Monday, May 23, 2011

Tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa

-Saturday, 21 May 2011-

Cuaca yang panas membuatkan my student memilih utk belajar di luar. Sejak 2.30 petang, bunyi siren ambulans dan polis kedengaran bersilih ganti. Semasa kelas tuisyen berakhir pada jam 4 petang, siren masih berbunyi. Tak dapat nak kira berapa banyak ambulan, polis dan kereta bomba yang lalu di jalan besar.

Selepas kelas tamat, I dan jiran-jiran menyapu daun-daun kering di laman rumah. Sudah menjadi kebiasaan kami mengemas kawasan rumah secara beramai-ramai. Tertanya-tanya jugak, kenapa banyak sangat ambulans yang masuk. Ada accident ke? Tapi mmg pelik kerana selepas 2 jam, semakin banyak ambulans yg lalu. Bila dah siap menyapu, kami masuk ke dalam rumah sekejap. Masa tu la baru I terbaca berita di TV.

Berita menyatakan berlaku tanah runtuh di sebuah rumah anak yatim berdekatan dengan rumah kami. Dalam masa yang sama, tiba-tiba dengar jiran menjerit. Tak sempat nak tanya apa. Diorg terus start enjin kereta. Sah, mesti diorg nak pergi tgk. I cepat-cepat beritahu hubby. Hubby terus solat asar. Elok je lepas solat, jiran dan balik. Katanya, teruk juga runtuhan tanah tu. Mereka tak dapat tgk secara dekat sebab jalan masuk sesak dengan kehadiran anggota penyelamat.

At 9pm, tiada lagi bunyi ambulans yang masuk. Hanya kedengaran siren ambulans keluar dari kawasan kejadian tanah runtuh. Kemungkinan besar ada mangsa di dalamnya. Ambulans tak berhenti membunyikan hon walaupun bunyi siren sangat jelas kedengaran.

Helikopter berlegar di udara sehingga ke pukul 10 malam.

It was a gloomy day for all of us.

I rasa seluruh penduduk di Hulu Langat mengikuti setiap update di TV. Setiap kali mereka update jumlah mangsa yang terselamat, hati memanjatkan kesyukuran. Tatkala mendapat berita duka tentang mangsa yang telah meninggal dunia, perasaan sayu terasa di dalam hati.

By midnite, 6 orang mangsa masih tertimbus. Semasa I masuk tidur pukul 1 pagi, siren ambulans masih kedengaran, memecah kesunyian malam.

-Sunday, 22 May 2011-

Bangun saja dari tidur, kami terus buka TV utk mendapat berita terkini. Tetapi tiada berita yang keluar. Kami terus bersiap utk ke pasar tani. Masa tu, helikopter kembali berlegar-legar di udara.

Kemudian, kami dapat tahu bahawa kesemua mangsa telah dijumpai. Baki 6 orang yang masih tertimbus hingga telah malam tadi, telah meninggal dunia :(

Hubby ajak pergi tgk tempat kejadian. Semasa kami ke sana, ada banyak kereta di belakang kereta kami dan kebanyakannya ingin ke sana! Ada juga yang membawa makanan dan minuman utk petugas-petugas di sana. Alangkah simpatinya mereka terhadap mangsa kejadian ini.

Ketika lalu di masjid di Batu 14, kelihatan kanak-kanak tahfiz duduk beramai-ramai di dalam masjid. Kemungkinan sudah ada jenazah yang sampai. I tak tau. Cuma I minta hubby pergi sama-sama menyertai solat jenazah. Kesian sangat rasanya.

Balik dari solat jenazah, hubby jemput kami utk ke tanah perkuburan. I yang minta nak ikut. Ada yang kata, wanita dan kanak-kanak tidak elok ke tanah perkuburan. Itu kata orang, kan? Sebenarnya, menghadiri majlis pengebumian akan membuatkan kita insaf.

Orang ramai membanjiri tanah perkuburan. Reporters cuba mencari ahli keluarga mangsa untuk ditemubual. Tetapi dari apa yang I lihat, keluarga mangsa tidak mampu berkata apa-apa kerana terlalu sedih. Mata mereka bengkak dan di tangan kanan, terpegang kemas bakul berisi bunga mawar untuk ditaburkan di pusara orang yang tersayang.




Cuaca terik tanpa angin sepoi-sepoi bahasa. Di wajah masing-masing, keringat mengalir deras tetapi ia tidak menghalang orang ramai utk sama-sama mendapatkan pahala menolong mengusung jenazah, memasukkan jenazah ke liang lahat,mengambus tanah dan mendoakan mereka.

Kebanyakan daripada hadirin bukanlah ahli keluarga mangsa tetapi kami sama-sama berkongsi kesedihan di atas pemergian mereka.

Semoga roh-roh mangsa kejadian tanah runtuh di Hulu Langat dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Berikut merupakan nama-nama mereka yang telah kembali kepada-Nya:

1. Mohd Kamarul Amizan, 11

2. Nurahimi Rosdi, 14

3. Dzahir Haziq M. Muin, 11

4. Ahmad Lokman Hakim, 11

5. Farid Ibrahim, 34

6. Mohd Azrel Azahari, 8

7. Wan Ahmad Hasril Hazim, 19

8. Zahid Assawal Zamri, 19

9. Mohd Mustakim Mamat, 12

10. Mohd Naerzein M. Nor, 8

11. Mohd Aiman Abdullah, 10

12. Shahrul Nurimran Adnan, 9

13. Mohd Zaim Azahawi, 14

14. Mohd Imal Fahad, 9

15. Mohd Riezman Ab Latif, 9

16. Mohd Hazim Sapri, 10


Al-Fatihah.

5 scribble(s):

Ely Hasrul said...

new kt tv mmg cpt kebetulan kitorg tgh mkn kt kedai n ade psg news. aku ade tpikir nk sms ko tnya. sedih tp aku percaya arwah mesti dapat masuk syurga. al-fatihah

Syigim said...

sayu sungguh penulisan kali ni. al-Fatihah for the boys. mesti mengalir air mata everytime baca psl ni. terbayang my own boys...

suka cara liz menulis. BM yg tersusun tapi x skema. xde nak guna shortform2 yg xboleh paham! suka. keep it up!

Liz Rohaizat said...

ely> yups, kebanyakannya kanak-kanak. ke syurga lah mereka. amin.

ko ingat rambutan yg kita petik? dihantar ke rumah tu la :(

kak syigim> air mata ni tertahan2 setiap kali berita keluar kat TV. xtau la. maybe sebab dekat dgn rumah. so sebak semcm. setiap kali ambulans lalu depan rumah, hati punya berharap mangsa kat dlm tu selamat.

thanks for the compliment. tapi takleh lawan akak yg lagi byk idea dan kreatif!

Diyana said...

sebak kan baca kisah tragedi..

Liz Rohaizat said...

diyana> yer. mmg sedih. hmmm... sama2 la kita membantu mereka

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.