Friday, May 27, 2011

Surprise parcel from a mysterious sender.. is that you?

Semalam... lepas balik dari lunch, I dapat kad kuning dari Pos Malaysia. Katanya, I tiada di office masa posmen datang. Jadi, mereka tak dapat serahkan bungkusan. Urm, mmg la takde org kat office. Sape suruh datang time lunch hour? Abang posmen ni tak lunch ke? Bagus betul.

Dah la nak kena collect kat Pejabat Pos Besar kat Central Market tu. Jauhnya lah pulak. Hati berdebar-debar nak tau bungkusan dari sape. Terus minta hubby pergi ambilkan. I ingatkan dia tak sempat ambil semalam sebab I bagi kad kuning kat dia pun dah petang.

Elok malam tadi, I nampak bungkusan tu kat rumah. Senyap-senyap je dia. Kalau bagitau dah ambil, mesti ptg tu juga I buka.

Bukan bungkusan tapi dalam kotak. Di atasnya tertulis "Book Depository". Buku?


I mmg minat buku tapi tak pernah order from Book Depository. Utk yg tak tau, Book Depository ni mcm online bookshop. Ada mcm-mcm jenis buku kat situ dan ia menawarkan free shipping di seluruh dunia.

I buka kotak tu. This is what I received!

Jamie's 30 Minutes Meals

OH MY GOD! The sender/buyer mesti tau I minat sgt kat Jamie Oliver. Samada dia seorang kawan rapat ( I don't think kawan biasa tau I minat Jamie Oliver) atau pembaca blog atau kedua-duanya sekali. Wah, tiba-tiba rasa disayangi!

Jamie's 30 Minutes Meals is a newest book from Jamie Oliver. "Jamie's 30-Minute Meals has sold 735,000 copies in 10 weeks, beating the previous record held by comedian Peter Kay's memoir, The Sound of Laughter.". Source here.

Seperti buku-buku dia yang lain, tgk gambar je dah buat rasa nak cuba resipi tu. Hubby dah dok tunjuk resipi yg dia nak rasa.

Buku ni mengandungi 50 resipi yang dikatakan boleh disiapkan dalam masa 30 minit jika kita mempunyai alatan memasak yang sesuai dan pandai multitasking. Setiap menu terdiri daripada starter, main course dan pencuci mulut.


Really? 3-4 dishes in 30 minutes? Mcm susah nak percaya. According to him, utk memastikan kita dapat siapkan dalam masa 30 minutes, bahan-bahan dan alatan mesti dah tersedia dan berada dalam capaian. Contoh la kan.. jgn bila nak guna food processor, baru nak keluarkan dari almari. Benda tu semua mesti dah tersedia depan mata.

Personally, I think 30 minutes tu mungkin hanya melibatkan proses memasak. Tidak melibatkan proses penyediaan bahan. I don't know. It sounds impossible. I will try his recipe. Nanti kita tgk berapa lama I boleh siapkan. I will review about this book later.

Jamie terkenal dengan resipi yang mudah, byk shortcuts dan tidak menggunakan hi-tech equipment. I love Nigella Lawson tapi bila tgk her kitchen, rasa mcm over sgt. I love Jamie more sebab his approach in cooking is simple.

To YOU,

Thank you so much for the book. I really like it. Damn, I love it!

I have an idea. Maybe we can meet one day and I'll cook something from this book for you
.

Love,
Liz

10 scribble(s):

WanYgBest said...

wow...cam lazat je tgk jamie nyer gambar tuh...hehehe

aku penah tgk rancangan jamie 30 mnts ni kat youtube...mmg boleh la msk dlm 30 mnt, tp x msukla masa b4 & after msk tuh...

lgpun kat sini, supermarket ada jual sayur yg dah siap basuh & potong, ayam daging sume pun kita leh request la nak potong mcmne, nak fillet, steak, kiub, mince sume pun boleh...jimat masa... =)

Liz Rohaizat said...

wan> tu la. aku dgr ada ramai yg condemn buku ni sebab diorg tak dpt siapkan dlm msa 30 minit. ke diorg tak baca buku ni betul2? sebab kat awal2 tu, aku tgk jamie dah buat note. siapkan semua bahan awal2 dan mesti dah ready kat dapur. plus, aku tgk jamie multitasking. so while waiting for the pasta to cook al dente, dia proceed to next dish. camtu kan? i take this as a challenge. aku nak cuba!

ana ayesha said...

bertuahnya ada org sayang siap bagi buku masak lagi .....

weed said...

SANGAT JELESSS!!!! yang pastinye..tu bukan aku ye...ahhaha....aku kalo nak masak mesti dh siap prepare sume atas meja....n aku tak suke tmpt yg messy....hopefully bile aku dh ade umah nantik...aku akan dpt jadikan dapur impian aku satu kenyataan.....wahhhhh...amiiinnn....

Ely Hasrul said...

fuiyooooo sapa yg bagi tuuu?? bertuah nye kooo... aku penah dpt 2-3 kali kad kena amik kt pos opis tp aku xamik. mana tau surat lawyer ke ape ahhaha mcm la aku ade utang tak bayo..

time kitorg kat melben dulu, restoren dia 15melben baru bukak tapi reservation full smpai january padahal tu baru october.. lahabau tull.. papi minat jamie

Liz Rohaizat said...

ana ayesha> mmg terasa bertuah bila ada org ingat kat kita.

weed> oh, bkn ko eh? ok, aku pangkah nama ko. sape la agaknya. aku pulak jenis x suka sinki tak berkemas. so sambil masak, sambil clear kan pinggan/bekas kotor.

ely> Fifteen eh? aku dulu suka tgk Fifteen. siap ada buku dia entitled Jamie's Dinner. mcm bagus je dia sbb tlg budak2 yg takde arah hidup. wah, ada hati nak try mkn. tp mmg restaurant dia kena buat reservation awal2

p!nkerton said...

wah bestnye ada org hadiahkan :D nnt kalo dah try share la, boleh aku try kalau rajin hhiihi :D

Liz Rohaizat said...

fatih> tak sempat nak cuba lagi la. hehe.. bila nak dpt mood. aku belek2 je dulu

Diyana said...

cik abe bg surpirse kot?hihihhi.ke ade secret admire?heeee.

Liz Rohaizat said...

diyana> hahaha.. dia tak tau pun akan kewujudan buku ni. secret admire? takde maknanya. hehe

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.