Tuesday, March 29, 2011

Awas.. Wanita mengundang bahaya!!

Sidang Dewan Rakyat 'panas' seketika apabila Datuk Bung Mokhtar mengeluarkan statement yg mengatakan pemanduan golongan wanita di negara ini kebanyakannya amat berbahaya sekali gus boleh mengundang kemalangan.

Jgn cepat melatah ye. Dia ada selitkan perkataan KEBANYAKANNYA di situ. So sape makan cili, dia terasa pedas. Ahaks. Cikgu Bahasa Melayu I di sekolah dulu pernah beritahu. Jika buat karangan berbentuk fakta atau pendapat, jgn sesekali menuduh satu pihak bulat-bulat. Contoh, jgn sebut 'semua wanita', sebaliknya gunakan 'sesetengah wanita' atau 'segelintir wanita' atau dlm hal ni, Bung Mokhtar gunakan 'kebanyakan wanita'. Kalau tak guna ayat sebegini, cikgu I awal-awal dah kurangkan markah kerana pernyataan tersebut tidak tepat.

Ok, ni kelas Bahasa Melayu ke? Teringat pulak kat Cikgu Zaiton yg perli I sebab dpt A2 dlm kertas Bahasa Melayu mengalahkan English paper. Gulp!

Jom kita kupas hal ni. Mmg ada pemandu wanita yg careless dlm pemanduan. Tak bg signal masa nak tukar lane. Tak berhenti di simpang, main terus keluar je. Terlalu slow mcm siput tapi memandu di lane paling kanan. Main cilok mcm berangan berlakon dlm Too Fast Too Furious. Apa lagi?

Dlm masa yg sama, perasan tak.... kalau ada je pemandu yg tak betul di jalan raya, mulut pemandu lelaki akan ckp, "Ni mesti perempuan yg bawak kereta tu". Ewah-ewah.... belum nampak muka, dah ckp tu perempuan! My hubby pun suka cakap camtu. So bila terbukti pemandu tu berjantina lelaki, I pulak akan menempelak. Ahaks, memulangkan paku buah keras.

I pun tidaklah bagus sgt. Plus, I tak bersabar di jalan raya bila melibatkan pemandu lain yg memandu laju dan berlagak samseng. Pernah dlm 3 minggu lepas kot, I ke stesen LRT utk jemput my hubby. Stesen LRT kan mcm lengang je. I bawa slow. Mmg nasib baik sgt la I bawak slow. Kalau I bawa sedikit laju, my car akan bertembung dengan sebuah Satria. I ikut jalan utama. Satria ni pulak dari satu jalan kecil. Dia tak berhenti langsung. Dia terus je keluar simpang dgn laju. I sempat brek. Kalau tak, sikit lagi nak langgar. Mamat tu berhenti sebelah I. Sebelah dia ada awek/wife dia. Muka berlagak giler. Siap turun cermin and angkat-angkat kepala dengan I. Isk, sape yg salah? I entah camne la kan, tiba-tiba mood nak jadi samseng dlm 30 saat. I tunjuk penumbuk kat dia dan blah. Kuikuikui. Entah apsal ntah tiba2 nak cari gaduh. Giler ape. Sikit lagi nak bertembung. Dah la dia laju. (Adegan ni tak menunjukkan I mmg samseng. Heheheh)

I tunggu gak kat LRT station tu. Kot-kot kereta tu nak ikut I kan. Boleh buat drama swasta di situ. Tapi nan ado. Kalau tak, boleh cerita kat cucu I 30 tahun akan datang. Gerenti cucu I khusyuk dengar sambil mulut ternganga. Wah, over ko nak terus fikir cucu :p

I tak nafikan segelintir pemandu wanita ada yg careless dlm pemanduan. Agaknya dok fikir nak masak apa mlm tu sampai lupa nak bg signal kah? Ada juga yg terlalu berhati-hati sampai bwk slow sgt sgt sgt. Baru je minggu lepas, on the way balik ke Seremban. Kami pelik apsal lane kanan ni slow dan byk kereta. Rupanya depan sekali adalah sebuah van yg dipandu perlahan oleh seorang wanita. Semua kereta sudahnya potong kiri. Last-last sampai turn hubby, dia bg high beam byk kali. Barulah perempuan tu ke tepi. Jalan tu ada 3 lanes yer. Ko bayangkan dia berada di paling kanan. Duh!

Tapi tak boleh salah wanita juga kan? Segelintir pemandu lelaki pulak berlagak samseng di jalan raya. Memandu laju, membuli pemandu wanita (dgn cara hon byk kali padahal ko tak nampak ke byk kereta kat depan tu?) dan mencilok sesuka hati.

Ah, semuanya sama saje la. Tak payah nak salahkan satu jantina sahaja :)

5 scribble(s):

fiza said...

Btul tu liz, pemandu lelaki & wanita sama jer.

Tapi kan...aku tension ngan org yang salahgunakan lane, dah tau slow bawak lah lane kiri, ini tak...adoiiii...sejak memandu nih, tahap kesabaran aku makin kurang...ekekekeke...

CHeeSYaNa said...

kadang2 perempuan ni jadik 'crazy' driver biler encounter dgn driver lelaki yang suka buli, lagik2 biler tgk kita perempuan. Huh!

MarDiah said...

mmg ada careless driver especially unexperience driver. golongan nie yg buat llki underestimate lady driver. bl kita bawa laju or pick lane faster br perasan yg lady driver, then br tau tak semua lady driver are bad driver.
my advice jgn underestimate lady driver.

imee said...

aku paling pantang orang suka stereotype ckp pompuan tak reti drive. bagi aku lagi baiklah kalau pompuan drive slow/lembab daripada lelaki berlagak terrer pastu drive cilok2 or gigit2.

menyampah.

Liz Rohaizat said...

imee> statement pun mcm dah di set dlm kepala lelaki kot. padahal lelaki pun ada yg tak reti bwk kereta sampai boleh membahayakan nyawa org lain

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.