Thursday, February 24, 2011

Telekung kanak-kanak

Photo yg buat I rasa geram dgn budak sorang nie!

Ok la, hari ni nak promote telekung kanak-kanak yg Batrisyia pakai. Mmg puas cari telekung utk dia sebab dia sibuk sokmo nak join kitorang solat. Bila jumpa kat kedai, material nipis. Eventhough Batrisyia still tak reti solat, sekurang-kurangnya biarlah material tu ok. Tak la cepat koyak. Faham-faham la budak. Lasak kan?

Bila I nampak Diyana tunjuk gambar anak dia pakai telekung yg mak Diyana jahitkan di entry ni, I ter suka pulak. Terus tanya kat dia harga. Paling penting, kena tanya berapa besar telekung tu. Ahaks.

Disebabkan Mia tu sgt la comel pakai telekung tu, ramai dah yg order kat Diyana. Sampaikan Diyana ckp, org yg jual kain dan renda kat mak dia dah naikkan harga. Maybe sebab dia tau yg mak Diyana dah berbisnes pulak skrg nie. Isk...

Atas permintaan yg memberansangkan, I terpaksa tunggu sampai CNY. Ahaks, silap I jugak la sebab lambat sgt nak confirm. Seb baik la Diyana ni rela layan customer mcm I. Dapat juga la Batrisyia bertekung.

Apa yg I boleh cakap ialah Batrisyia suka telekung dia! Material tebal tapi tak terlalu tebal. Sesuai. Yang penting, boleh pakai lama sebab labuh. Dia pakai tang kepala je, dah terus labuh sampai ke kaki. Hehehe... Agak susah juga la pada mulanya sebab nak yakinkan Batrisyia yg dia tak perlu pakai bahagian kain utk solat. Dia pelik kot.

Telekung yg I dapat tu, kena jahit sikit kat area leher sebab kepala Batrisyia ni kecik. Boleh DIY je. So bila dia dah besar sikit, leh buka balik jahitan tu. No problem.

Kalau korang nak belikan telekung utk anak, boleh contact Diyana di blog dia.

7 scribble(s):

Ely Hasrul said...

comelnye!!!!! seb beik la sami pakai kopiah aje.. jgn la pasnih dia mintak kain pelikat udah ahhahahaha

Liz Rohaizat said...

ely> kalaudia minta kain pelikat, alamatkan ko kena kerat 2 kain pelikat bapak dia

ska said...

gambar di atas seperti abg izat yg memakai tudung. hahaha

Liz Rohaizat said...

kd> ahaks,orang lain pun berkata begitu. jadi betul la kot

weed said...

ye ke? mate aku nampak lain plak...mate aku nampak sejibik muke nenek dia...ehehhe

WanYgBest said...

aku klu dpt budak kenit ni mmg aku x pulangkan dah...hahaha...gerammmm...

Liz Rohaizat said...

weed> nenek seremban kah? nanti aku kaji balik. hehehe...

wan> ko tak takut dia nangis ke? ahaks

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.