Wednesday, June 29, 2011

Harry Potter Retrospective- free tickets!

Anda merupakan seorang peminat Harry Potter jika:

1. Korang ada ketujuh-tujuh buku Harry Potter kat rumah
2. Korang ada vcd/dvd Harry Potter dari 1st movie sampai yang paling latest di pasaran
3. Korang boleh habiskan buku yang paling tebal dalam masa satu hari.
4. Tak cukup dengan buku, korang ada e-book juga agar dapat layan kat office.
5. Korang khatam baca buku / e-book berulang kali.
6. Korang hafal nama-nama penting watak dalam Harry Potter.
7. Eventhough you don't have your magic wand, korang hafal semua spells penting dan tau bila nak gunakannya (sectumsempra ~ slice your enemy sampai berdarah-darah, obliviate ~ hilangkan ingatan, expecto patronum ~ to produce patronus charm)

Ok, bunyi dah mcm I pulak peminat Harry Potter tapi mmg peminat setia pun :p

Orait, I nak bagitau je. Sebab pernah jadi la dulu kan, ada kata I tak share benda-benda camni. So bila ada yang tak tau, rasa kecewa. Hehehe.. So I bagi tau la yer.

Bagi peminat Harry Potter yg sememangnya menunggu tayangan terakhir... the 2nd part of Harry Potter and the Deathly Hallows.. korang mcm I tak? I mesti nak layan semua filem yang terdahulu sebelum tgk movie Harry Potter yang baru. Itu yg I buat selama ni.

Bersempena tayangan terakhir ni, Red.FM mengadakan Harry Potter Retrospective di mana mereka akan memberi pass tayangan percuma bagi menyaksikan filem Harry Potter dari yang pertama hinggalah Harry Potter and the Deathly Hallows Part 1.

Tayangan akan berlangsung di TGV Sunway, bermula dari 5 hingga 11 July. So sape yang duduk area KL/Selangor, boleh la cuba nasib. Yang duduk luar KL/Selangor, tak payah cuba yer. Yang kalau setakat nak tgk 1-2 filem je, tak perlu la try. Bagi peluang kat mereka yang betul-betul nak pergi layan ketujuh-tujuh filem tu. Hehehe....

Tgk vcd/dvd samada original mahupun cetak rompak, feel dia mmg tak sama bila tgk wayang. I sendiri mmg akan tgk wayang, lepas tu baru beli dvd. Tapi I ada sampai filem no 3 je. Tu pun vcd. Zaman tu dvd mahal sgt la. I tak beli lagi lepas tu sebab I nak tunggu semuanya habis ditayangkan. Lepas tu mesti ada jual complete set dalam bentuk DVD. Masa tu baru I nak rembat.

Untuk mengetahui mcm mana nak dapatkan pass percuma tu, layari http://red.fm/harrypotter/

2 scribble(s):

Diyana said...

adik diyana fans harry.diyana tolong support je belikan buku.last2 yg kakak ni sangkut..lepas baca,slaloo dok berangan bley sumpah2 orang pakai tongkat sakti...haha.

Liz Rohaizat said...

diyana> hehehe, amboi.. sampai berangan nak jadi witch ke?

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.