Monday, May 09, 2011

What makes you different, makes you beautiful

Entry ni khas utk seorang sahabat. Semoga pembaca yang lain dapat memikirkannya walaupun sejenak dan berkongsi apa yang anda rasakan.

Dalam mencari pasangan hidup, semestinya kita mencari calon yang sesuai dan kira ngam dgn diri kita sendiri. Kemudian, ada yg meletakkan standard nakkan pasangan yg cantik, handsome, tinggi, kurus.. mcm-mcm la. Ke ramai cari yg cantik dan handsome dulu? Ngam tak ngam tu belakang kira.

Mmg diakui, ada yang meletakkan kecantikan sebagai kayu ukur untuk mencari pasangan. Katanya, cantik itu perlu mcm artis kerana kita nak mengadap muka dia setiap hari. Nak bangun pagi sebelah dia. Kalau tak cantik, bangun pagi boleh terkejut tengok muka bini sendiri.

Itu katanya. Tapi berapa ramai yang beristerikan perempuan secantik artis? Let me ask you this… cantik tu apa? Cuba tanya 10 orang lelaki. I gerenti semua 10 orang tu akan memberikan definisi yang berbeza tentang cantik. Ada yg suka cantik perempuan seksi. Ada yang suka cantik perempuan menutup aurat. Ada yang suka cantik perempuan berpurdah. Cuma secara umumnya, mereka kata cantik itu adalah apabila seseorang mempunyai paras rupa yang menawan dan rupawan.

Ramai yang anggap cantik itu bagus. Mmg bagus la. Sape taknak cantik? Percaya atau tak, hampir semua orang ingin mengubah sesuatu pada penampilan dia. Mereka inginkan apa yg mereka tidak punyai. Rata-ratanya mereka itu perempuan. Kenapa lelaki nampak mcm tak kesah sgt? Ok, mereka mungkin kisah dengan penampilan mereka tapi tak over mcm perempuan. Perempuan ni bersifat sensitif. Bila ada yg tegur tentang penampilan, mula rasa tak senang duduk. Terus nak diet, terus nak ber make-up, terus nak bersenam. Itu hakikatnya. Bila orang keliling kata kita tak cantik, kita gemuk, kita tak reti bergaya, low self-esteem mula ‘menapak’ dalam hati. Kita rasa mcm kita tak layak dimiliki. Kita rasa mcm kita perlu ubah diri kita agar fit in dengan definisi kecantikan itu. Ah, I pun perempuan. Apa yang I cakap ni berlaku kat diri I jugak.

Masa kat U, my friends and I selalu tgk couples kat sana. Kami tertarik dengan couples yg dikira… urm, berlainan. Yang perempuan cun melecun, yang lelaki nampak biasa je. Atau yg lelaki muka hensem sgt tapi perempuan dia nampak biasa. Kami hanya tgk, tak mengutuk tau. Kami rasa mcm mesti ada something yang membuatkan mereka tertarik sesama sendiri.

Siapa kata cantik dan hensem tu bagus sgt? Jom I share satu story dari seorang perempuan lawa yg I pernah kenal. Nama terpaksa dirahsiakan. Katanya, cantik itu satu sumpahan. It’s a curse, katanya dalam bahasa orang putih. Dia pernah kenal ramai lelaki tapi semuanya tak jujur. Suka dia sebab cantik saja. Dia taknak orang mcm tu sebab kalau suka sebab dia cantik, sayang tu takkan kekal. Kalau Allah tarik kecantikan dia satu hari nanti, lelaki tu mungkin akan lari. Sampai satu tahap, dia rasa waswas bila lelaki nak kenal dia. Dia rasa dia tak boleh percayakan lelaki. Masa tu dia ckp, kan bagus kalau muka dia biasa-biasa je. Tak perlu ada rasa syak mcm tu.

Kalau anda rasa anda biasa-biasa aje dan partner adalah seorang yg extraordinary dari segi rupa paras, mungkin ada rasa sedikit rendah diri dan curiga dlm hati. Rendah diri sebab rasa mcm semua orang memberi pandangan yang pelik. Rasa mcm tak sesuai je couple nie. Curiga dan risau kot-kot pasangan anda mempunyai agenda lain dengan anda. Mungkin nak mainkan perasaan, mungkin ada kepentingan lain, mungkin juga setakat nak rasa dikasihi ketika tiada siapa nak kat dia.

Perasaan tu takkan hilang. Percayalah ckp I. Kalau berpasangan dengan si cantik dan si hensem, tu la yg terpaksa kita rasa setiap hari. Silap-silap, boleh memakan diri.

Jadi, cuba buang perasaan tu jauh-jauh. Anggap diri anda juga seorang yg cantik dan hensem. Seperti yg I cakap tadi, definisi cantik tu berbeza bagi setiap individu. Orang lain tak nampak tapi pasangan anda nampak kecantikan dan kehenseman diri anda. Ada sebab kenapa dia pilih anda. Yer, dia boleh je pilih yang lebih cantik dan lebih hensem dari anda. Tapi kenapa yer dia pilih anda? Setiap orang dikurniakan sesuatu yang hebat dalam diri. Cuma kadang-kadang, mata kita ‘tertutup’ oleh kehebatan orang lain. Oprah Winfrey pernah berkata, “ I finally realized that being grateful to my body was key to giving more love to myself”.

Sahabat, hayati bait-bait lagu ini. Semoga boleh mengurangkan perasaan gundah gulana dalam diri. I tak pandai nak berpuitis. I cuma boleh share what I like most. ( I know Imee dan Weed familiar dengan lagu ni. It's a beautiful song.. kan?).


WHAT MAKES YOU DIFFERENT (MAKES YOU BEAUTIFUL)

You don't run with the crowd
You go your own way
You don't play after dark
You light up my day
Got your own kind of style
That sets you apart
Baby, that's why you captured my heart

I know sometimes you feel like you don't fit in
And this world doesn't know what you have within
When I look at you, I see something rare
A rose that can grow anywhere
And there's no one I know that can compare

What makes you different, makes you beautiful
What's there inside you, shines through to me
In your eyes I see, all the love I'll ever need
You're all I need, oh girl
What makes you different, makes you beautiful to me

You got something so real
You touched me so deep
You see material things
Don't matter to me
So come as you are
You've got nothing to prove
You've won me with all that you do
And I wanna take this chance to say to you

What makes you different, makes you beautiful
What's there inside you, shines through to me
In your eyes I see, all the love I'll ever need
You're all I need, oh girl
What makes you different, makes you beautiful to me

You don't know how you touched my life
Oh in so many ways I just can't describe
You taught me what love is supposed to be
It's all the little things that make you beautiful to me

Everything you do is beautiful
Love you give shines right through me
Everything you do is beautiful
Oh, you're beautiful to me

11 scribble(s):

maisy said...

terlalu detail la definisi cantik tuu actually..tp utk comment aku yg biasenye comment honest.. :) cantik..1st aku tgk muke and body terus..tk kire laki ke gal..

aku ade spec utk itu,dan aku pilih husband pon ikut spec tu..tp mmg pon yg jage muke ke ,penampilan nye mestila pompuan..lelaki selamba badak je..yg pasti kalo tk ensem pon,ramai gak yg nak..

bg aku ensem ckit ke..kire ok nak buat husband..sebab nk tgk tiap ari..kalo tk ensem terus susah gak..tp kalo dh kawin la kan..kalo husband buat hal..mesti pk..kalo carik yg tak ensem langsung mesti romantik gile..mesti baik..

tp tk semestinya yg tak ensem tu pun baik sgt...kot lagi miang je ader...

Tp aku tk kate ah laki aku ensem..cume ok je la pada mata aku..kalo time berubah lime ploh kali pon..aku tetap pilih org yg comel jd husband aku..ha ha ha..kalo tkde choice sgt,baru aku amik yg tak best langsung...

At least kalaupon aku tak cun melecun..aku nak gak anak2 yg comel...kalo tk comel..sian die bile besar nnti...

Liz Rohaizat said...

maisya> tu la. cantik bagi si A, tak semestinya cantik bagi si B. kdg2 aku ckp perempuan tu cantik, laki aku kata dia tak cantik. bila aku ckp perempuan tu tak cantik, dia kata cantik pulak. hahaha.

aku rasa kita ni tak kesah sgt. tak perlu cantik sgt atau hensem sgt tapi biarlah sedap mata memandang.

Faizah said...

to kawan liz,

aku dulu pon mcm ko, low self esteem, dah la gomok, byk jerawat, ketot, bla bla, yg buruk je aku nampak

pastu org selalu rejek aku, sbb takde pakej(cewah)

smpi aku jumpe suami aku skang, mmg aku tak caya je kene ngorat, pastu mcm tak caya, dia ni jujur ke tak ke, btul ke, sewel ke

tp, kalau dah jodoh tu jodoh jgk kan

cume kite kena rajin doa dan tawakal, dan jadi la diri sendiri, sbb orang yg betul2 jujur je akan nampak kecantikan kita

wahh, panjang aku taip hihi

fizanur said...

kalau hati baik, muka tak cantik pun nampak cantik. saya ada satu tabiat buruk, dulu masa dok asrama, ramai bebudak comel lote, lawa2, saya suka tengok derg. kira cam habitla. terdetik jugak lam hati, mesti derg ckp saya ni lesbian. uhuk. tidak..tidak. singgah sini kawan..

http://www.nurhafiza.com/2011/05/siapa-nak-pam-modu-percuma.html

Liz Rohaizat said...

faiz> thanks faiz!!! aku berharap juga ada kwn2 yg sudi menenangkan kwn aku nie.

semua org ada pakej la faiz oi. kalau takde pakej luaran, pakej dalaman mesti ada. yg penting, cara kita pandang diri kita sendiri.

fizanur> hahaha, faham. saya pun penah duduk asrama. satu yg saya rasa nak gelak bila teringat. bila kita baik dgn junior yg comel2 atau senior yg lawa2, mula la org kata kita minat senior/junior tu. ape ingat kita ni lesbian ke ape.

Ely Hasrul said...

bagus entry ko nih Liz.. dulu kat U.. patu keje.. smpai la umur nk jejak 30.. aku dgn kawan2 selalu tpikir.. napa la susah sgt nk dpt boifren (maksud boifren yg betol2 lah ye).. kitorg selalu ungkapkan.. saya cantek, berpelajaran tinggi & pandai memasak.. tp kitorg lupe nk selit.. tp susah nk dpt laki hahahahhaaa..

bagi aku.. byk2 kelebihan mesti ade kekurangan..

ramai2 boifren aku sume suka sbb perangai aku yg selamba gila makne nye kawan dulu baru couple.. tp aku bleh ckp papi suka aku sbb aku seksi menggoda kahkahkaha.. mana taknye.. baru jumpa terus mintak no tepon patu terus ajak couple.. hahahhaha bayangkan betapa konfident nye dia.. mesti dia rasa dia sudah hebat smpai tak perlukan perempuan yg cantek, berpelajaran tinggi & pandai memasak kan?..

p/s - dulu lelaki idaman aku mestilah tidak terlalu cerah (aku xsuka laki putih) & bekerja. aku xsuka lelaki malas.

Liz Rohaizat said...

ely> aku cuba sedih bila kwn aku rasa mcm tu. nak komen panjang2, susah sikit. nak call, dia jauh. tapi dia bg aku buat entry tentang perkara nie. tu yg aku buat khas utk dia so that org lain yg ada rasa mcm tu, boleh pk jugak.

hehe, tak sangka papi yg innocent tu berani tegur ko yg seksi ini. wah wah. tapi ok la, jodoh korang kuat.

WanYgBest said...

lagu BSB tu is one of my fav! great lyrics..terus aku carik lagu tu kat utube...dgr berulang kali sampai abg brian jerit "oii...dah2 la tu, kitorg dah lenguh nyanyi nih" =)

nak letak lagu ni kat blog =)

Liz Rohaizat said...

wan> mmg best kan? eventhough itu love song tapi kalau tak bercinta pun, ok gak. ambil certain parts je la.

love said...

hai u. i tag u untuk give away :)

Liz Rohaizat said...

love> sorry. I tak tau ur blog link sebab you hide ur link.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.