Friday, May 20, 2011

Feel Good Run 2011

People can say anything about my body. Ada yg kata I gemuk, ada yg kata I tembam, ada yg kata I kurus. Oh, apa-apa je la. But my BMI is NORMAL. That's all I really care.

I'm feeling good. No more obsess with my weight, I start counting my calories intake to match my RMR, I manage to jog 3 times a week and have a good night sleep at the end of the day.

Exercising is important. Bila dah lama tak buat exercise, kita rasa liat sangat. Ditambah pulak dengan hujan yg selalu turun di waktu petang. Masa tu mmg rasa patah semangat nak amalkan cara hidup sihat. But then, I paksa diri. Hubby pun dok perli-perli. Ye la, konon nak bersenam tapi asyik mengelat. *yeah hubby, maybe you should talk to the rain!

Bila dah mula, rasa best. Rasa sayang je kalau tiba-tiba hujan turun time nak balik kerja. I bukan rajin nak register masuk gym ke ape. Gym tak dekat dengan rumah. Paling dekat pun kat Leisure Mall. So baik I berjoging kat padang berdekatan nursery Batrisyia je.*J, kalau baca ni dan rasa nak join, jom la

Later, I found out about Feel Good Run.


Feel Good Run ni dianjurkan oleh NTV7 bersempena 13 tahun NTV7 bersiaran. Ianya akan berlangsung pada 3 Julai 2011. Hasil kutipan yuran penyertaan akan disumbangkan kepada Yayasan Jantung Malaysia, National Cancer Society, Malaysian AIDS Foundation, dan The National Autism Society of Malaysia. Sambil berlari, sambil beramal.

Larian ini terbahagi kepada 4 kategori:

Feel Good Run - 7km, umur 13 tahun dan ke atas
Run with Celebrities - 3km, umur 13 tahun dan ke atas
Costume Fun Run - 3km, umur 13 tahun dan ke atas
Kids Run - 700m, umur 12 tahun dan ke bawah

Yuran penyertaan ialah RM 25 bagi 13 tahun dan ke atas. Manakala untuk yang berumur 12 tahun dan ke bawah, yuran penyertaan hanyalah RM10 seorang. Setiap peserta akan mendapat running kit yang mengandungi T-Shirt, botol air, tuala muka, bib dan sponsored items yang lain.

Larian akan bermula dan berakhir di Sri Pentas, Bandar Utama. Route pun sekitar Bandar Utama je.

Rasa mcm best tapi masa mendaftar ialah jam 6.30 pagi. Gulp! Batrisyia pun belum bangun dari tidur kot. Hubby pun cakap dia mcm nak join. So camne tu? Dia kata, biar dia lari bawa Batrisyia. Isk.. mana la boleh camtu kan?

Ada sesapa nak join tak event ni? Maybe kita boleh berlari bersama-sama :)

Untuk keterangan lanjut, layari Feel Good Run di http://apps.ntv7.com.my/feelgoodrun/index.html

6 scribble(s):

chenta said...

bunyi cam best je k.liz . haha . jom join . dah lame tak jog ,mmg pancitlah nampak nye . :)

Liz Rohaizat said...

chenta> jom la. ajak naz sekali. hehe.. pancit pun pancit la. bila lagi nak pancit.

Ely Hasrul said...

aku mmg wajib exercise skang tp xpenah start pon.. ko nye ajakan itu mmg memanggil2 walaupon aku ckp 100m aje kahkahkahkah.. tp agak melampau la plak liz 6.30am.... kalu kt kl xpe.. nih kat sri pentas plak tu.. ga ga ga .. akan di pikirkan..

chenta hatie said...

sy on je kak , mmg minat sy nieh . haha . si naz akk kna tnye sendiri . sy tkot nty kna marah . haha

Syigim said...

me perut pregnant ni blom kempis2 lagi!! :P tapi like u said, bmi kata normal so alhamdulillah. as long as sihat & we feel good about ourselves :)

Liz Rohaizat said...

ely> kalau benda camni, mmg selalunya start pukul 7. tu yg kena daftar pukul 6.30. dulu Jacob's Walk of Life pun camtu gak. merasa pagi2 dah terpacak kat tasik tu. tak kesah la, kalau nak join.. silakan. hehe..

chenta> awak mau ke? tapi kena daftar pukul 6.30 pagi tau. camne awak nak gerak dari rumah?

kak syigim> sometimes, women mmg obsess dgn diri sendiri.. sampai terlebih-lebih. can't help it. tapi saya rasa, as long as ur BMI, blood pressure and cholesterol level ok, tak perlu nak pressure dgn diri sendiri sgt

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.