Thursday, April 14, 2011

Kulitnya merah isinya putih

I tak pernah kira berapa batang pokok rambutan yg ada kat keliling rumah tapi mmg banyak la. So bila tiba musim rambutan, tak larat nak mkn. Jgn nak kata mkn, tgk buah rambutan yg penuh satu besen pun dah boleh I rasa muak. Tapi kalau tak kait, nanti busuk kat atas pokok. Pastu jatuh ke tanah. Pastu kering. Pastu I jugak yg kena sapu laman tu. Pastu nak kena bakar. Isk, mcm terbanyak kerja pulak tiba-tiba kan?

Jadi, kami semua terpaksa rajinkan diri panjat pokok minggu lepas. Sambil panjat, sambil cantas dahan yg dah merendang. Ok la, yg lelaki sahaja pergi panjat pokok. Yang perempuan, tolong asingkan buah-buah ke dalam besen. Yang kecil mcm Batrisyia, tukang makan sambil monitor org buat kerja.


Setengah pokok je dah boleh dapat berbesen-besen. Kalau kira la, sorang abg tu bwk balik 5 plastik besar (plastik Giant), makcik bawak balik 3 besen besar, jiran bawak balik satu besen besar, kitorang bawak balik 3 plastik besar. Banyak kan? Tu baru kait satu pokok. Sila bayangkan betapa sibuknya kitorang tiap-tiap hujung minggu sejak rambutan dah berbuah nie. Dah la tuan tanah tu suka sgt suruh org kaitkan, pastu dia bagi setiap rumah 3-4 plastik. Tak jenuh ko nak mkn?


Jadi, kami export ke rumah-rumah lain dan office. Merasa la orang South Africa mkn rambutan yg dikatakan mcm buah laici. Ada juga la pergi sedekah ke sekolah tahfiz yg berdekatan. Elok la bagi orang daripada busuk begitu saja.

Hujung minggu ni nak kaitkan lagi. Diorg target nak kait habis sebab rasanya, mau buah-buah tu busuk kalau tunggu lagi 2 minggu. So kalau ada sesapa nak free rambutan, jom dtg rumah. Korang tinggal bawa plastik/besen sendiri je. Tapi kena kait sama-sama la. Jgn segan-segan. Dah ramai kwn-kwn kami (termasuk jiran) yg dtg mengait rambutan kat sini. Tak perlu bayar pun. Cuma makcik dah pesan awal-awal, ambil buat mkn. Bukan buat berniaga. Dia tak suka orang ambil untung mcm tu sebab dia bg free.

Last week, I buat sikit jem rambutan. Dpt sikit je la sbb rambutannya pun sikit. Ni kira eksperimen. So menjadi pulak. Terus terasa nak buat banyak sikit. Tak larat nak mkn rambutan berplastik-plastik. Harus la buat sesuatu utk bagi habis, kan? Ada sesapa nak jem rambutan?

12 scribble(s):

Ely Hasrul said...

ha?!! bila nk pg kait? dimana? aku nakkkk joinnnnn!!!!

Liz Rohaizat said...

ely> kait kat depan rumah aku kat hulu langat la :p

zurainah said...

akk..sedapnye rambutan...kirimla cni ckit...heee..

Liz Rohaizat said...

zurainah> wah, camne nak kirim tu?? heheh... isk, sedap la kot tp sbb dah nampak dpn mata, rasanya baru mkn 3 ulas je kot

Ely Hasrul said...

ko xpenah cite pon umah kt hulu langat ade rambutan (apehal la aku xtpk.. mmg la sana byk rambutan ciss..) wehh aku dgn tak segan silu nye nak joinn bile? bile? biler??? hahhahahaha

Liz Rohaizat said...

ely> eh, rasanya masa thn lps, ada je aku announce free rambutans kat blog nie. heheh..

x sure lagi nak kait hari apa sebab kena tunggu mood semua jiran. probably ahad kot. phone no ko masih sama kan? kalau jadi nanti, aku sms.

xyah nak segan2. dah ramai kwn2 jiran kitorang yg dtg. makcik tu pun dah x kesah sbb rambutan mmg byk giler!!!

Ely Hasrul said...

okekkk berkobar2 aku hahha.. no aku sama aje.. kalu jadik ko sms ek.. aku mmg tanpa segan dah nih hahhaha

I-sya said...

liz.. meh kirim kat kita sket. kita tunggu awak kat tepi jalan boleh?

xnk jem.. nk buah yg ranum tuh. x tahan tgk merahnyerrrrr...makngah wei....

Ila said...

faiz kalau nampak rambutan ni.mau tak bali kni...hehehe

Liz Rohaizat said...

ely> ni kalau jadi kait, aku roger. kalau takde sms tu, maknanya semua malas nak panjat pokok.

I-sya> ala, awak duduk langat kan? takkan tunggu kat tepi jln je. meh la sama2 memeriahkan suasana. hehehe... wah, org pregnant ni, semua nampak mcm tak tahan kan? :p

Ila> batrisyia pulak, taknak masuk rumah. setiap kali balik ptg tu, mesti nak kena pegi petik sikit utk dia. dah mcm drive-thru rambutan dah

nieda said...

i memang peminat no 1 rambutan..boleh katakan hantu rambutan, pantang jumpa..huhu tgk merah ranum terliur tau..durian je x pandang, kami suami isteri mmg tak makan durian.

Liz Rohaizat said...

nieda> wah, terbalik pulak.saya tak minat sgt dgn rambutan.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.