Tuesday, March 15, 2011

Tiba-tiba, banyak pulak BPA free bottle.. ajaib!

Tadi I ke Jusco nak beli puting susu. Ramai orang.. mak-mak la. Ingatkan ada sale ape la. Rupanya masing-masing nak cari BPA free bottle. Serious! Ada sorang akak tu, I tgk dia beli sampai 9 botol. Ramai kot anak dia.

I terdengar sorang chinese lady bercakap dgn saleswoman. Katanya... kalau betul bahaya, kementerian patutnya terus haramkan. Dia cakap, dia tak bodoh. Dah tau tak elok, dia akan tukar skrg jugak. Tak perlu tunggu 1 March 2012. Sorang akak tu pulak ckp dgn I (walaupun I tak tanya pun). Dia kata dia pernah dgr psl risiko BPA. Tapi dia tak ambil peduli sebab takde kenyataan apa2. Cuma bila kementerian dah beritahu, baru dia percaya. Akak ni la yg beli sampai 9 botol.

Yg saleswoman lagi la... makcik la. Dia cakap, dia pelik kenapa tiba-tiba ramai org cari botol BPA free hari nie. Bila akak yg beli 9 botol ni beritahu dia, barulah dia tau.

I was amazed on the spot! Kalau 2 tahun lepas, I kena perli di forum sebab sibuk nak cari BPA free bottle. Malah, tak ramai yg tahu apa itu BPA free. Sekarang nie? Hanya perlukan satu kenyataan dari kementerian kesihatan, ibu-ibu terus zassss pergi beli BPA free bottle. *Thumb up to all of you*

Yang buat I heran ialah tiba-tiba ada banyak pulak BPA free bottle dari brand-brand yg kita biasa dgr. Sebelum ni, brand yg mahal je yg byk keluarkan BPA free bottle. Korang cuba check kat hypermarket. Dah banyak secara tiba-tiba. Ni yg I pelik nie. Harga pun dah turun sikit. Takpe la. Elok la. Orang boleh bertukar kepada botol tu. Grab this chance. Tak perlu tunggu sampai 1 March 2012 kan?

12 scribble(s):

Erin-mummy Marsya Qistina + Marissa Qaisara said...

hi, yelah..hari ni my office mate pun keluar nak pegi beli botol BPA free @ Sogo...

Faizah said...

yg peliknya kenapala tunggu sampi thn depan,

pelik ke tak pelik

nieda said...

selalu juga survey botol BPA free, sekarang kiko, anakku pun dah ada BPA free. Semalam lama juga discuss dgn husband pasal isu ni, dia cakap jgn terkejut nanti ada org klon dan tulis je BPA free walaupun nan hado. Cuma i ckp kita poleh tau melalui warna botol susu tu.

Liz Rohaizat said...

erin> hehe, rasanya mmg ramai beli botol baru hari nie.

faizah> takpe la. yg penting, kita dah lama tukar.. ye tak? kita pandai2 sendiri haramkan

nieda> yerp. kita boleh detect dari warna botol. kalau takut kena klon, beli dari jenama yg dipercayai la kot

MarDiah said...

takleh percaya gak bila dah banyak sgt tetiber keluar. kena pandai tengok. mcm kiter yg dha biasa dgn bpa free [roduk nie oklah. yang tak pernah tgk dan guna tu pakai bedal jek bila tgk bpa free bahaya. kalau nak menipu, mcm2 blh jadi.

Ely Hasrul said...

dulu mencanak la nk cr bpa free.. hehe

Liz Rohaizat said...

nadia> betul. kita dah biasa tgk. org yg tak biasa susah sikit la. tadi ada sorang akak tersalah ambil. aku betulkan. kena cam betul2

Liz Rohaizat said...

ely> ahaks, dulu aku beli kat online shop je sebab susah sgt nak cari kat hypermarket. kalau ada pun, mahal beb.

fiza said...

Yer lah liz, dulu nak cari botol BPA free ni sumanya mahal², skang ni dah ada mcm² brand & murah² plak tu.

Liz Rohaizat said...

fiza> mcm aku belajar kat sekolah dulu. harga pasaran akan bergantung pd permintaan. bila byk permintaan, harga akan berkurangan sebab diorg nak bersaing sesama sendiri. bila kurang permintaan, harga boleh demand.

bumble_bee said...

Memang bagus kementerian ban botol yg ada BPA tu. Kementerian bagi sampai tahun depan supaya kilang2 buat botol susu boleh ganti mesin2 dan cari bahan2 untuk produce BPA free bottles.

Tapi since Liz kata kat kedai sekarang dah banyak BPA free bottles, maybe sebelum ni kilang2 ni saje je tak nak produce BPA free bottles sebab mahal dari segi kos. Nak tunggu kementerian ban baru nak keluarkan banyak2.

Liz Rohaizat said...

kak anisa> my hubby punya teori pulak, camni. kerajaan dah duduk semeja dengan pengusaha. tu yg tiba2 ada banyak je brand yg kita biasa dgr, dah ada BPA free bottle. kiranya diorg mcm tau2 je kementerian nak keluarkan kenyataan tu.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.