Thursday, May 26, 2011

Kalau tak boleh tahan lapar, jangan baca entry nie

"Umi ni.. kalau takde lauk pedas, tak sah!"

2 days ago, I cooked Kobis Masak Lemak Putih and Fried Chicken. Easy peasy, huh? Tapi sebab tak pedas, maka I 'derhaka' kejap. Terus goreng ikan bilis, potong bawang besar dan cili api banyak sikit. Pastu buat goreng. Letak kicap sikit nak bagi kick!

Dan orang yg keluarkan komen di atas ialah orang yg mkn byk ikan bilis pada mlm tu. Dok komen pedas tapi tangan laju menambah lauk pedas tu :p

I mmg boleh tahan pedas. I'm born with it. Tiap-tiap hari mesti ada lauk pedas walaupun sikit... walaupun sambal belacan... atau sambal tempoyak... atau budu (kira ada pedas sikit la sbb ada cili). Ok, I'm salivating!

Korang perasan tak, kalau 'lauk' tu kena dengan tekak kita, mkn sampai boleh bertambah-tambah kan? Diet? Apa tu? Ewah, tiba-tiba tanya soalan tu tatkala makanan yg kita suka terhidang depan mata.

Setelah hampir 29 tahun hidup di muka Bumi, antara hidangan yg boleh buat I makan bertambah-tambah ialah:

TEMPOYAK PUCUK UBI


Sebenarnya, tak kesah la tempoyak apa. Janji ada tempoyak. Sambal tempoyak, tempoyak pucuk ubi, tempoyak ikan bilis, tempoyak ikan patin.. semua I bedal!

Untuk resipi tempoyak, lihat sini: Tempoyak Pucuk Ubi dan Udang Tempoyak Daun Kunyit


IKAN BILIS CILI API


Simply sedap! Serious. Cuma nak kena tumbuk cili api la kot. Blender tak main eh. Tak kick. Kena tumbuk gak. Resipi dia senang giler. Boleh check di sini : Sambal Ikan Bilis Cili Padi.

Cik Eyanacomey ni tumbuk cili api dgn bawang sekali. Mcm I, I tumbuk cili api je. Pastu potong bawang besar banyak sikit. Sedap gilos! I tak tambah petai tu tapi kalau nak tambah pun boleh je.

Anyway, cik Norasikin Termizi.. ni fave boyfriend awak nie!


IKAN GORENG CICAH BUDU


Gambar credit to Mat Gebu. Cik Mat, jangan saman saya eh :)

Buat budu. Goreng ikan garing-garing. Terus cicah. Nikmat! Sape tak mkn budu mmg rugi! Hehehe..

PERIA MASAK LEMAK CILI API


Peria itu pahit tetapi sedap! Lebih-lebih lagi kalau combine dengan udang. Serious leh tambah nasi. Bahaya nie! Kat rumah tu tak ramai yg mkn peria tapi everytime masak, mesti beli peria katak dlm kuantiti yg banyak sebab si pemakan peria akan mkn banyaaakkkk.

Ada petua kata, kalau taknak peria pahit, rendam dengan air garam sebelum masak. Kami tak buat camni sebab kami suka pahit-pahit. Kami basuh biasa je. Tapi wajib letak udang. Udang kan manis sikit so memberi rasa yg peria tu tak pahit sgt. Hehehe... tak best la kalau peria tak pahit sikit kan?

I tak pernah tepek resipi tapi korang boleh rujuk kat sini : Peria Masak Lemak Cili Api

Sebab I tekak suka pedas, maka makanan pembuka selera pun pedas-pedas semuanya. Lain org lain kegemarannya kan? Kalau korang, lauk apa yg buat korang mkn bertambah?

7 scribble(s):

love said...

terliur tgk gambar lemak tempoyak itu. i suka giller itu lauk. memang kalau mkn x b'tambah, x sah kan.
yang ikan bilis cili tu pun layannnn. perghhhh giller sodap!!

today i msk sambal grg ikan bilis. hehehe. X PEdas X kick kan.... :)

fiza said...

Trus perut aku jadi lapar liz tgk lauk pauk nih. Memang favourite ah makan yg berasaskan tempoyak.

Daripada Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz kepada Aleesha Farhana

Harga MINYAK RON 95 Kekal

KILAUAN EMAS untuk 45 Tahun Ke Atas...Sesuai ker?

maisy said...

aku n husband aku simple je..kuah singgang ikan tongkol,ikan kembung panggang,ngan budu+cili+bwg perah asam limau ckit...ade tempoyak..penyek tempoyak..

Pergh mengancam gile..lapooo dah ni...tapi cili dlm budu kene yg superb pedas baru best...

Ni nak kene call adik aku buat sambal ikan bilis n9..letak belimbing buluh..ohh sedap2...

Liz Rohaizat said...

love> wah, geng mkn pedas la nie! yups, sambal tempoyak mmg sedaplah. dia mcm tak mkn lain takpe. ada tu, ada nasi.. leh layan 2 pinggan

fiza> aih, aku pun lapar ni. huhu..

maisya> betul, cili dlm budu kena pedas. kalau tak, semcm je rasa. haha.. teringat dulu2 ko mimpi aku teguk budu satu botol.

apsal nak kena tunggu adik ko buat sambal ikan bilis tu? dia terror eh?

CIK NANA said...

woooooooweeeeeeeee
sedapnya nampak! ;p
Na suka ikan bilis cili api.
Perghhh, rasa nak lari pegi kantin and masak.
Over!

Liz Rohaizat said...

nana> wah, itu gambar dari blog org lain kecuali tempoyak tu la. ikan bilis cili api mmg best kan? lebih2 lagi kalau pedas meletop! masak la malam ni na oii.. tak payah lari pegi kantin tu

Ila said...

samalah ila,tak pedas tak lalu rasanya tekak..tekak org n9 macam tulah kan...heheheh

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.