Monday, March 28, 2011

Kalau Tuhan itu betul-betul baik, kenapa buat neraka?

Dalam pada mencari artikel berkenaan aurat wanita, I terjumpa satu kisah yg I rasa wajar dikongsi dengan semua pembaca. Mari kita baca sama-sama agar dpt mengambil iktibar.

Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam’, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam. Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di sebuah pasaraya telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda.

Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat ;

“Lepas ini diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan. Peraturan ni bukan semata-mata peraturan Majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga. Kalau derhaka tidak mematuhi perintahNya, takut nanti tidak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tidak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka.”

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak ;

“Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tidak sediakan syurga sahaja? Macam itu ke Tuhan Maha Penyayang?”

Mungkin dari tadi dia sudah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz. Sudah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.

Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: “Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam. Hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik?”

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:

“Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga. Maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga. Selepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak. Tak ada siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’.Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?” Tanya ustaz.

“Mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas macam tu je.” Rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: “Bila Tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?” Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:

“Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji di atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan hak kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah, semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian"

3 hari lepas, I berbual dgn hubby. Dia sedikit gusar kalau-kalau Batrisyia tidak bertudung apabila dewasa. Katanya, biar Batrisyia diajar dari kecil. Masukkan Batrisyia ke sekolah agama.
Tapi kalau tanya pendapat I pulak, bersekolah agama tidak menjamin si anak tu akan bertudung apabila dewasa kelak. Ada je yg bersekolah agama tapi lepas habis sekolah, tudung terlucut dari kepala. Maaf kalau ada yg terasa sebab kawan-kawan pun ada yg mcm tu. Tapi itu tidak bermakna kawan-kawan I takkan berubah satu hari nanti. Hidayah itu akan datang kepada sesiapa sahaja.

Kita boleh ajar anak dari kecil atau mungkin menjadi contoh terbaik utknya. Bila anak tgk kita bertudung, insya Allah dia pun mahu bertudung.

Kenapa tiba-tiba kami bincang topik yg serious? Sebab kanak-kanak di bawah!

No photo, please.. I'm driving!

Sekarang, kalau nak keluar berjalan.. dia nak pakai tudung. Bukan tudung utk kanak-kanak tapi tudung umi dia. Lepas tu, dia nak pilih sendiri nak pakai tudung yg mana satu. Terpaksa I guna 2 biji brooch utk bagi tudung tu ngam2 dgn dia.



Huh, fail nie! Nampak jambul.

9 scribble(s):

~ As ~ said...

tulah, takut betul..sedangkan kawan aku sendiri pun parents tak tau yg dorang tak pakai tudung klau keluar...

Liz Rohaizat said...

As> cuba fikir. berapa ramai ibu bapa yg sanggup rotan anak mereka (yg dah dewasa) yang tidak bertudung? bila anak kecil, kita rotan. bila besar, kita dah tak rotan sebab kita anggap anak tu boleh berfikir sendiri. padahal, dosa anak akan tetap ditanggung selagi anak tu belum berkahwin. aku sendiri xtau apa akan jadi kat anak aku nanti. risau juga

ska said...

ahahhahah gambar yg 2nd comel gila batrisyia! hahaha

Liz Rohaizat said...

ska> atas tunjuk ajar penasihat tak bertauliah aka abi dia. hilang mata terus

maisy said...

aku quite agree with Ur hubbyla..kalo ade kesempatan..masukkan ke sek agama..at least pendedahan...even ko tau mesti tk sure anak tu akan maintain pakai tudung ke tidak..

Aku mmg disagree kalo parent yg terlalu bertolak ansur dlm pakai tudung ni..selagi anak bwh jagaan kita..kita responsible kan nak suruh anak...

kenapa biar die pilih jln sendiri?sebab ade yg ckp kat aku..tk gune pakse..biar die sendiri yg pilih...mungkin pendpt berbeza la kan..

Hope Dina tak tolak kalo aku suruh bertudung..tp kalo berkeras juga tnk..abis usahala kan..doa jelah lepas tu..janji kita cuba...bukan main biar anak dgn decisin nya terus...

Aku pon tnk pakai tudung..ayah aku pakse ting 1...Alhamdulillah,walaupon wearing aku tk lengkap lagi,tudung aku tk tinggal,even dlm pics..walau time aku mmu dulu..ade je kutuk aku sebab selimpang tudung..what eva..tak bertudung pon kan dah jadik trend..

Liz Rohaizat said...

maisya> aku setuju psl masuk sekolah agama tu. aku rasa, kalau la aku tak masuk sekolah agama masa dulu, belum tentu aku jadi mcm skrg eventhough tak alim. cuma aku ckp dgn my hubby, jgn bila anak dah bersekolah agama, kita tak pantau. kita pun kena enforce dia jugak, ye tak? kena selalu bg bimbingan sebab doa ibu bapa yg paling berkat.

for me, mmg kena paksa. dosa anak ditanggung ibu bapa. jadi kita berhak nak ajar dia. sedangkan kalau anak tak solat pun, kita boleh rotan dan halau dia (cuma mak bapak je tak sanggup dan biar anak pilih jalan sendiri).

hoh, ada ke yg kutuk ko? aku tak penah dgr pun.

Ely Hasrul said...

comelnye yg gambo tutup mata tuuuu hahhahah.. mintak2 aku pakai tudung nanti aminnn

sya_firwan said...

alahai comelnya batrisyia ;)

Liz Rohaizat said...

ely> ahaks, abi dia suruh posing letak tgn bwh dagu. terus terhilang mata sekali! insya Allah, one day ko akan bertudung. amin... yg penting, kita sendiri nak berubah. jgn tunggu tua sebab ajal tu tak tau bila akan sampai.

sya> thank you.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.