Thursday, May 05, 2011

Sifat busuk hati

Kelmarin, I singgah di satu kedai runcit yg I tak berapa gemar. Tak gemar sebab pekerja-pekerja dia sgt kepochi. Dia tak bagi pelanggan ambil barang sendiri. Hatta barang basah pun, mereka akan ambilkan. Saiko tak?

Tapi sebab masa tu dah terdesak, kami singgah la jugak. Masa tu dah lambat. Plus nak masak nasi goreng je. So mau beli sedikit udang dan sotong buat rencah.

I cuba nak ambil udang. Pekerja dia halang. Nak tolong ambilkan juga. I pandang dia. Dia dok ‘promote’ cara kotor.

Kak beli kat sini je. Sini semua cantik-cantik. Jangan pergi kedai hujung. Udang dia pun dah merah-merah. Ikan dah tak elok”.

Astargfirullah. Rasa nak lempang je. Boleh tak jgn ckp mcm tu? Kalau nak bersaing, bersaing cara baik. Jgn busuk hati. kalau betul pun kedai sana jual barang yg tak elok, tak perlu dikecohkan. Biar pelanggan yg buat pilihan. I rasa nak lempang sebab setahu I, kedai lagi satu tu jual barang elok. Cuma I tak pergi sana sebab udang dah takde. Tang mana dia kata udang orang tu merah, I pun tak tau.

Berbalik pada pekerja tadi, dia nak cuba tipu harga dengan I. Depan bos dia I betulkan balik harga tu. Terus 2-2 terkulat-kulat dengar I melaser pekerja dia. Sudahnya, I beli udang je. Sotong beli kat kedai hujung.

Tolonglah jangan busuk hati. Rezeki tu sepatutnya dikongsi.

8 scribble(s):

Syigim said...

dulu kat ipoh, ade makcik nasilemak ni dah abis nasi, dia suggest lg suruh kitorang gi gerai makcik seberang jalan. :) mesti rezeki makcik tu bertambah2 :)

Liz Rohaizat said...

kak syigim> betul. yg tak lokek, dia tak kesah kalau orang nak beli kat kedai lain. dlm diam, kita pun rasa peniaga tu baik budi pekertinya. lain kali, kita beli kat dia lagi

Ely Hasrul said...

huk aloh smpai cmgitu.. patut u ckp aje.. u pg kedai tu sbb kedai ujung tu dh abis udang hehe

Liz Rohaizat said...

ely> aku malas nak layan sbb aku tak suka kedai tu. xtau motif kenapa dia tak bg pelanggan pilih brg sendiri

WanYgBest said...

kdg2 pelik, patut orang islam (aku assume penjual yg ko ckp tu islam) paham konsep rezeki, so, xkan wat taktik kotor mcm tuh...

kat sini, katakan aku p tesco, tp brg yg aku nak xde, diorg dgn slamba je leh suggest aku carik brg kat kedai yg diorg rasa ada jual mcm mark & spencer ke, sainsbury ke, morrisons ke...wpun kedai2 ni adalah saingan bg diorg...

sedih...kualiti2 yg mcm tu xde dlm diri org islam, atau org kita ni islam atas i/c je?

Liz Rohaizat said...

wan> yup, org islam. malu kan? mmg aku pangkah kedai tu lepas ni. nasib baik ni bkn kedai dekat dgn rumah aku.

Anonymous said...

JET LEE : DH BUANG SAMPAH SURUH KUTIP BUANG DLM TONG SAMPAH KAT BLAKANG JER BLH KATA TAK PER,MMM...MUSLIM???

Liz Rohaizat said...

abang> kasi sekeh kepala dia lain kali.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.