Friday, May 06, 2011

Kalau kereta bukan kereta mewah, pakai je Ron 95

Ok la... I taknak tuduh apa-apa la. Ni mmg twitter dia ke? Kalau betul, I rasa kesian sbb PM bagi statement mcm ni.

I ni perempuan. Kalau bab mekanikal kereta dan minyak kereta, mmg tak faham sgt lah. Tapi kalau suruh I bandingkan my car performance masa pakai Ron 95 dan Ron 97, yg tu I boleh cerita.

Sebab my rent house jauh di Hulu Langat, kami pergi-balik ikut Bukit Ampang bagi mengelakkan kesesakan di Plaza Phoenix. Tiap-tiap hari turun naik bukit tu. Tak la tinggi mana pun.

Bila pakai Ron 95, kereta tu naik slow-slow je. Pick up mmg slow la. Bila nak speed up, pun mcm terhegeh-hegeh. Bunyi enjin pun 'mengaum' semacam. I don't like it!

Bila pakai Ron 97, smooth je. Nak speed up dan memotong kenderaan lain pun senang. Tak terasa apa sangat.

Dan I hanya pakai kereta Proton harga murah! Kereta mewah ke tu?

Mungkinlah Ron 97 ni sgt sesuai dengan enjin kereta mewah. I tak pasti. Tapi bila I dah guna 2-2 jenis minyak, mmg Ron 97 sgt sesuai la sebab nak turun naik bukit setiap hari.

Jadi NajibRazak (ni in case kot2 bukan twitter dia la kan), tak semua yg pakai Ron 97 tu guna kereta mewah! Tak semua yg guna Ron 97 tu dlm golongan kaya. Kayap ada la kot :p

Still remember Fariz tulis msg at FB. Lebih kurang camni la ayat dia... mari bekerja kuat kot-kot Ron 97 naik sampai RM3. Masa tu Ron 97 baru naik ke RM 2.70 (hampir sebulan yg lalu). Kini, mesti Fariz bekerja lagi kuat sebab harga Ron 97 skrg dah hampir2 dengan harga ramalan dia sebulan yg lepas.

Kalau tak sebab Bukit Ampang, I tak pakai Ron 97 la.

Nota: Orang kat rumah I, semuanya pakai Ron 95. Patut lah diorg rileks je. Tak komen apa-apa. Bila tau I pakai Ron 97, even mama pun pelik. Haaa... dah tau kan? Kalau bukan sebab bukit tu, maybe pakai Ron 95 je kot.

6 scribble(s):

Crookshanks said...

i bukan nak sebelahkan sesapa, cuma, from what i know, prestasi keta mewah x begantung sgt pd minyak, tp pd technology kereta tu sendiri...so, pakai 95 je dah smooth habis, jd, if yg kaya2 ni pakai Ron 95, kesian la kat org biasa yg pakai Ron 95. Bila demand tinggi, benda tu cepat habis, dan mungkin harga pun akan naik...

Liz Rohaizat said...

crookshanks> yups, so saya tak sure dari mana datangnya fakta yg mengatakan ROn 97 tu utk kereta mewah. i think, ron 97 asyik naik dan ron 95 still ada subsidi sebab permintaan ron 97 tu agak tinggi. ramai yg pakai. cuba ramai org pakai ron 95. mesti asyik ron 95 je yg naik harga. grrrr

Anonymous said...

Liz,

I pun hari2 panjat bukit langat tuh. Tp I maintain dgn RON 95. Kalo I tukar my persepktif macam u habis la my gaji yg seciput itu.

kalo RON 95 naik sama level dgn kadar RON 97, mmg pekak la telinga PM kita dgr asukan abrasa rakyat Mesia. hihihihihi....


~I-sya~

Liz Rohaizat said...

I-Sya> masa ron 97 naimk baru2 nie, i ckp dgn my hubby. tukar je la. guna ron 9t5. tp dia taknak sbb dia tak suka enjin mengaum. hahaha... hmm, susah gak. kalau dah tinggi sgt harga, I rasa tukar je la guna ron 95. tp orang lelaki ni lain kot.

tahan je la sblm pindah rumah baru. tak payah naik bukit lagi kot.

awak pakai ron 95, ok ke naik bukit tu? saya pernah cuba guna ron 95 (tanpa pengetahuan hubby... ya ampunnnn). huhu, mmg tak best bawa kereta naik bukit tu

Anonymous said...

jet lee : klu RON 97 untk org kaya kenapa harga barang naik???lori guna Ron 97 ker mmm??najib najib

Liz Rohaizat said...

jet lee: yer la kot. menteri kan lagi pandai. hahaha

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.