Wednesday, March 02, 2011

It's bullsh*t!!!

Nota: Apa yg I nak tulis mungkin akan menyinggung mana-mana pihak, baik yg kenal mahupun yg tak kenal. Ni hanya pendapat semata-mata.

Petang semalam, I dan hubby dok berbalas perkataan "bullsh*t" dlm kereta. Nasib baik masa tu belum sampai nursery Batrisyia lagi.

Nak tau ape cerita?

Ni semua pasal SAMAN!

Isnin lepas, I ke post office sebab nak renew my license. Boleh tak I lupa sesuatu. Elok je sampai kat Jusco, baru teringat yg hari tu adalah hari terakhir bayar saman. Damn, ni mesti ramai giler orang punya lah!

Sekali betul. So tak jadi renew. Punya la ramai org tunggu kat situ gara-gara sistem tergendala. Ada sorang akak tu siap marah-marah lagi tapi kwn dia pujuk dia dgn ayat tak berapa lawak, "Takpe la.. lepas ni ko sedekah je la bayaran 100% tu". Mana la geng tu tak bengang kan?

Wah, kata tak renew license tapi sempat dgr perbualan orang. Ahaks, I pegi beli setem. Tu yg sempat dgr.

Semalam, hubby pulak bercerita yg talian radio Bernama agak kecoh bila DJ buka talian utk org ramai bercakap pasal bayar saman nie. Ada sorang pemanggil tu siap marah-marah dan ckp, "It's bullsh*t!!! bla.. bla.. blaa".

I gelak aje la dgr kutukan manusia itu.

Apa yg BULLSHIT sgt tu?

Kalau ikut I, simple je. Bila dapat saman, sila bayar cepat. Jgn tangguh. Bila tangguh, anda mungkin lupa. Bila bayar cepat, boleh terus dpt diskaun. Sikit atau banyak, tu bergantung pada jenis kesalahan.

Jgn sesekali ignore saman yg anda dpt. Amboi, pandang saman sebelah mata je la eh. Bila dpt surat saman, terus buang dlm tong sampah. Lepas tu bila dah jadi camni, baru nak menggelupur pegi beratur 4-5 jam semata-mata nak bayar saman 5-6 tahun lepas.

Bila kerajaan bagi peluang utk kita bayar saman sebelum disenaraihitamkan, jgn tunggu last minute. Mcm baru-baru ni, kerajaan dah bg masa 6 bulan! Kenapa pada 28 February 2011, baru nak pegi bayar saman? Ok la, ada yg bagi alasan yg masa tu la gaji baru masuk. Apa utk 5 bulan yg sblm nie, gaji korang tak masuk langsung ke?

Huh, mesti dah ada yg benci bila I tulis camni. Anggap I perasan bagus sgt. I bukan nak perasan bagus sebab I tak bagus mana pun. Cuma benda-benda ni terjadi sebab kita ambil mudah. Betul atau tak? Kalau setakat bayar 1-2 saman, tu ok lagi. Ni yg bayar sampai nak dekat 10 saman tu, ape cerita?

Yer la, bagi sesetengah orang.. ckp pasal gaji mmg sensitif. Sometimes, tak cukup duit sampai hujung bln. I faham. Tapi penah tak dgr org ckp, hidup berdasarkan kemampuan?

I cakap dgn hubby senang je. Kalau takde duit nak bayar saman, jgn buat kesalahan sampai kena saman. Saman tu bkn dpt free. Kita buat salah, baru dpt saman. Lain la kalau terang2 kat surat saman kata kita bawa laju sedangkan masa tu kereta kita tersadai kat balai polis. Tu lain cerita la kan.

I rasa la, my hubby diam-diam tension bila I jadi co-pilot. Bila dia laju sikit, I tegur. Bila dia cilok sikit, I tegur. Serious!!! I taknak kena saman dan taknak melanggar/dilanggar orang. Tu semua buat buang duit.

Nota kaki:
1. Sepanjang hampir 12 tahun I ada lesen, I pernah kena saman 2 kali sebab memandu melebihi had laju 85km/j. I bawa sampai 95km/j. *Ini jalan depan Mini Malaysia Melaka di mana speed sign tu tertutup dgn rimbunan pokok di tepi jalan. Mana la I perasan.

2. Entry ni bkn nak kutuk orang sebab kalau khas utk kutuk org, bermakna I kutuk my hubby (yg selesaikan 4 saman tertunggak), my sister in law (ni I tak tau dia bayar berapa saman), my brother in law (yg selesaikan 4 saman tertunggak jugak) dan juga I sebab I pun pernah kena saman.

7 scribble(s):

Ely Hasrul said...

aku penah kena saman dua kali, satu saman parking dr trafik, satu lagik tsalah masuk lane bus, papi pong bengkek kot dgn aku sbb dia bwk kete mmg jadik monster so aku sbg co-pilot mmg pok pek la kan haha

Liz Rohaizat said...

ely> haha, kita harus menjadi co-pilot yg bagus kan? nanti nak kena bayar saman, lg tak best sbb duit terbuang.

imee said...

biasa la, org malaysia. suka biar sampai last minute. aku bayar saman aku awal sgt, bayar full. tak lama lepas tu, diorg buat diskaun ni. hampeh. tapi takpela, at least dapat settle akeh nye saman2 yang dah baper tahun dok terperap tu. bayar guna myeg je. senang.

btw, ni ada org link kat fb. interesting read.

http://www.facebook.com/note.php?note_id=10150107715801497&id=100000133400722

MarDiah said...

aku selalu kena saman parking masa kije site supervisor dulu.. hehe.. dah tuko site br selamat sikit...

Liz Rohaizat said...

imee> thanks for the link. aku tak pernah kena lagi saman ekor. mmg ramai taktau proses nie. aku pun baru tau lps baca. lps ni, kalau ada saman ekor, kena check dulu.

nadia> saman parking mmg ramai org kena kan?

maisy said...

aku pernah je byr saman yg byk...kete wira yg aku pakai dulu tu..parent aku wat saman..so settle time ada discountlah..

my own baru kena sekali..yg aku takle renew road tax utk sethn..then byr guna myeg still 50% coz saman lame...

Kalo nak kate org yg suke byr lewat tu..aku one of them la..dah jadik hobi plak..personally org yg lambat n selalu lupe..adela org bz yg kat otaknye mmg byk gile nak pk..

Org yg byr awal n mmg bagus in payment scheduling ..aku rase diorg tk bz sgt..or kalo die mmg byk kerja..die mmg panadai manage la..which aku rase tak sampai 10% pon camni...

Anyhow anyway..sume org ade reason sendiri yg mane kita tak tau sebab musabab nya.....tak salah kalau nak laju..

sebab kete mmg ade meter utk laju tuu..kalo nak slow2..suh gomen kuarkan car which has limited speeding meter ,senang..so nobody will break the rule........

Pendek kate..ko pandai buat ko tanggung ah sendiri..

Tp tempoh byr dah dlanjutkan kan.....

Liz Rohaizat said...

maisya> yer, pandai buat pandai tanggung

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.