Monday, February 21, 2011

Sabah - The Wedding Reception

Disclamer : Entries berkenaan sebarang percutian kami sekeluarga bukan utk menunjuk-nunjuk. Sebaliknya ia atas permintaan sesetengah pihak. Diharap info-info yang kami berikan dapat membantu mereka yg ingin merancang percutian. Selamat membaca

Weed dijadualkan bersanding sekitar jam 12 tgh hari. Jadi, kami menghabiskan masa pagi kami dengan menjenguk Gaya Street. Gaya Street hanya dibuka pada hari Ahad dari pagi hingga ke pukul 12 tgh hari. Basically, ianya mcm pasar tempat menjual souvenirs dengan harga yg murah. Kalau nak beli keychain dan t-shirt, boleh beli di sini.


Tgh hari, kami ke rumah Weed. Masih awal tapi dah ramai tetamu yg hadir. Ada yg dah balik pun. Majlis di sini sedikit berbeza dari apa yg kami pernah hadiri. Setibanya pengantin lelaki di rumah pengantin perempuan, pengantin lelaki akan dibawa mengelilingi payung yg dipacakkan di luar rumah.

Ok, layan gambar je la eh.


















Lepas balik dari rumah Weed, kami singgah di Pantai Tg. Aru. Hajat di hati nak mkn lokan bakar tapi kami tak jumpa gerainya. Hari esok tu baru la Weed bagitau yg kami perlu ke hujung pantai utk makan lokan bakar.



Minah ni suka giler dpt jalan-jalan tepi pantai


Selepas mkn malam di pasar malam, kami ke Filipino Market utk beli souvenirs. Kalau nak dapatkan custom-made bracelet, boleh la ke sini. Pilih je padanan warna yg korang suka. Jgn lupa tawar menawar. Kalau boleh la kan, tinggalkan suami di hotel. Ekekekke… kalau diorg nak ikut, minta la kerusi dari peniaga agar si suami boleh duduk sambil tunggu wife dia yg tak habis-habis order bracelet.


Feel free to read :
Sabah - The Departure
Sabah - The Solemnization Ceremony
Sabah - Climbing Mt. Kinabalu with Viva
Sabah - In Ranau, Kelah is a new Piranha

7 scribble(s):

Ely Hasrul said...

beshnye!!

Diyana said...

kenduri yg liz pergi ni area mane? kalau liz nak tahu,kalau di kawasan suami diyana..kendurinye start sesudah subuh!dan selesai kenduri sebelum zohor.lain kan?dulu masa nak bersiap,terkejut disebabkan biras suruh make up trus elok habis subuh ..hairan la jugak..rupenye masakan kenduri dah pun orang kampung siapkan, jam 8 pagi dah penuh orang datang makan kenduri...

Liz Rohaizat said...

ely> kahwin mmg best. hahaha

diyana> kg. matambai kepayang. kat sana lain kan? masa kitorang sampai dlm pukul 11 pagi tu, dah ramai tetamu yg nak blk. hehe..

Mita said...

aah, sepupu aku punya majlis kawen kat sbah pas subuh gak..sampai malam..3 hari 3 mlm

WanYgBest said...

sampaikan tahniah aku pada weed yer... =)

weed said...

tgk bangse gak....ade yg 1 minggu baru abis...yg jalan pusing2 payung tu...adat org kedayan..n maybe brunei gak kot...nama dia pusar naga ke ape tah....kalo bajau lain plak adatnye...etc...

Liz Rohaizat said...

ita> oh, ko ada sepupu kat sana ke? meriah aa kalau 3 hari 3 malam.

wan> insya Allah dia baca komen ko.

weed> apa significant di sebalik pusing payung tu?

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.