Wednesday, May 04, 2011

Tisu muka dan tisu tandas Kleenex® yang dipertingkat

Dahulu, saya bukannya seorang perempuan yang suka bawa hand tissue. Susah juga nak jumpa pek kecil hand tissue di dalam handbag. Memadai gunakan cloth hand towel untuk mengelap peluh.

Tetapi semenjak dah ada anak, hand tissue merupakan salah satu benda wajib yang mesti sentiasa ada setiap masa. Jadi kami pastikan kami sentiasa ada sekotak hand tissue di ruang tamu, sekotak lagi di dalam kereta, pek-pek kecil utk disimpan di dalam baby bag dan beberapa kotak hand tissue di dalam stor.

Tisu sangat penting bagi saya terutama bila berhadapan dengan kanak-kanak kecil. Mereka akan mudah terdedah pada kekotoran setiap masa terutamanya ketika bermain dan makan. Mereka juga pasti terkena serangan batuk dan selesema. Ketika itu, penggunaan hand tissue sangat digalakkan bagi mengelakkan penyebaran kuman. Lebih-lebih lagi, bayi dan kanak-kanak tidak sesuai menggunakan hand sanitizer kerana ia boleh menyebabkan keracunan toksid dan alkohol jika tidak digunakan dengan berhati-hati.


I used it as a bib!

Ramai yang mengetahui bahawa mencuci tangan dengan langkah yang betul boleh mengelakkan penyebaran kuman. Tetapi ramai yg jarang mempraktikkan langkah terakhir iaitu mengeringkan tangan dengan kain pengelap. Tahukah anda, tangan anda yg sudah dibasuh tetapi masih basah lebih senang menyebarkan kuman berbanding tangan yang kering? Ia menunjukkan mengeringkan tangan dengan sempurna adalah langkah terakhir yang sepatutnya dipraktikkan oleh semua orang.

Mengikut hasil kajian:

89% menggunakan hand towel untuk mengeringkan tangan di bilik air
38% menggunakan hand tissue
18% hanya merenjiskan tangan dengan harapan air itu kering
9% lagi mengelap tangan di baju

Untuk memastikan kuman tidak mudah tersebar, kain pengelap harus ditukar selalu. Kain yang tidak selalu ditukar akan menyebabkan kuman membiak di kain tersebut. Untuk pilihan lain, anda boleh memilih untuk menggunakan hand tissue.

Jenama Kleenex® sangat sinonim dalam pembuatan produk tisu. In fact some people even call tissues Kleenex! Kleenex® mula diperkenalkan seawal tahun 1924. Ketika itu, satu pek makeup remover dijual dengan harga 65 sen. Kini, lebih ramai pengguna memilih Kleenex® berbanding jenama lain.
Kleenex® first product : Cold cream / makeup remover

Baru-baru ini, saya berkesempatan mencuba tisu Kleenex® yang dipertingkat. Tisu yang dipertingkat ini diperbuat daripada 100 peratus pulpa asli (pure virgin fibre). Tisunya sangat lembut pada kulit tetapi kuat dalam menyerap kebasahan. Ia didatangkan dalam 2 dan 3 lapisan.


Tisu boleh digunakan dalam pelbagai cara seperti mengelap peluh anak, membersihkan make-up di muka dan membersihkan tangan yang kotor. Kebanyakan tisu biasa akan menyebabkan tisu terkoyak dan bergumpal, seterusnya meninggalkan sisa di kulit. Kalau kita lap peluh, mulalah ada sisa tisu di muka. Tak bagus kan? Dengan Kleenex®, tisunya tidak akan meninggalkan sisa kerana ia kuat dalam menyerap kebasahan.

Ketika anda diserang penyakit yang boleh menyebabkan selesema yang teruk, anda akan kerap terbersin dan perlu membuang hingus dari hidung dengan kerap. Tanpa tisu yang lembut, anda akan berhadapan dengan satu masalah baru. Hidung anda akan merah, melecet dan sakit akibat kekerapan membuang hingus. Kebanyakan tisu lembut di pasaran mudah terkoyak apabila basah. Tetapi tidak dengan Kleenex®.

My hubby has a runny nose since 2 days ago. Hidung dia dah mula merah akibat selalu lap hidung. I minta dia cuba tisu Kleenex® yang terbaru ini. Komen pertama yang keluar dari mulut dia ialah, “Eh, lembutnya!”. Setelah mencuba, dia sukakan tisu yang baru ni kerana tak mudah terkoyak. Yang paling penting, tisu tu tak menyakitkan hidung dia yang dah merah tu kerana ia lembut.

Kleenex® juga sangat mementingkan pengguna. Jadi ia memastikan produknya hypoallergenic agar ia selamat digunakan oleh mereka yang mudah mendapat reaksi alahan. Jadi anda tidak perlu risau terutamanya apabila digunakan ke atas anak anda.

Sejajar dengan pembaharuan ini, tisu Kleenex ditampilkan dengan pek baru yang lebih segar berilhamkan bunga ros di semua pasaraya utama, pasaraya dan farmasi seluruh negara. Tisu muka Kleenex® 2 dan 3 lapisan boleh didapati dalam pek kotak dan poket, sementara tisu tandas Kleenex® 2 dan 3 lapisan boleh didapati dalam pek Jumbo dan Mega.

Kleenex® Facial Tissue

Kleenex® Toilet Tissue

Malah, dibawa kembali atas permintaan ramai, tisu muka Kleenex® khas bertemakan vintaj kini juga boleh didapati dalam pek kotak! Sangat cantik! Rasa sayang sgt nak buka.. nak pamer saja, boleh tak? Ahaks.

Kleenex® Vintage

Kotak tisu ini mempunyai ruang buka berbentuk oval. Terdapat plastik lutsinar di tempat buka dengan bukaan kecil untuk menarik keluar tisu. Tisu mudah ditarik keluar.

Sememangnya tisu Kleenex® yang terbaru ni lengkap pakejnya. Kualiti yang sangat memuaskan hati, pek yang cantik dan harga yang sesuai dengan kualiti yang diberikan kepada pengguna.

3 scribble(s):

weed said...

nanti aku call kleenex...amek ko jd duta produk...hahahahaha...

Liz Rohaizat said...

weed> hahaha, very funny! actually, ni advertorial la. kleenex yg suruh buat review. aku review aje.

Liz Rohaizat said...

weed> tapi kan, mmg lembut sgt la tisu yg baru nie. aku suka!! lebih2 lagi yg jenis vintage tu. cantik kotak dia. sayang nak buka.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.