Friday, May 06, 2011

Juvana


Sekarang I dah ada sebab nak tgk TV3 pada setiap Isnin.

JUVANA!

Ok la, I mengaku... mula-mula terasa nak tgk bila lihat iklan tu ada Zahiril Adzim. Ni bukan nak minat tanpa sebab tapi I mmg minat pelakon yg bakatnya diasah dari teater. Jarang yang menghampakan. He's one of them.

Jadi bila dah abes Gemilang, I dah booked awal-awal nak sambung tgk Juvana pulak. Belum pukul 9 malam lagi dah buka TV3 awal-awal. Episod pertama tak menghampakan. Dengar cerita, rating utk pilot episode tu mencecah 2.4 juta! Hebat kan?

Apa yang buat I tertarik nak tgk Juvana (selain daripada ZA) ialah jalan cerita dia yg lain dari yang lain. Selalunya TV3 punya drama biasa la... kehidupan orang kaya-kaya, main projek juta-juta aje. Sangat boring la.

First episode je dah buat I rasa mcm cerita ni bagus sebab boleh buat budak-budak sekolah kat luar tu takut nak buat jahat sampai masuk ke sekolah juvana. Mungkin drama tu tak betul-betul mencerminkan keadaan sebenar di sekolah juvana tapi sekurang-kurangnya boleh buat budak-budak ni takut. Hmm... melainkan kalau diorg rasa diorg boleh jadi ketua mcm Botak, maybe diorg tak takut la kot. Kalau lembik, boleh la jadi jambu mcm Daim. Hahaha... (Ok, yg tgk saja akan faham apa yg I ckp nie).

Barisan guru-guru pun ok jugak la. Ada warden yg mcm tegas. Dia jeling je, org diam. Ada cikgu muka bajet hensem dan suka tolong cikgu perempuan. Ada cikgu perempuan yg cuba buktikan dia boleh berhadapan dengan budak-budak jahat nie. Dan paling I suka, karakter cikgu yg garang dan berani marah budak-budak jahat nie. Huh, tak ingat lagi nama-nama diorg tapi best la. Cikgu garang tu best. Berlagak, perasan bagus tapi dlm masa yg sama, dia mengambil berat akan hal ehwal segala perkara yg berlaku di sekolah.

Setelah menonton beberapa episod ni, mmg ada buat I terfikir. Mcm tu keadaan di sekolah juvana? Yer la, kat situ semuanya budak bawah umur yg disabit dengan kesalahan berat mcm membunuh, merogol, merompak. Eiiii, takuttttt!!!! Bagus jugak bila ada drama camni yg memberi pengajaran kepada kita kan?

3 scribble(s):

animkechik said...

knp tv1 lak.. ayt mcm minta cite juvana.. bkn tv3 ke?

~ As ~ said...

saya ada kawan masuk juvana, lelaki. dia keluar dia tak nak masuk lg katanya & nasihat org jgn masuk, dia tak tahan kna buli teruk & kena liwat. kesian kan.

Liz Rohaizat said...

anim > typo la. dah betulkan.

as> ye ke? agaknye la. sana semuanya ada kes berat-berat. tp kalau sampai kena liwat, kesian juga la.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.