Friday, March 04, 2011

Tak perlu bercuti mahal-mahal

Ya ampuunnnnn!

Dah ada org tegur I, maka wajib la I buat entry ni agar pihak lain tak berkecil hati.

Ni edisi bulan 2. Skrg dah bulan 3. Ni edisi sebelum pergi bercuti ke Sabah. Entry Sabah cepat je I update. Patut la ada org tegur :p

Ok la, demi tak hampakan keluarga yg jauh di mata tu, I buat entry nie. Seperti biasa, tak semua gambar. Nak semua, tunggu I balik minggu depan. You all boleh ‘sedut’.

Cerita bulan 2. Papa punya idea nak bawa semua org jalan-jalan sebab dia tak senang duduk sebab cuti panjang. Dah la plan last minute, peak season pulak. Tentulah hotel semua mahal. Last-last, I ajak pegi picnic kat PD je la. Ekekeke… ape ingat koman sgt ke PD tu. Tempat kitorang pegi picnic time kecik2 tu!

Pastu ingat nak stay kat bungalow la. Semua penuh yer. Even penjaga bungalow2 kat sana yg bernama Raja pun gelakkan kitorang sebab sehari sblm pegi, baru nak tepon dia. Lantak la.

So gambled aje ke sana.

Oh, sblm tu… sehari sblm tu kot, I dipertanggungjawabkan beli ayam utk dibakar. At first, mama nak perap tp dah xde org kat rumah tu. Takkan mama nak buat kerja sorang2 kot. So I ckp, beli je la. Takyah pening. So beli aje kat Jusco. Nyum nyum.

I dah ckp dgn semua org, bgn awal tapi ada gak yg lewat. Kaum perempuan semuanya dah bgn sblm subuh sebab nak sediakan bekal ke sana. Iskk… Sudahnya lambat sampai PD. Nak dekat pukul 10 baru sampai. Banyak tempat dah penuh. Mau nak setengah jam cari tempat. I dah hangin dan panas dlm kereta.

Nasib baik last2 jumpa port ok la kot. Nak pegi batu 4 tp sebab ada kumpulan yg kami kenal ada kat sana, kami lariiiiii. Kami lari sebab sepatutnya kami kena join kumpulan tu tp ngelat.

Tp port tu airnya gelap sikit. Gelap bkn sebab kotor tapi sebab pasir. So kurang best nak mandi. Kami main air je. Tu pun ada la sejam je kot. Lepas tu, semua org naik dan mkn sampai kenyang sambil buat plan utk ke Ulu Bendul keesokan harinya.

Perut mcm nak meletup sebab kekenyangan. Banyak eh makanan. Sebab ahli dah ramai so bajet semuanya kelaparan. Kami bawa ayam, ikan dan sosej utk dipanggang. Lepas tu ada la masak nasi putih, nasi goreng, sayur goreng dan kuah asam. Tapi ok jugak la sebab beli ayam dan sosej byk sikit. Sebab boleh bawa ke Ulu Bendul pulak.

So layan gambar. Tak letak banyak dan hanya letak kat kat PD saje. Yang lain, korang tgk kat rumah minggu depan.


Khemah letak kat bahagian bawah utk kanak-kanak.
Atas tempat bersantai dan makan-makan.


2 orang ni yg diberi pas kebenaran utk bermain pasir sepuas hati.


Tunggu bara siap.
Kecik bebenor tempat barbeque nye. Ahaks.



Perghhh... orang kata gambar candid. Padahal, mmg sengaja sorang pandang
kiri, sorang pandang kanan.


2 orang pengipas tegar


Ayam dan cencaru in action


Pura-pura pandang ke arah lain :p


Kemudian, 2 org lagi.. pun sama berpura-pura

Hoh, yang paling depan tu main tipu!
Banyak gambar tak jadi sebab dia block muka orang lain.


4 scribble(s):

MarDiah said...

aku nyer experience dengan bajet vacation nie masa pi camping 2d1n kat area desaru. exact location aku tak ingat dah. Tapi tempat tu best sebab dengan rm10 sorang kita leh setting khemah(bawa sendiri), bbq grill,karaoke, surau dan toilet disediakan. makan kite org pakat order kat kantin ofis mihun goreng, nasi goreng dengan kuih sejenis. ayam siap perap overnight. fun gak laa.. yang buat aku rasa best giler malam tu aku rasa tido paling lena sbb takde nak pikir apa nak kena buat esok pagi... bangun pagi kuar dari khemah tengok matahari dah segalah kat depan pintu khemah.

Liz Rohaizat said...

nadia> tu la, benda yg simple dan murah pun boleh buat kita happy kalau kena caranya

WanYgBest said...

tempat tak penting...yg penting seronok & quality time with the love ones!!!!

Liz Rohaizat said...

wan> betul tu.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.