Tuesday, March 22, 2011

Earth Hour 2011 : Beyond the Hour

Sejak Earth Hour diperkenalkan 3 tahun yg lalu, ia mendapat sambutan yg menggalakkan dari seluruh dunia. Utk tahun ni, Earth Hour akan berlaku pada 26 March 2011.

Kali nie, WWF membawa kempen yg lebih penting. BEYOND THE HOUR.

Utk tahun ni, kita perlu cuba mengubah tabiat hidup ke arah yg lebih baik utk Bumi. Bukan setakat padamkan lampu selama sejam pada 26 March ini, sebaliknya cuba buat perubahan kecil yg berkekalan. Kalau dpt buat utk tempoh sehari, itu bagus. Kalau dpt dikekalkan, lebih baik. Contohnya seperti kurangkan penggunaan penghawa dingin, menggunakan kenderaan awam dan mengitar semula.

Dlm masa yg sama, cuba jgn buat aktiviti yg ‘merosakkan’ Earth Hour. Yer la, kita tutup lampu selama sejam. Tapi kita dok nyalakan lilin sampai 20 batang atau pergi bersiar-siar menaiki kereta atau mengadakan barbeque besar-besaran. Tiada makna di situ. Sape yg baca The Star hari nie, mesti faham apa yg I maksudkan. Bila I baca artikel tu, I baru tersedar.

Mmg ada betulnya bila ada pendapat mengatakan Earth Hour tidaklah membantu sgt dlm memulihkan Bumi. Apa sgt la impak yg kita dpt dlm masa sejam. Tapi kalau kita sendiri cuba nak berubah dan sayangkan Bumi, kita sendiri perlu mengambil inisiatif. Betul tak?

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.