Thursday, May 05, 2011

Karaoke box

Tgk 360 mlm tadi. Topik malam tadi ialah karaoke. Mula-mula tunjuk konsep karaoke box yg dah mula menjadi pilihan pekerja melepaskan penat lelah selepas waktu bekerja. Ada yg datang dengan kawan. Ada yg bawa anak sekali. Katanya, kalau kat rumah, tak sempat nak bonding dengan anak. Kalau bawa pergi karaoke ni, kira sempat la nak bonding. Makanan pun dah disediakan. Senang.

Lepas tu krew 360 pergi ke Perak. Tunjuk karaoke masa majlis kahwin pulak. Ibu beranak satu (kot sebab dia kendong sorang je anak dia) yg baru berumur 19 tahun dah dikira diva sebab kalau bab karaoke masa kenduri, mmg dialah ratu. Dia kata dia minat menyanyi.

Lepas tu krew singgah pula di RIMBA. Ni I tak tau kat mana. Tapi tempatnya jauh ke dalam, jauh dari kawasan perumahan. Nama tempat karaoke tu ialah Rimba. Kat sini agak happening. Siap boleh menari secara terbuka. Plus, ada peraturan seperti tak boleh bawa senjata, tak boleh menari lucah, tak boleh merokok masa menari. Nak masuk pun, beg kena check dulu. Konsep terbuka sebab katanya, utk elakkan berlaku maksiat. Kalau terbuka camni, semua org boleh nampak.

Don't play-play eh. Makcik dan pakcik pun ada. I sedang menggosok baju malam tadi. Layan juga la tgk makcik-makcik tu dok sebut pasal asah bakat la, pitching lari la...

Si isteri : Ish, makcik ni dah tua-tua pun rajin pergi karaoke. Kalau Liza dah tua nanti pun, belum tentu nak karaoke lagi. Bukannya minat pun.

Si suami : Nanti umi nyanyi lagu "Bye bye bye... bye bye!"

Cis, you perli I ke abang? I tak tau la. Dia kalau nak kenakan I, mesti nak gunakan lagu Bye Bye Bye tu. Apsal? I nak nyanyi lagu Marry You la..

2 scribble(s):

Ely Hasrul said...

aku pon tgk gak mlm tadik.. tgk kt luar tgh mkn.. before nih mmg penah bwk sami g koke.. suka dia.. patu dia ngantuk, susu dan tido hahha sukati aje

Liz Rohaizat said...

ely> semangat kan makcik2 tu nyanyi? aku x penah bawak lagi. aku ckp kat hubby, kalau bwk batrisyia.. alamatnya dgr suara minah tu menyanyi je la

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.