Thursday, March 24, 2011

PPSMI

Akhir-akhir ni, I perasan ada golongan tertentu yg minta Kementerian Pelajaran menarik balik keputusan utk menghentikan PPSMI. Ramai ibu bapa dan golongan terpelajar berasakan penggunaan Bahasa Inggeris dlm pembelajaran Matematik dan Sains sangatlah bagus dlm membentuk generasi masa hadapan yg lebih maju.

Kenapa yer benda ni dihentikan? Lupa la. Tapi kalau tak silap, ia kerana bantahan dari ibu bapa apabila si anak kurang memberi tumpuan terhadap apa yg dia belajar kerana dia tak berapa faham bila cikgu berbahasa Inggeris.

Ada juga golongan tertentu yg memberi alasan penggunaan Bahasa Inggeris bakal merendahkan martabat Bahasa Melayu.

Bukan nak kata penggunaan Bahasa Melayu itu tidak bagus tetapi kita harus akur bahawa Bahasa Inggeris merupakan antara bahasa pengantara yg digunakan di seluruh dunia.

Paling kurang pun, kita nak minta kerja.. interview pun berjalan dalam Bahasa Inggeris walaupun syarikat itu syarikat Melayu. I pernah menghadiri satu interview di sebuah syarikat kepunyaan Melayu. 100% in english. Malah, siap ada test. I kena draft one simple proposal in English!! Malah, awal-awal lagi HR tu dah beritahu yg kat situ, tidak gunakan Bahasa Melayu. I dpt tawaran kerja tu tapi I tolak.

Sebenarnya, PPSMI ini bagus jika kena caranya. Perubahan tidak boleh dilakukan secara mendadak dan hasil positif tidak akan mampu dilihat sekelip mata. Percayalah. Proses perubahan itu perlu agar kejayaan dapat dikecapi.

Kalau anak pandai berbahasa Inggeris, tidak bermakna dia lupakan Bahasa Melayu. Betul tak? (Eventhough ada jugak la sesekali I tak ingat apa translation sesuatu English word.. nasib baik ada Google Translate.. wehehehe)

Teringat masa Alpha Level kat MMU. Terkial-kial nak belajar semua benda dlm Bahasa Inggeris terutamanya semua Math subjects. Camne la boleh survive… hahahaha… Kalau masa exam, ok la jugak sebab kita boleh baca soalan tu. Kalau time lecture atau tutorial, gigih ok salin nota! Tapi lama-lama, kita dah jadi terbiasa dgn semua tu.

For me, PPSMI is good. Cuma mungkin beberapa perkara penting perlu dilaksanakan agar PPSMI berjaya. Kementerian perlu cuba dptkan feedback dari guru dan pelajar kerana dlm hal nie, mereka golongan utama yg terlibat dalam memastikan PPSMI menjadi satu program yang boleh dibanggakan.

6 scribble(s):

WanYgBest said...

itu la kerajaan, bila buat dasar, tak tunggu hasil, dah sibuk nak tuka dasar baru...benda2 mcm ni bukan boleh nmpk dlm ms setahun dua...

kalau nak martabatkan bahasa melayu, mata pelajaran lain ada byk lagi...kita bukan blaja 2 subjek tu jer...

sejujurnya, aku tak rasa math tu perlu belajar dlm english...sbb math mcm ada 'bahasa' dia sendiri...tp sains tu mmg perlula..

aku ekynn said...

i sokong sepenuhnya PPSMI. pls.. jgnlah mansuhkan. i akan berusaha utk anak i belajar english in advance!

Liz Rohaizat said...

wan> kementerian kena push dgn parents yg rasa benda tu tak penting. plus, diorg dah buat kajian masak2. so last2, tak jadi teruskan PPSMI. ok rasa mcm ok je sebab budak start dari awal. so dia ada masa nak conquer english tu. parents pun kena usaha bagi anak pandai english.

ekynn> betul, kalau teruskan.. kita as a parents usahakan agar anak pandai

Diyana said...

diyana salah seorang guru yg sangat membantah pemansuhan ppsmi:(

rasa terkilan sangat memandangkan anak2 murid dah dapat sesuaikan diri dgn Bi dalam matematik/sains.

memang sangat memudahkan anak2 murid utk membuat rujukan sbb kbykn buku rujukan dan source intenet adalah dalam bahasa inggeris

tp apapun,bila politik masuk campur ..ginilah jadiknya..

kami semua di sekolah terumbang ambing. kejap sistem baru,kejap kene mansuh..

ni dok pening,sebab ppsmi mansuh..mai pulak kssr..

tunggula..tukar tampuk pemerintahan, tukar lagila sistem pendidikan negara...bengong btul semua orang politik ni.

fyi, ppsmi akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2016. means murid2 tahun 2 sekarang adalah pelajar terakhir produk PPsmi. budak tahun 1 tahun ini,adalah produk pertama KSSR.

Diyana said...

nak tambah sket lg..

actually yg banyak bising suruh mansuh ppsmi ni..semua2 'cendekiawan' la..yg asyik2 bising psl memartabatkan bahasa melayu tu..hmm. sedangkan dalam perbincangan meja bulat di kementerian dulu, wakil komuniti parents bantah sekeras2nya. parents yg agak berpelajaran memang membantah. cuma adela yg minoriti yg jns tak amik kisah sgt tu..yg suka provokasi ni, yg bantah ppsmi ni.

Liz Rohaizat said...

diyana> wah, kssr tu apa pulak? nak kena tanya mak saya mlm nie. x penah pulak dgr dia sebut. utk sekolah rendah je ke?

yg bising ialah cendekiawan yg 'cintakan' bahasa melayu. hmmm, saya yg belajar semua subject dlm English selama bertahun-tahun ni, still fasih berbahasa melayu. rileks je

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.