Monday, April 11, 2011

Teka teki teka tekuk!

I nak buat entry tentang sesuatu but hubby doesn't stop bugging me with these 3 questions. FYI, hubby menjadi volunteer dlm konvensyen orang buta pada minggu lepas. Sepatutnya, I pun jadi volunteer tapi sebab ada Batrisyia, agak susah juga la kalau I nak handle 2-2. So ada orang lain gantikan tempat I.

Anyway, konvensyen selama 3 hari tu dipenuhi dengan pelbagai aktiviti dan salah satunya, permainan teka teki. Ada banyak teka teki utk dijawab. Hubby suruh I jawab 3 teka teki nie.

1. Apa yang cepat naik tapi lambat turun?
2. Apa yang bawah berbulu, atas berbulu, tengah berair?
3. Kuih apa yang tak boleh makan tengah-tengah?

Korang tak payah nak fikir bukan-bukan eh. Sebab menurut hubby, ramai yg bagi jawapan 'kotor' padahal jawapannya biasa je.

I mmg sgt lemau bab teka-teki. So kalau sesapa tau jawapannya, boleh tinggalkan di ruangan komen. Hubby bagi I masa 3 hari utk jawab teka-teki tu.

5 scribble(s):

Siti said...

hehe..just try my luck..xtau la betul ke idak

i) minyak
ii) mata
iii) kuih donut

Ely Hasrul said...

aku paling xsuka teka teki sbb xpenah betol menjawabnye, bleh ko sabo 3 hari? kalu aku paksa terus bgtau haha

Liz Rohaizat said...

siti> wah, bagus.

1. mmg saya tak fikir jawapannya.
2. mmg ada rasa juga jawapannya "mata" tapi tak pulak bgtau hubby.
3. kuih donat eh? aah la... tp kuih keria pun boleh gak. hehehe...camne tu?

ely> babe, puas aku paksa. dia taknak ckp. mula2 dia bg satu teka teki je. lps aku paksa, terus dia bg 3. tensen je! aku kata aku taknak jwb. aku kata, aku buat blog post, biar org lain tlg aku. hehehe

Siti said...

hehe..just try my luck..cuba u g jawab kat hubby u..mesti dia terkedu kalau semua jawapan betul..

b4 that, kata kat dia if u bleh jawab nak bagi adiah ape..

pasni sure dia serik nak bagi teka teki ni...

Liz Rohaizat said...

siti> dia dah bgtau awal2. kalau jwapan betul, nak bagi percutian ke rumah sendiri. aci tak? tak best betul. hehe..

i will check the answer with him later

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.