Wednesday, April 20, 2011

Siapa obese...

Cikgu-cikgu dpt kerja baru dah. This time, mereka dikehendaki merekod berat dan tinggi pelajar utk memastikan pelajar kita tidak tergolong dlm golongan obesiti.

Mcm la cikgu-cikgu takde kerja lain, ye tak?

Apabila Kementerian Kesihatan mengeluarkan arahan agar pihak kantin sekolah menjual nasi lemak hanya sekali seminggu kepada pelajar sekolah, ada beberapa pihak yang membantah dan minta Kementerian mengkaji semula akan sekatan itu. Sesetengah pihak berpendapat, nasi merupakan sumber karbohidrat terbaik utk pelajar-pelajar tu.

I tak tau la di mana asas larangan tapi yg I ingat, nasi lemak boleh buat I mengantuk dlm kelas. Bukan I sorang. Tapi rata-rata pelajar mmg akan mengantuk dlm kelas. Kalau ada satu hari tu ramai sgt pelajar mengantuk, cikgu pun boleh agak yg kami breakfast nasi lemak di dewan makan.

Tapi adakah nasi lemak penyumbang kepada obesiti di kalangan pelajar? I don’t think so. Cuma ia akan membuatkan pelajar mengantuk dan susah nak concentrate dlm kelas je kot.

Sebelum I bercerita lagi, apa kata kita check dulu makna underweight, normal weight, oveweight dan obesity.

Secara umumnya, kita akan dikategorikan dalam salah satu berat di atas setelah mengukur BMI kita. Apa itu BMI? Ianya adalah singkatan utk BODY MASS INDEX.Ia mengukur lemak yg terkandung dlm badan berdasarkan ketinggian dan berat badan seseorang. Seperti yg I ckp tadi, BMI boleh dipecahkan kepada 4 kumpulan.

Underweight = BMI kurang dari 18.5
Normal = BMI antara 18.5 ke 24.9
Overweight = BMI dari 25 ke 29.9
Obesity = BMI lebih dari 30 dan ke atas

Cara paling senang untuk mengira BMI ialah:

BMI = (berat dlm kilogram) bahagi (tinggi dalam meter x tinggi dalam meter)
Contoh : untuk ketinggian 162cm dan berat 50kg,

50 bahagi (1.62 x 1.62) = 19.05 = normal

Sometimes, kita rasa orang tu gemuk, orang tu kurus, orang tu normal, orang tu tak.. tapi bila kira BMI, ok je.

Ok, berbalik pada pelajar sekolah nie. I rasa Kementerian patut lebihkan pemantauan makanan berupa jajan dan kurang berkhasiat di dlm sekolah dan di luar pagar sekolah. Cuba ingat balik berita malam tadi. Wartawan tanya kanak-kanak sekolah rendah ni.. diorg mkn apa? Ada yang tak bersarapan sebab nak simpan duit utk beli keropok lepas balik dari sekolah. Ada yg mkn fries dengan mayo sebab sedap (Budak tu sebut sedap buat I rasa nak cari fries time tu jugak!). Ada yang beli nugget je sebab masa rehat pendek sgt.

I tak tau keadaan budak2 sekolah zaman sekarang. I dulu bersekolah di kawasan pendalaman. So murid-murid tak ramai, tak perlu bersesak sgt time rehat. Plus, kebanyakan dari kami bawak bekal sebab diorg budak-budak kampung. Mak mereka dah siapkan bekal siap-siap.

Cuma petang-petang, korang lalu depan sekolah. Ni hanya pengamatan my hubby. Dia pernah bangkitkan benda ni. Katanya, banyak sgt orang jual jajan kat luar tu. Bila budak-budak keluar pagar, ramai yg pergi beli jajan dulu. Maybe duit belanja masih berbaki.

Tak boleh nak halang peniaga sebab mereka mencari rezeki. Cuma tu la, mcm mana nak elak benda2 nie? Susah kan?

20 scribble(s):

Confession of a Coffeeholic Momma said...

banyak aje menu makanan kita malaysian ni yg sihat, tp yg rajin kita makan ni yg kureng sihatnye. kantin bleh jual, mee sup, bubur, nasi kerabu..kan kan kan? yg kuih2 tu jgn le deep fried kan?

kementerian patut invite jamie oliver ni. school menu reform show gitu.. huhuhu...

Liz Rohaizat said...

mama miya> yang kurang sihat tu sedaaappp. ahaks, teringat budak dlm berita semalam. budak-budak, mesti la suka yg deep fried, yg manis. nak suruh dia mkn nasi kerabu? kirim salam la.

teringat Jamie's School Dinner. mcm mana dia transform menu kat sekolah kat sana. dia membuktikan yg makanan berkhasiat pun boleh jadi sedap kalau kena caranya.

Ely Hasrul said...

skang xtau ape menu kt sekolah tp xdek le rasenye terlalu over smpai tak khasiat langsung. pasai jajan diluar sekolah tu mmg no komen, dulu aku blk sekolah pon beli gak haha.. tp dulu most dr kite bwk bekal, patu bebudak nk belanja pon bukan berduit sgt, aku rasa dulu byk sgt budak yg kering cam xcukup mkn haha.. skang no komen bile duit belanja rm1 sehari xcukup

penah tgk jamie nye episode kt US which parent bekalkan anak dgn gummie bears & m&m huk alohh pelik sungguh..

Liz Rohaizat said...

ely> aku pun rasa menu kat sekolah ok je kot. tp ada feedback dari persatuan guru yg mengatakan masa rehat terlalu pendek. so budak2 ni suka beli makanan yg cepat dimakan mcm nugget dgn fries.

aku kat sekolah dulu, mmg beli kat kantin je. menu nasi lemak, nasi goreng, mee, mihun. jajan mmg sekolah tak jual. duit belanje RM1 -RM2 je.

my hubby suruh siapkan bekal utk anak bila dia dah sekolah. aku ckp, tgk la. kalau aku dah x keje, boleh kot. kalau keje, alamatnya aku buat menu simple dan berkhasiat je mcm sandwich ke. hehe..

Diyana said...

sekolah tak de hak nak melarang penjaja di luar skolah..itu yg main problemnye.kecuali skolah report majlis bandaran buat report yang penjaja2 tu takde lesen ke hape..boleh le cmtu.

bab menu kat sekolah, kebiasaannya pihak sekolah mmg ambil berat.tp mcm jugakle dgn masalah dgn penjaja luar tu..sekolah dan cikgu setakat boleh tegur.takde hak nak pecat ke hape pengusaha kantin.semua kene tggu jpn tak pun kpm punye keputusan.

mcm skrg ni,kire bagusla jg..kementerian dah mula nak bertindak..masih belum terlambat kot.

apapun, semuenyer bermula di rumah kan? ;).janganla asal sebut murid aje,terus terbayang cikgu dan sekolah. murid rempit,org jeling cikgu.murid rogol,tgk cikgu.murid samun,org salahkan cikgu.skrg,murid gemuk pun..ade yg tuding cikgu..hehe

sabar ajola.^^

Liz Rohaizat said...

diyana> ye la, mmg sekolah tak boleh ambil tindakan terhadap penjaja sebab dah luar sekolah.

pengusaha kantin ada jual jajan ke? saya tak sure dgn sekolah kat bandar. tapi masa saya sekolah kat pendalaman dulu, rasanya mmg takde jajan.

yups, semuanya bermula dari rumah dan ibu bapa perlu monitor anak tu. sebagai anak cikgu, saya tgk cikgu skrg ni mmg banyak sgt kerja yg patutnya dia tak perlu buat. dah la tu, hari sabtu je, kena pegi sekolah.. eiii.. geram jugak la.

kalau parents ajar anak mkn makanan yg bagus2, insya Allah anak tak selalu beli jajan kot. but still, pengaruh rakan sebaya tu wujud. kalau kwn2 dok beli, dia pun mesti nak beli gak.

susah kan?

MarDiah said...

larang penjualan processed food di kantin. only real food. dulu zaman kita xde pun jual nugget, sosej etc. tu semua isinya sikit, yg lebih, lemak, tepung, perasa etc.

Liz Rohaizat said...

nadia> kanak-kanak zaman skrg byk terdedah dgn processed food. tu yg kantin pun jual sekali sbb ada permintaan. plus, senang nak sediakan. hanya perlu masak awal pagi. dah boleh jual

Ila said...

aku rasa nasi lemak tu bukan masalah nya...jajan tu yg perlu dipantau...dulu time sekolah,memmang ade orang jual jajan kat luar sekolah...lagipun setakat makan nasi lemak sekali sehari,takdenyer nak obese...

Liz Rohaizat said...

Ila> byk faktor yg boleh sumbang kepada obesiti. pemakanan, cara hidup.. so byk perkara yg perlu diubah. jajan tu tak elok tapi still boleh dimakan, cuma perlu kurangkan kuantiti

Anonymous said...

setuju!bukan sebab nasi lemak puncanya klo nk obese..nasi lemak klo bdk2 mkn x pe, ia akan transform jadi energy..yang bahayanya nasi lemak tu bile org dewasa mcm kita ni mkn..bdk2 ni perlu tenaga untuk jlnkan akttiviti seharian..lagipun, banyak mana la yg nasi lemak yg boleh dimakan oleh bdk2 ni..

Liz Rohaizat said...

anonymous> alamak, saya tak approve komen dari anonymous tapi sebab komen awak ada point, saya publish aje.

what's ur name?

WanYgBest said...

nasi lemak tu elok je sbnrnya...lengkap ada sumber kabohidrat, protein (dr telur & ikan bilis), sayur (timun)... bdsrkan pengalaman, nsi lemak di kantin2 x lemak mana, taruk santan ciput jer

budak2 mmg suka mkn jajan, tp klu mknn kantin sedap, diorg kenyang, insyaallah tak carik jajan tu kot..

kerajaan ni suka la wat benda2 baru, tp x wat research dulu...mcm negara luar, bdk2 sblm msuk skolah kena 'medical check-up'...check 1 badan, mata, telinga, berat bdn, asthma etc...

weed said...

kantin skola mmg takleh jual jajan....budak2 beli kat luar pagar...mane2 tmpt pun camtu....beza dulu ngn skarang...dulu2 kite pn beli gak jajan...coki2....chewing gum kaler itam putih etc...cume dulu kantin kite makanan bes2....20sen dah bleh beli mee satu paket full...dulu takde naget segale mcm...paling meriah pun KFC je..haha...

for me sng aje....bg parents yg concern about their kids health....most of them akan prepare bekal....tp aku perati same gak mende yg drang bekalkan ngn ape yg jual kat kantin...nuget..sosej...cume maybe gune minyak baru la kot goreng...

aku blum jd parent...tp will be...benda ni mmg susah n kdg2 x dpt nak elakkan...ye aa...anak2 tgk kawan2 makan tu..makan ni..dia pun nak gak kan...aku berazam..aku akan berusehe provide anak2 aku makanan sehealthy yg boleh...amiiinnnn.....

e-dayu said...

i m agree with what the government do. nasik lemak yg bersantan tu actually one of yg may cause obese. since, the coconut milk also can lead to lebihan kolestrol dlm badan kita. maybe it is just the first step. we have to remmber, obese ni penyebab sgale penyakit so why not pndekatan tu kerajaan buat dri skolah? which is cikgu2 sekarang ni tak adalah sesibuk private company rite. mane ade polisi yg betul2 sempurna sampai tahap jajan and all those things the governement have to think jugak bcause sme industry like macik2 stall tu is our second contributor in our economy. that's my opinion lah.

Liz Rohaizat said...

wan> tu la, terfikir jugak. nasi lemak tu mcm tak la bersantan sgt. cuba mungkin boleh selang selikan dgn makanan lain.

weed> coki2 mmg aku mkn tp chewing gum jarang sgt la sebab mak aku akan tanya aku belanja apa setiap kali blk dari sekolah.

kita boleh usaha kan? bergantung pada keadaan

e-dayu> sebenarnya, ada banyak makanan yg boleh mengundang pada obesiti. yes, nasi lemak mmg salah satu penyebab tapi mcm yg wan ckp, nasi lemak kat sekolah tu tidaklah bersantan sgt. plus, kanak-kanak ni aktif. karbihidrat akan bertukar kepada tenaga semula.

tapi mmg bagus kalau diorg buat seminggu sekali. maybe boleh gantikan dengan nasi goreng dan mihun. skrg pun dah buat list makanan-makanan yg di banned di sekolah. which is good tapi kalau penguasaha kantin taknak ikut, camne?

cikgu2 sekarang tak sesibuk private company? i disagree. maybe diorg ni tak nampak ke hulu ke hilir turun naik bangunan dan buat paper works dan sebagainya tapi tanggungjawab mereka lebih berat dari yang orang luar nampak. tak boleh samakan pekerjaan mereka dengan pekerjaan sektor swasta. maybe that's just me yg nampak mcm mana my mother dan kwn2 dia bekerja sebagai seorang guru.

weed said...

totally agree..ppl nowadays sgt senang menuding jari ke arah cikgu...sume salah cikgu...buat bende baik pon org akan nampak salah gaks...kdg2 aku geram...cube mereka2 yg sgt suke carik kesalahan cekgu ni...satu hari jadik cekgu...oh jgn satu hari...1 period cukup....tp aku rase....1 week la kot...heh...sbb biasenye 1 hari ni budak2 still ok lagik..yela...cekgu baru le katekan...tgk la 1 week...hahahaha...

Liz Rohaizat said...

weed> ahaks, sabar wahai cikgu weed.

aku rasa hanya seorang cikgu, anak cikgu, dan suami cikgu je yg tahu cikgu ni banyak berkorban.

kalau setakat jadi cikgu kat sekolah elit dan sekolah berasrama penuh, mungkin tak nampak susahnya. tapi cikgu luar bandar, pendalaman dan sekolah biasa? di situ ada big challenge yg menanti.

turun naik bangunan dengan handbag, buku rekod, buku teks, buku latihan. kelas yg tiada penghawa dingin. marah budak tapi budak kurang ajar balik dgn cikgu. kegiatan koko sampai ptg. mesyuarat di hujung mingggu. deal dgn ibu bapa yg anggap tugas jaga anak perlu diserahkan pd cikgu. kereta yg kena scratch dgn pelajar nakal. menghadap pengetua yg kdg2 tak faham cikgu pun ada keluarga menanti di rumah.

wow, aku pulak yg rajin menulis. hahaha...

orang kata, guru tu ibarat lilin. membakar diri utk menerangi orang lain. kalau tak sanggup terbakar, jadi la torch light ke.

WanYgBest said...

1. setiap pekejaan tu ada tahap busy & susah masing2..even yg x keje pun busy...busy carik keje..hehehe

2. klu risau tahap obes kanak2, bukan cikgu yg kena dpt extra work, bukan kantin sekolah jd sasaran..didik mak bapak nye dulu.. kalau kat rumah pun dah latih mkn jajan/fast food..kat skolah pun sama la

3. xyahla salahkan nasi lemak je, leh kata pemakanan kita smgu tu x sah klu takde kari, gulai msk lemak, kurma, etc...educate parents, sbb bdk2 ikut ckp parents

p/s: ada parents yg bg anak2 minum air teh, sbb takde duit nak beli susu (alasan je sbnrnya nih).. try la google tgk kesan teh pd pembentukan tulang anak...xyah cite psl obes..ce cite psl child's health...kurus pun x bemakna sihat & kolestrol rendah...

Liz Rohaizat said...

wan>
1. you're absolutely right. aku sendiri pernah kerja part-time masa study. buka mata aku bahawa kerja pangkat biasa atau pangkat tinggi, tetap sama (walaupun angka gaji tu jauh berbeza) kerana setiap pekerjaan ada susah senangnya. kalau takde yg berpangkat rendah nie, tak la kerja orang pangkat tinggi ni jadi senang sikit.

2. it's sad sebab ada sesetengah parents yg tak kesah sgt pun. this is general view. jgn ada yg sentap dgn aku pulak.

3. betul. mmg tak sah sebab tu dah jadi makanan kita dari dulu. cmm rumah aku gak. seminggu sekali mesti mau masak lemak cili api. isk.... camano tu?

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.