Tuesday, May 24, 2011

Expanding my small mini garden

Hujung minggu lepas, I lebih banyak buat household work sebab nak bagi keluar peluh. Hujung minggu agak susah nak pergi joging. Jadi perlu buat aktiviti lain seperti main badminton atau mengemas rumah. Mmg hubby jadi raja sekejap hujung minggu lepas. But overall, agak best jugak bila tgk rumah elok terkemas.

Petang Ahad, kami mengerjakan tanah sekangkang kera kat depan rumah. Pokok pandan dah bermaharajalela. Hampir setengah petak tu dia je yg conquer. Daun besar dan lebar pulak tu. Geram je tgk. Kalau I penjual nasi lemak, mmg tak payah pergi beli daun pandan la.

Kitorang pun mulakan operasi mencantas dan membuang semak. Jiran yg suka berkebun tu pun join sama. Actually, I ada bagi dia anak pokok cili api dan capsicum. Anak pokok capsicum ada banyak giler. Ada la dlm 20-25 batang! I tak beli benih. I beli capsicum kat pasar. Pastu ambil biji dia. Terus tabur kat dalam pasu. Pastu siram la tiap-tiap hari. I bajet dia mcm pokok cili jugak.. lambat bercambah. Lepas seminggu, baru bercambah. Aiyoo, berlumba-lumba ia naik.

Tunggu tinggi dalam 3 inci, baru jiran ambil. Senang sebab diorg bawa pasu. Tinggal ambil je. Hehe. Yang lain, bajet nak tunggu besar lagi, pastu baru bagi kat org yg minat nak tanam. Sekali tgk tanah dah clear dari pokok pandan. Terus gembur, buat batas dan tanam anak pokok cili dan capsicum. Ter-over rajin pulak.


Inilah orang yg rajin tolong gemburkan tanah

Anak pokok cili. Ni cili yang pedas tu. Tak tau nama dia

Anak pokok capsicum

I dari dulu, kalau tanam pokok, I mmg tak guna sarung tangan. I sanggup sental tangan dan kuku lepas tu. Takpe. Asalkan bila nak tanam pokok ke dalam pasu atau tanah, I guna tangan. I rasa mcm sentuhan tu adalah sangat penting utk bagi pokok rasa kita sayang kat dia. Muahaha…. Mati lah, perasan sendiri!

Sebab kat area tu ada byk spesis perosak seperti siput dan ayam (ayam suka cakar tanah sebab nak cari cacing gemuk2), kami pagar dengan batu bata dan serkup dengan dawai besi.

Pokok kunyit pun I alihkan ke tanah. Rasanya pasu tak dpt menampung lagi dah sebab ada 2 anak dah naik. Pokok yg tinggal di pasu hanyalah roselle, kucai, thai basil, sweet basil dan rosemary. Herba-herba tu tak tahan panas so letak kat tempat teduh je.

Pokok kunyit

Buah roselle

I baru je cambahkan benih bayam dan lettuce leaf. Lepas ni boleh la tanam dalam pasu yang berlebih dan susun kat kawasan kosong tu.

Nak cantik, boleh buat pagar kayu kat sekeliling tapi kat sini senang je dpt serangan anak-anai. So kirim salam je la nak lawa-lawa. Biar je la camni. Senang nak menjenguk. Harapnya rajin laa nak menjaga kebun kecil ni.

6 scribble(s):

fiza said...

Bestnya dapat bercucuk tanam. Mcm aku susah sket, umah apartment.

Sejuk tangan ko yer liz, tanaman suma tumbuh ☺☺☺

Masalah Gigi Berbunyi/Berlaga @ Bruxism dan Petua Mengatasi nya

Liz Rohaizat said...

fiza> masuk rumah baru nanti, alamatnya aku bercucuk tanam guna pasu. hehe..

Diyana said...

meh tolong diyana berkebun nak?hehe. laman rumah mcm padang jarak..hehe

Liz Rohaizat said...

diyana> hehe... saya main taram je tu. entah hidup ke tak nanti

luna said...

Liz, Sue punya bayam dan tomato hidup segan mati pun segan...ekeke
Nak sambung lepas baby lahir nanti (lama lagi tu...ekeke)

Liz Rohaizat said...

sue> eh, bkn bayam sue dah selamat masuk perut korang anak beranak ke? hehe... tomato hanya kan berbuah seketika, lps tu mati. maka jom la tanam pokok yg tak mati2 (melainkan kita tak siram dia) seperti kuchai dan kunyit

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.