Thursday, June 23, 2011

Habis exam hujung tahun

Bila bos beri data utk 3 tahun dan suruh I compile dalam masa 2 hari, I anggap tu satu cabaran walaupun kedengaran sangat mustahil. Pada hari kedua, dia tanya samada dah siap ke belum. Belum 2 hari kot. Baru satu hari je. I masuk kerja pagi tu, dia terus tanya.

Dalam hati rasa mcm, "Biar betul?". Giler nak push I siapkan semua tu. Kalau I tak tidur malam, boleh la kot siapkan. Terasa nak je ckp dgn dia yg I tak boleh siapkan tapi tak terkeluar dari mulut. Maybe dia pun rasa permintaan dia sedikit gila. Maka tiba-tiba staff lain hulurkan bantuan lepas I balik dari lunch. Hehe, ni mesti boss yg suruh ni. Kalau tak, haraaammm.

Silakan.. Sebab dia kata senang, I terus bagi dia 1 tahun punya data. Hehehe..... Jgn senang-senang nak perlekehkan kerja I yer. Sekali, dia sendiri pening kepala bila dapat data tu.

By 10.30am, dalam masa 2 hari, I berjaya siapkan data utk 2 tahun. Clap... clap! Hmm, sekarang boleh rehat puas-puas. Dah la I tak sihat. Berat pun dah turun 2kg dalam seminggu. Wah, kalau camni.. best jugak :p

Hubby pun tak perlu keluarkan ayat pedas lagi. Malam tadi, dalam pada I menggosok baju sambil sok sek sok sek dan uhuk uhuk, dia dok ckp, "Dah sakit tu, tak payah la pergi kerja. Sibuk jugak nak pergi kerja". "Tak boleh la, kerja tak siap". Ewah, pandai I menjawab. Sekali kena sedas lagi. Hahahaha...

Best nya perasaan ni. Rasa mcm budak sekolah baru habis exam hujung tahun.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.