Tuesday, March 15, 2011

Pengharaman botol susu yang mengandungi BPA berkuatkuasa 1 Mac 2012

At last, Kementerian Kesihatan mengambil tindakan utk mengharamkan penjualan polycarbonate milk bottle yg mengandungi Bisphenol A atau lebih dikenali sebagai BPA. Pengharamannya akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2012 bagi memberi peluang kepada pihak terlibat utk menukar mesin dan material dlm pembuatan botol susu.

Pengharaman ini diambil berikutan risiko BPA terhadap bayi dan kanak-kanak. Setakat ni, belum ada bukti yg menunjukkan BPA tidak membahayakan golongan berisiko tinggi ini. BPA dikatakan boleh menjejaskan hormon dan fungsi organ dalam tubuh bayi dan kanak-kanak.

Malaysia bukan negara pertama yg mengharamkan penjualan botol susu yg mengandungi BPA. Utk pengetahuan, WHO sendiri telah menyarankan pengharaman ini. Negara-negara lain yg telah mengharamkan chemical dlm botol susu termasuklah Germany, France, Denmark, Canada, Australia, New Zealand dan New York.

Mesti ada yang tertanya-tanya… mengapakah pengusaha menggunakan BPA, jika wujud material lain yg boleh diguna? BPA digunakan dlm polycarbonate utk menjadikan botol susu itu lebih translucent atau jernih warnanya dan lebih keras berbanding botol tanpa BPA yang kurang cantik.

I still remember masa Batrisyia belum lahir. I tau tentang bahaya BPA ini. Jadi, I beli botol yg tidak mengandungi BPA. Plus, masa tu bf Batrisyia. So botol semuanya beli brand MLO yg kebetulan, tiada BPA. Botol dengan BPA adalah sgt tak bagus utk memanaskan susu badan kerana kita akan selalu panaskan botol tu. BPA akan terbebas ke susu. Tapi sebenarnya, BPA juga boleh terbebas jika kita menggunakan susu formula.

BPA bukan hanya terkandung dlm botol susu tapi dlm banyak barang plastik yg lain. Cuma apabila ia digunakan dlm pembuatan botol susu utk bayi dan kanak-kanak, golongan ini lebih berisiko tinggi untuk terdedah dlm pembebasan BPA, seterusnya akan mempunyai masalah dlm kesihatan. Masalah tu bukan atas terus nampak tetapi ia akan berlaku di kemudian hari.

Rasanya salah seorang blogger pun pernah timbulkan isu ni. Dia nak beli botol BPA free tapi mak dia menyangkal dengan mengatakan bahawa semua anak-anak dia pakai botol yg ada BPA sejak kecil. Hidup je sampai sekarang. Hmm.. susah jugak kalau dah timbulkan evidence yg mcm tu.

Tapi kalau kita dah tau ianya membawa keburukan, apa salahnya kalau kita bertukar kepada botol yg lebih selamat, betul tak?

Skrg tak payah pening-pening. Sebab kementerian nak ban botol yg ada BPA, semua org tiada pilihan lain.




Harga utk BPA free bottle tidaklah terlalu mahal. Contohnya botol di atas, keluaran MAM. Botol 270ml ini hanya berharga RM 25.00

Hmm, rasanya dah ramai kot yg pakai BPA free bottle. Cuma kementerian baru nak haramkan penjualannya. Bagus la.

4 scribble(s):

CHeeSYaNa said...

Now orang boleh paham kenapa kita invest on botol yg mahal skit dari biasa.. :)

Liz Rohaizat said...

yana> betul tu. hikhik. dulu, bila kita beritahu, org tak ambil peduli. once dah haramkan, org terus senyap

Dd said...

it's about time already.

Liz Rohaizat said...

dd> yes, it is.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.