKIM ckp pig dna. tp takpe. yg penting, mmg ada bahan yang mengharamkan.

3 years mmg boleh jadi alkohol.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.