Tuesday, February 08, 2011

What goes around, comes around

Tahun 2011 kami mulakan dengan kehadiran virus dan bakteria di rumah. Bermula dgn Batrisyia kena chicken pox (without a fever dan umi dia gembira sebab anak aktif, tanpa sedar yg anak akan sakit lagi), lepas tu abi dia kena chicken pox pulak. Masa abi kena chicken pox, Batrisyia kena batuk-batuk. Bila abi baik dari chicken pox, abi kena selesema. By that time, Batrisyia kena batuk selesema dan demam. Umi kena batuk selesema dan sakit tekak. Elok je semua orang dah baik, Batrisyia kena demam semula. Sekarang baru nak recover.

Pening tak baca perenggan di atas? Huh, I dah penat dan mengadap sakit-sakit nie. Batrisyia kesian sebab asyik kena telan ubat. Muka dah cengkung. Aritu baru je berselera makan semula. Pastu dah demam balik. Now all she wants to eat is spaghetti tanpa kuah atau sauce. Rebus gitu aje. Sob... sob...

Malam tadi mmg mencabar kesabaran. Badan dia tak panas tapi dia agak cranky. Nak berkepit je (mcm yg I sebut di FB). Bayangkan yer. Berkepit dengan I sejak pukul 7.30 malam. Tu dlm keadaan duduk. Sampai la ke pukul 9.30 malam. Nak solat, I letak dia kat tepi sejadah. Dia senyap. Abes solat, minta berkepit balik. Lepas tu dia mengamuk sebab I tak bagi dia main2 dengan spaghetti dia. Kena la dukung dia sambil berdiri. Berdiri dari pukul 9.30 sampai ke 10.30 malam. Patah pinggang!

Letak dia atas tilam. Dengan I sekali terus tidur. Penat sgt! Terus tak jadi nak basuh baju, nak lipat baju. Biar je la. Malam ni boleh buat. Harapnya tak jadi mcm malam tadi.

I fikir, takpe la. Sabar. Ni hari dia. Mana la tau bila I dah tua, dah nyanyuk. I buat perangai. Hopefully, masa tu Allah bagi kesabaran kat dia utk layan I.

Just remember... what goes around, comes around.

Nota: Sesiapa yg tahu tempat mkn best di KK, please leave your comment here. Thank you.

6 scribble(s):

Diyana said...

dah ade stok..;).nnti kasik emel eh.harga lama utk liz .nnt diyana emel no akaun

Liz Rohaizat said...

diyana> ok

maisy said...

asal Tisya cranky sgt.tak sihat kan..pakai sling, sakit blakang dukung anak lelame...cam Dani,nak patah my back dukung sejam lebih kat shop mall..

MEsti anak ko kurus kan..kasik mkn byk sket..paksa..cam aku paksa Dina..

Liz Rohaizat said...

maisya> letihnya terasa sampai kat office ni haaaa. mata pedih je rasa. pinggang pun sakit. aku dah kata nak gantung sudip malam nie. nak settle kan my laundry. pastu nak tidur. letih rasanya.

mmg dah kurus ni. aku dah takut nak bwk dia gi island-hop. takut panas, nanti demam blk

Ila said...

mesti tisya tak berapa sihat kot...budak2 biasalah,klau ade benda yg tak kena,mesti nak berkepit...nak tak nak,kena sabar kan..

Liz Rohaizat said...

ila> mmg dia tgh demam pun

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.