Friday, June 03, 2011

"An Evening with Disney Junior & Nancy Kanter" - Mom Blogger Dinner

Disney animation will always be a part of our childhood. Masa terluang akan diisi dengan kartun animasi dan filem keluaran Disney. Siapa akan lupakan saat kita gembira duduk di hadapan TV sambil menonton kisah Snow White, Cinderella dan Beauty & the Beast. Then, we become older and wiser and suddenly, CSI is our favourite series. Fast forward, we got married and have a little child who loves Disney!

I never thought how much I love Disney until I attend a Mom Blogger Dinner at Marmalade Café 2 days ago. Environment di situ sangat… DISNEY! Lagu-lagu dari Disney berkumandang, meja dihias cantik dengan konsep Disney. Malah, hidangan yang disediakan juga diberi nama sempena watak kartun Disney. Disney is everywhere!

Registration counter

Dapat Disney Junior file dan name tag.
Orang suka betul nama 'Aliza' ni kan?
I rasa mcm nama orang lain. Hehehe



A nice table deco

M&M for munching!

Mini photo studio utk bergambar ala-ala lanun!
Pirate clothes pun disediakan.

Mom Blogger Dinner ini dianjurkan bersempena pelancaran Disney Junior yg menggantikan Playhouse Disney. Officially, Disney Junior akan mula bersiaran pada 11 Julai 2011. Selaras dengan penyiaran Disney Junior, Ms. Nancy Kanter telah hadir ke majlis ini untuk memberikan informasi tentang penjenamaan Disney Junior.

This re-branding bertujuan utk memberi imej baru kepada Disney. Jika Playhouse Disney Channel mensasarkan umur 2 hingga 5 tahun, Disney Junior pula sesuai untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 7 tahun. Adakah itu bermakna kartun yg disiarkan juga akan ditukar?

Utk peminat Playhouse Disney, don’t freak out! Disney Junior masih menyiarkan kartun-kartun yg mendapat rating tinggi seperti Mickey Mouse Clubhouse, Handy Manny dan Special Agent Oso. Dalam masa yg sama, Disney Junior akan menyiarkan kartun-kartun baru yag tidak kurang hebatnya seperti Jake and the Never Land Pirates, The Cat in the Hat Knows a Lot About That! dan Tinker Bell and the Great Fairy Rescue. Malah, pelbagai kartun menarik menanti anak-anak pada tahun 2012.

JAKE AND THE NEVER LAND PIRATES


Mulai perjalanan bersama Disney Junior yang baru pada bulan Julai ini! Turut dilancarkan bersama Disney Junior ialah siri animasi baru Jake and the Never Land Pirates, sebuah kisah pencarian harta karun yang dipenuhi muzik mengenai sekumpulan lanun kanak-kanak – Kapten Jake dan rakan-rakannya Izzy dan Cubby. Ikuti pengembaraan mereka ke Never Land di mana mereka berusaha untuk melawan dua watak jahat yang terkenal, Captain Hook dan Smee, dari kisah Disney yang popular, Peter Pan.

Setiap episod akan memaparkan dua pengembaraan Jake dan rombongannya apabila mereka melayar di atas kapal Bucky meninggalkan Pirate Island untuk memulakan pencarian harta karun. Sepanjang perjalanan, mereka menunjukkan cara untuk kerja berpasukan, menyelesaikan masalah dan bersenam yang boleh dilakukan bersama oleh anak anda di rumah!


THE CAT IN THE HAT KNOWS A LOT ABOUT THAT!


Itu lah siri animasi terbaru yang dibintangi kucing Dr Seuss, Cat In A Hat!

Atas permintaan Sally dan Nick – dua orang kanak-kanak dengan perasaan ingin tahu yang kuat - Cat in the Hat, bersama dua ekor rakannya Things One dan Two, membawa kita mencuba pengembaraan sains semulajadi yang mungkin mengelilingi dunia atau berada di laman belakang rumah kita!

Pengembaraan kita termasuk perjalanan ke dalam sarang lebah untuk menyertai lebah membuat madu segar, atau menyelam ke lautan dalam untuk berenang atau menyanyi bersama ikan paus dan melayang tinggi ke atas bumbung pokok hujan untuk mencari hujan. Cat, Sally dan Nick mempelajari kenapa setengah haiwan tak tidur pada waktu malam dan cara menggunakan teknik persembunyian untuk melarikan diri. Mereka juga dapat terbang bersama burung yang sedang bermigrasi ke nagara lain!

Dunia ini sememangnya indah, ia hanya memerlukan minda yang ingin tahu untuk menjumpai magis yang terselindung – dengan sedikit bantuan daripada Cat in the Hat yang istimewa!


TINKER BELL AND THE GREAT FAIRY RESCUE


Apakah anda akan buat jika anda bertemu dengan seorang pari-pari? Saksikan saat bersejarah apabila Tinker Bell menemui manusia pada kali pertama dan ia bukan seperti yang anda jangkakan.

Beberapa tahun dahulu sebelum Tinker Bell bertemu Wendy dan Lost Boys, dia pernah berjumpa Lizzy, seorang gadis yang mempunyai kepercayaan penuh kepada kuasa debu pixie dan alam magis pari-pari. Semasa percutian musim panas ke ladang bunga di England, dua alam yang berlainan bersatu untuk kali pertama apabila Tinker Bell menjalinkan persahabatan yang unik dengan seorang kanak-kanak yang kesunyian. Tatkala rakan-rakan pari-pari memulakan pencarian untuk Tinker Bell, dia pula mengambil risiko besar yang mungkin membahayakan nyawanya dan masa depan semua pari-pari.

Alami pengalaman Disney mengenai kuasa kepercayaan dan persahabatan yang sejati. Tinker Bell and the Great Fairy Rescue yang dipenuhi keseronokan dan imaginasi ialah hiburan penuh magis untuk seluruh keluarga. Anda mungkin mempelajari cara untuk terbang.


I dapat peluang untuk menonton sedikit snippet dari Jake and the Never Land Pirates. Agak menarik juga. Kalaulah I masih kanak-kanak, kan best? Kartun sekarang tak mcm dulu kan?

Apa yang buat I suka dengan kartun Disney ialah ceritanya sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana ia bukan saja menghiburkan tetapi dlm masa yg sama, ia memberi pengajaran kepada penonton. So kita tak perlu risau bila anak menonton Disney Junior. I sendiri tak kisah kalau Batrisyia tgk kartun as long as tiada unsur violent dan tiada kata-kata yg tidak sesuai. Lagipun, dia tak terlalu obsess dgn kartun. Based on statistic, 83% of mothers want more Disney preschool programming throughout the day!

Overall, Disney Junior offers a good cartoon package for children!

Event pada malam tu diadakan di Marmalade Café, Bangsar Village II. Itu kali pertama I cuba hidangan dari Marmalade Cafe. I pernah baca review orang lain. Sangat tempting tapi agak jauh dari tempat tinggal.

Mcm I cakap tadi, semua menu diberi nama Disney!

Deretan tiramisu, red velvet cupcakes dan carrot cupcakes







Arr! Arr! Seafood Fried Rice

Manny's Spaghetti Aglio Olio yg sedap

Pirate's Grub aka Seafood Lasagne

Sedap! Teringat-ingat Seafood Lasagne. Hehehe… Dah kata suka lasagne kan? We’re so stuffed! For the first time, I tak usik kopi. Tak larat dah.

Ni antara mom bloggers yang hadir. Nice meeting you all.

With Mira

Anje and Ayu

Others : Yana, Farah and Azza

Yg tiada dlm gambar ialah Sumijelly, Foxy Farah dan Mrs. Kwon.

Sebelum pulang, kami diberi goodie bag berisi poster Jake and the Never Land Pirate, Disney note book, Disney pendrive dan Disney stuffed toy.Kanak-kanak tak dpt join this event because it's exclusive for moms. Tapi rasa bersalah pada anak terubat bila dia happy sgt masa I bagi "Mickey Mouse".

My new pendrive!

Can’t wait for the next Disney event in July because this time, I can bring hubby and Batrisyia along.

Semua yang hadir pada malam itu

Note: A few photos are from Anje and Sophia

15 scribble(s):

AyuArjuna BiGoshh said...

liz, love your posting, so cool beb :)

maisy said...

camne nak pergi..by invitation ker?

Liz Rohaizat said...

ayu> thanks! love your entry too expecially gambar pirate ayu yg garang. hehe.. rugi pulak tak ambil gambar time tu.

maisya> aah, by invitation.

fiza said...

Bestnya dpt invitation. Bilalah nanang nak invite ku plak nih.

Liz Rohaizat said...

fiza> small event tp best. by the way, ni bkn invitation from nanang. invitation from nanang hanya utk famous blogger. haha..

p!nkerton said...

mira tu kezen teh hehe ;)

Liz Rohaizat said...

fatih> la, ye ke? hehe.. aku pulak asyik ckp, "muka mcm penah nampak laa". hehehe

♥ aNJe a.k.a MaMa_Balqis ♥ said...

nice entry, kita kita gak yang simple nak cepat punyer pasal, jumpa next event k

p!nkerton said...

hahaha aku tau sbb masa sekolah teh asik cakap ada kezen dia muka mcm aku hihi ;p penah pegi rumah mira ni dulu.

Liz Rohaizat said...

anje> anje kan busy woman. hehe.. takpe, entry utk event akan datang, boleh buat panjang lebar.

fatih> haha.. tu la, muka dia ada sikit mcm ko.

Cynthia said...

hi... nice to have the event ya... and yes, we looking forward for July too!

Liz Rohaizat said...

cynthia> hi cynthia. so you were there? maybe we can meet this july.

Farah said...

alamakkk farah tak buat lg entry ni huhu..anyway seronok dapat jumpe liz hr tu hehe..nnt kite jumpe lagi ek.

*∽ IZAN ∽* said...

wahh.. happening nyer event nih!!!!!

Liz Rohaizat said...

farah> ahaks segan dgn korang sbb korang glemer! but still, best juga la mlm tu walaupun simple event. nanti kita jumpa dgn anak2.

kak izan> simple event je kak tapi seronok juga.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.