Monday, February 28, 2011

Sebab kenapa I takut balik kampung

I ada reason sendiri kenapa sometimes, I risau bila balik kampung. Tak kesah la balik Cheras atau Seremban. Dua-dua I rasa risau.

Last week kami balik kampung. On the way back to our house, I dah ckp dgn hubby, "Entah apa pulak yg ada hari nie".

The thing is, setiap kali kami balik kampung, ada je benda yg berlaku kat rumah tu. It's not a big thing. Benda kecil je mcm ada tikus mati kat lantai luar la. Sini ada banyak kucing dan kucing-kucing tu suka pegi merayau dan maybe cari tikus. Dia akan kejar tikus tu sampai ke rumah kami dan dia akan kerjakan tikus tu kat rumah kami. Makcik ckp, maybe sebab kucing tu dah rasa tempat tu dia punya kawasan. So balik-balik di ke sana. Dah 2 kali, ok! Sekali tu, tinggal kepala tikus je. Darah merata-rata. Yucks!

Kali kedua, tupai pulak mati tergolek dong dan keras kat lantai luar jugak. The same spot tempat tikus mati. I rasa kerja kucing tapi makcik pulak rasa, kerja tupai yg lain sebab katanya, tupai ni dengki sesama sendiri. Uh, tak tau pulak camtu. Misteri kematian tupai tu tak terjawab sehingga sekarang.

Kali ketiga, kucing terberak kat situ. Dah la penat, sampai rumah terus disajikan dengan berak kucing yg busuk. Hmmm... I suka kucing tapi kalau orang tak reti jaga, susah la. Kenapa la dia tak berak kat rumah tuan dia sendiri.

So semalam, I mmg risau la. Tak tau apa pulak yg menanti. Risau pokok tomato layu sebab I letak kat dalam pagar. Asyik hujan je kan? Kalau letak luar, nanti terlebih air pulak. Dah la ia dah mula berbuah.

Sampai je rumah, I tgk sekeling rumah dulu. Pastu tgk lantai luar. Alhamdulillah, takde binatang yg mati lagi. So I happy-happy je belek pokok-pokok. I tgk pokok bayam yg dah tinggi, lettuce yg dah mula berdaun 6, tomato yg dah mula berbuah, kesum yg still tak cantik warnanya, daun kunyit yg dah tak kering lagi, rosemary yg slowly makin meninggi. I siram semua pokok, then I teringat sesuatu. Apsal pokok mcm kurang. I kira satu-satu. Baru I sedar..

My thai basil. Terus berderau darah!

Dah tergolek dong. Ingatkan kot kucing langgar so dia terjatuh ke. I angkat pasu tu. Sekali...



Huwaaaaa!!!!! (Sila tgk entry tentang basil sebelum ni.. betapa banyak daunnya.. cantik je!)

Basil tu tak layu tapi separuh daripada pokoknya dah tercabut. Daun dah hilang. Yg tinggal hanyalah separuh pokok dengan hampir 3/4 daunnya dah rosak akibat kena tanah buat jangka masa entah berapa hari. Dah berlubang-lubang daunnya.

Dan I terus tuduh kucing yg buat sebab kucing mmg dengki dengan I.

Kemudian I tgk the crime scene. I nampak satu bukti yg menunjukkan kucing tidak bersalah dalam hal nie.



Do you see that? Telur ayam! Bila nampak sebiji telur ayam kampung nie, terus I terbayang ayam betina makcik. Ayam yg mana la yg tiba-tiba pilih tempat ni utk bertelur. Habis berterabur kasut-kasut Batrisyia. Kotor pulak tu. Tak tau la ayam tu buat apa. Botol baja tu pun tergolek tau. Mmg ayam tu betul-betul nak selesa masa bertelur. Habis semua benda yg berdekatan dia usik.

I rasa malam td mulut I potpet marah kat ayam. Padahal nama pun ayam. Bukan tau fikir. Bukan salah dia pun tapi tetap I nak potpet. Dah rosakkan yg thai basil, ko tinggalkan telur sebiji eh? Tu tanda nak minta maaf ke?

Batrisyia lagi best. Dia main basikal kat situ sambil mulut dia pun potpet sama, "kesian pokok umi... kesian pokok umi... kesian pokok umi". Sekurang-kurangnya dia lebih simpati terhadap I, daripada abi dia yg ckp, "Biarlah. Ok la tu, dia ada tinggalkan telur sebiji. Tu telur ayam kampung tau. Mahal".

Ada aku kesah? T_T

Yg buat I kecewa ialah sebab lama I tunggu thai basil tu nak merimbun sebelum harvest. Ingatkan nak ambil daunnya hari ni sebab nak cuba resipi Daging Goreng Daun Selasih dari Mat Gebu. Tinggal kenangan je la.

Oh, alang-alang bercerita pasal pokok. I nak cerita pasal pokok tomato. Last week kan ada hari yg hujan lebat sgt tu. Masa hari tu, I letak pokok tomato kat luar. So bila hujan lebat, mmg risau sgt la. Bila I balik, I tgk salah satu pokok tu dah patah dahannya.


Dah la dahan yg patah tu dahan yg byk bunga. Kesian satu pokok ni. Yg lain dah nak berbuah. Pokok yg satu ni terpaksa la tunggu bunga lain keluar.

6 scribble(s):

I-sya said...

OMG! kalau kita pun sure hangin satu badan.

Tp yg terlebih hangin for sure la en.hubby sbb dia yg kene uruskn tu semua.

leceh jgkn tgl kat kwsn rumah mcm tu. syg tgk basil u tu. xpe.. nnt dia rimbun la blk...

Ely Hasrul said...

huyuh tensen nye gitu? dok asik kena kaco aje tp xtahan lah bleh ade tinggak sebijik telo hahah.. syg tul pokok ko tu

CuppyCakeMommy said...

sayangnya pokok tu..
susha eh..kalau mcm ni

btw ada educational toys for your kid at my blog..jom cekidout

Liz Rohaizat said...

I-sya> awak pun duduk kat hulu langat kan? mesti tau kawasan kampung kat situ camne. hubby pun tensen kot tapi dia diam2 aje. saya dgn batrisyia je yg pot pet. tp pasal basil ni, mmg dia tak kesah langsung sbb dia dpt telur ayam kampung. isk...

mmg la kena tunggu basil ni. lambat lagi la nampaknya.

ely> rumah aku tu dah ala2 fave spot utk binatang melepak especially kucing. sometimes, kucing tu tidur kat rumah aku. padahal rumah tuan dia sebelah je. yg tuan pun, biar je kucing dia berkeliaran. at least, malam.. masukkan la dlm kandang. boleh kucing dia tidur kat tempat selesa.

fiza said...

Rumah ko ada daya penarik tak liz, sbb tu binatang² suka lepak situ...hehehehe...

Ok lah tu, ayam tu tinggalkan sebiji telur utk tuan rumah ^_^

Liz Rohaizat said...

CuppyCakeMommy> susah bila terkena camni je. ok, will check it out later.

fiza> aku punya geram sampai aku ckp kat hubby yg aku tak hingin nak mkn telur tu. kalau dia nak, ambil sendiri. huhuhu.. tu geram punya pasal

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.