Thursday, March 17, 2011

Miracle

Selak The Star semalam, terasa sedih melihat wajah suram Duta Jepun ke Malaysia. Beliau mengalirkan air mata mengenangkan nasib rakyat Jepun ketika ini. Kelihatan seperti ujian bertimpa-timpa ke atas mereka. Bermula dengan gempa bumi, tsunami, reaktor nuklear yg meletup dan juga gunung berapi yg kembali aktif.

I hanya mampu melihat dari sini. Hanya mampu membaca berita di suratkhabar dan menonton berita di televisyen. Hanya mampu berasa kecewa apabila melihat TV3 sudah sibuk mengupas isu ‘kejatuhan ekonomi Malaysia akibat tsunami di Jepun’ di hari kedua Jepun menghadapi bencana. Hanya mampu marah tatkala melihat kartun Zoy di Berita Harian. Hanya mampu berasa pelik mendengar komen dari First Lady of Malaysia.

Hati meronta nak mengupas akan kurangnya sensitiviti sesetengah pihak tapi I rasa itu tidak perlu kerana telah ramai yg menceritakan tentang hal ini.

I nak share tentang bayi yg berumur 4 bulan ni.


Comel kan? Tatkala tentera Jepun sibuk mencari mangsa yg masih hidup, mereka terdengar tangisan bayi. Dengan berhati-hati, mereka mengalihkan sisa runtuhan dan disebaliknya, seorang bayi berusia 4 bulan ditemui selamat. Ibu bapanya yg bersedih kerana menyangka si anak telah mati dihanyutkan tsunami mengalirkan air mata apabila ditemukan dengan si anak kembali.

Bayangkan bayi berusia 4 bulan yg tak boleh buat apa-apa, dihanyutkan dari dakapan si ayah ketika cuba menyelamatkan diri dari tsunami... akhirnya selamat.

Bagaimana bayi tu terselamat daripada 'ditelan' tsunami, hanya Allah yg mengetahui.

Semoga penduduk Jepun tabah menghadapi bencana ini.

3 scribble(s):

fiza said...

Memang miracle. Dekat sminggu dah tsunami nih, tapi baby nih masih hidup lagi, kuasa allah mengatasi segalanya kan.

syida said...

sapa first lady of Msia Liz?

Liz Rohaizat said...

fiza> ye la. baby yg sgt helpless itu telah ditolong oleh Allah.

syida> according to Kementerian Dalam Negeri, first lady merujuk kepada isteri Perdana Menteri.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.