Wednesday, May 18, 2011

Kemalangan di dapur

Isnin lepas, orang lain sibuk tag and wish cikgu masing-masing kat FB. Ahaks, rajin korang add cikgu kat FB. I tidaklah add yer melainkan Cikgu Norlisah Kasim dan Cikgu Widya Wasimin. Ada juga beberapa cikgu lain tapi sebab jarang sgt bertegur sapa, maka tidaklah buat shout out.

Seperti biasa, nursery Batrisyia buat Hari Guru. Last Friday, I saja sembang-sembang dgn cikgu Dila. Dari situ, I tahu lah yg selalunya mmg banyak makanan berlebih sebab semua parents hantar makanan banyak-banyak. Diorg pulak tak boleh nak tapau balik. So agak membazir di situ.

So kali ni, I nak anta sikit je. I pun buatlah agar-agar disco (bak kata Fatih) ataupun Colourful Custard Pudding (bak kata Lady).

Berlaku sedikit 'kemalangan' di dapur. Ok la, I cerita.

A day before Teacher's Day, ada buat sambutan hari jadi di Cheras.


So ingat nak bawa sekali la puding tu. Bila buat, mmg dah reduced sugar sebab nak hantar ke nursery. I tak reduce kat agar2 warna tapi reduce kat custard. Letak dlm satu senduk setengah. Patutnya gula tu kira 'just nice' la. Dulu kan selalu buat puding so mmg boleh agak berapa senduk gula nak kena letak.

So masak custard atas dapur. Lepas tu, tiba-tiba I keluarkan agar-agar warna sebab nak potong-potong (Nak cepat sebab my hubby nak pergi main badminton tgh mlm tu. So mcm nak siap cepat sebelum dia keluar). Terus terlupa akan custard kat dlm periuk. Hamek ko, terus melambak kat dapur. Membuak-buak. Scary meri!

Maka, custard telah kurang. I main tambah-tambah apa yg patut. Dan dlm pada nak cepat sebab custard dah likat, I lupa nak rasa dan tambah balik gula. Isk..

Maka, jadilah Colourful Custard Pudding version gula tertumpah. Muahahaha.... Tapi bawa juga la ke Cheras dan terima je la semua org kata agar-agar tu tawar. Takkan nak bercerita panjang seperti di atas. Letih mak nak oii!


Ko tgk, gambar nampak sedap.. tapi gambar je la yg sedap.

Nak resipi, klik sini. Make sure korang jaga custard tu betul-betul. Gerenti sedap. I tak puas hati. So semalam buat lagi sekali.

Walaupun dah tawar, ku tetap bawa pergi nursery. Kot-kot ada budak yg mcm Batrisyia, jenis tak kesah kalau tak manis-manis. Cikgu Dila kata, habis licin sebab colourful. Budak-budak suka tgk dan mkn. Clap clap!

Dah dapat mihun sup semangkuk tapi nape muka tada senyuummm?

6 scribble(s):

Ila said...

memang colourful...tgk pun boleh terliur...hehehe

Liz Rohaizat said...

Ila> cubalah buat!

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis said...

pi ke event tu?nanti sms nombor ek leh la calling2 ni yang syok nak pi ni ada geng

Liz Rohaizat said...

anje> pegi. camne nak sms awak?

p!nkerton said...

kaler merah ko cantik, berseri. aku nye merah pudar huhu.. ;p

Liz Rohaizat said...

fatih> ko pakai jenis liquid ke serbuk?

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.