Thursday, April 28, 2011

360 degrees with Corkscrew

"We found love... So don't hide it... Life is a rollercoaster, just gotta ride it"

I masih ingat masa kali pertama I ke Genting Highland dengan my family. It was long time ago. Sekolah rendah darjah berapa entah. Masa tu kami baru empat beradik dan yg bongsu (pada masa tu) entah berapa umurnya. Tak sure. Kami bawa bekal nasi lauk ayam masak kicap (wah, mesti mama terkejut giler sebab anak dia ingat dia siapkan lauk apa). Tapi kenapa dulu-dulu boleh bawak bekal? Heran... heran...

Masa tu tak byk permainan pun. Tapi ada satu benda yg I teringin sangat nak main time tu.

It's Cyclone. Masa tu I tak tau apekah bendanya tu. Cuma nampak kenderaan 4 kerusi turun naik. Nampak mcm best. Pastu mcm tepi gaung. I ajak papa naik. Dia taknak. Dia kata, kalau nak.. naik sendiri. Wah, maybe tu cara nak pujuk anak.

Padahal boleh je ckp kot, "Tu org besar je boleh naik". Gerenti I terima alasan tu bulat-bulat mcm masa Batrisyia sibuk nak naik benda yg lebih kurang sama mcm I nak naik berpuluh thn lepas.

Masa second time ke Genting, I tak berkesempatan naik. Masa tu pergi saja-saja ambil angin. Plus, masa tu dpt boyfriend yg gerun nak cuba benda-benda tu. Ish... Ish... Ish... ada ke patut perempuan lagi berani dari lelaki.. :p

Bila kami pergi short trip baru-baru nie, agak amazed jugak sebab dah byk sgt rides kat atas tu. Batrisyia was jumping excitedly!!! Yang kelakarnya, bila dia nak cuba permainan, dia minta duit syiling dari kitorang. Bajet kena bayar. Bila dpt naik "free", punya la seronok dia .Yolah nak, abi ko dah bayar kat pintu masuk tadi.

An hour later, I saw this!

I dah tak ckp banyak. Terus serahkan beg dan camera kat hubby. Menonong I pergi. Kalau dia taknak naik, takpe. I nak naik. Berpuluh tahun I tunggu saat nie. I must ride a roller coaster before I turn 30! Bunyi mcm over kan? Tapi tu la angan-angan sejak I nampak Cyclone. I tak mcm orang lain. I jarang sgt dpt naik ke Genting.

Ingat nak duduk kat left seat agar senang bergambar. Sekali abang yg jaga tu suruh I duduk belah kanan sebab ada kosong. Cis!

Can you spot me?

Betul la orang cakap. Sekali naik, rasa tak puas! Nyesal tak naik berkali-kali. Perasaan dia unik sgt. Tapi I boleh describe camni je la :

Ko rasa mcm dah safety abes la kan. Dgn diorg biasa buat monthly maintenance la. Dgn dah siap locking system utk tempat duduk la. Kira mcm bajet ok je la kot naik. Lepas tu, mula la slow-slow naik ke puncak. Mcm ok je nie. Takde apa yg nak ditakutkan. Then, mula menjunam turun. Ko still mampu buka mata. Tapi ada la dlm 7 saat je kot. Lepas tu mata terus tertutup sebab rasa bola mata nak terkeluar dari soket mata. Terasa badan nak tercampak keluar dari tempat duduk. Mcm ko dah pegang abes tapi still mcm ia akan terbuka dan ko akan tercampak. Bila sampai putaran 360 darjah sebanyak 2 kali tu, rasa mcm dah kena heart attack tapi luckily, masih hidup! Bila partner sebelah dok ucap, "Ya Allah.. tercabut jantung aku! Oh My God.. Oh My God", ko rasa nak gelak tapi tak mampu sebab roller coaster masih laju dan berharap sgt agar cepat la ia berhenti. Dah rasa nak terpengsan di situ.

Wah, terpanjang pulak!

Yang peliknya, bila masing-masing dah bangun dari tempat duduk, boleh gelak-gelak. Wah, tadi dah rasa mcm di hujung nyawa sgt kan?

Serious, yg lemah jantung dan darah tinggi mmg confirm tak boleh naik. Even dlm website pun awal-awal dah tulis NOT FOR THE FAINT-HEARTED.

Tapi bila boyfriend dah dpt status husband, kamu wajib ikut daku hingga ke puncak roller coaster walaupun kita tak naik sama-sama. I tak peduli!


Ni gambar dia semasa baru nak naik ke puncak. Pilih nak duduk kat tail pulak tu. Tak beragak la kan? Mcm rileks je. Muahaha. You should see his photo masa tgh riding that rollercoaster. Hilang terus muka confident dia. Nasib baik kita tak cuci. Kalau tak, gerenti I letak kat sini :p

Sape lagi nak share tentang pengalaman naik roller coaster?

6 scribble(s):

Ila said...

ila suka..suka sgt..dulu masa bujang naik genting,memang naik berkali-kali...hahaha..tp skrg hubby ku gayatlah...hari tu pergi,terlepas peluang sebab orang ramai ..jadi takpelah,kasi Faiz main puas2 maianan bebudak...huhuhu..bilalah dapat naik lagi...

Liz Rohaizat said...

Ila> rajinnya naik genting. kitorang mmg tak rajin. hahaha... tp mmg best la kan?

nieda said...

bab naik roller coaster i berani..my hubby memang penakut nak mamp_s. Nasib baik dapat juga naik dgn my family. DIa cakap mati hidup semula pun takkan naik. Penah naik dgn hubby tak pasti nama dia apa, siap jerit ALLAH.. mati ALLAH MATI. Semua org pandang dan gelak2..malu i, padahal tak adventure mcm roller coaster pun.

Liz Rohaizat said...

nieda> haha.. usually perempuan kecil molek mmg berani buta benda2 camtu kan? hehe.. I dpt bayangkan ur hubby's reaction.

lelaki yg duduk sebelah saya tu berbadan besar tapi mmg nak gelak dia dok ckp camtu.

Anonymous said...

jet lee : bestnyer rasa nk naik lagi,mmm ble nk pegi lg yer,ooo bln 12.

Liz Rohaizat said...

jet lee: nanti jgn tak naik!!! ada yg kena heret nanti

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.