Thursday, May 05, 2011

Macam mana kalau jadi kat mak ayah korang?

Cuaca sedang ‘menggila’ di Malaysia sekarang ni.

Bayangkan I terbangun dlm pukul 2 pagi, hujan dah turun. Bila bangun subuh, hujan masih turun. Sampai di office, hujan renyai-renyai. Menjelang tgh hari, panas terik sampai rasa tak sanggup nak berjalan kaki. Elok nak balik kerja, hujan lebat siap ada petir.

Fuh, melihat baju yg masih belum kering di ampaian, buat I rasa taknak membasuh baju.

Semasa I berjalan ke carpark ptg 2 hari lps, hujan sedang turun dengan lebatnya. Hujan turun sejak sejam setengah sebelum tu. Jadi, boleh dikatakan banyak lopak air yg dalam di jalan raya. Selalunya di waktu ni, I mmg jauhkan diri dari lopak air sebab ada sesetengah pemandu yg kurang mengambil berat akan pejalan kaki.

Dah nampak lopak air, dia redah punya la laju sampai terpercik air ke badan pejalan kaki yg berada di tepi jalan. Pernah jadi kat korang tak? I dah nampak depan mata.

Kalau ada lopak air, tolonglah perlahankan kereta especially bila ada pejalan kaki berdekatan lopak tu. Ke korang tak kesah?

Camni la, bayangkan korang nampak orang tu kat tepi jalan. Tapi korang nak cepat, so korang malas nak perlahankan kenderaan. Lantak laa. Sape suruh berdiri kat situ eh? Korang pun redah je dgn lajunya. Air terpercik di muka dan badan orang tu.

Now bayangkan orang yang basah tu mak ayah korang.

Ada rasa marah tak?

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.